📌• Bab 10

3K 252 9
                                    

Saya yang selamatkan awak, Riyan.

Hendriyan memejamkan mata. Kemudian dia mengeluh panjang. Kata-kata Darlina yang terdahulu bermain-main di fikiran. Fikirannya serabut. Dia tidak faham mengapa gadis itu beria menolongnya. Dan dia juga bingung mengapa gadis itu tiba-tiba datang kepadanya.

Jadi awak kena berterima kasih dekat saya. Tahu tak cakap terima kasih tu macam mana?

Kotak suara Darlina kembali menghantui fikirannya. Hendriyan hanya terbayang suara tanpa mengenal pasti wajah dan penampilan Darlina. Seumur hidupnya dia tidak pernah melihat gadis itu. Entah apa tujuan Darlina hendak mendekatinya. Dia pun tidak tahu.

Hendriyan buntu.

Macam mana dia nak percaya yang Darlina itu seorang gadis yang baik hati? Ikhlaskah dia menolongnya? Ataupun Darlina menyimpan niat jahat padanya? Hendak menggunakannya demi kepentingan diri. Hanya melalui suara dan haruman gadis itu sahaja yang membuatkan Hendriyan mengenali dia.

"Kau fikir apa?" Hezriyaz datang menegur. Dari jauh lagi dia ternampak Hendriyan serabut memikirkan sesuatu.

Dia melabuhkan duduk di sebelah Hendriyan.

"Apa sebenarnya yang jadi dekat taman tu? Aku tak faham..." Hendriyan perlukan penjelasan.

"Actually. She's amazing, kind and brave woman. Apa yang aku fikir pasal dia sebelum ni tak betul pun." Kata-kata Hezriyaz membuatkan Hendriyan mengerutkan dahi. Tidak faham.

"Maksud kau?"

"Dekat taman tadi. Aku nampak dia ambil something dekat kaki kau. Lepas tu dia buang benda tu jauh-jauh. Mula-mula aku tak perasan yang dia pegang tu kala jengking. Tapi bila aku tengok tangan dia, ada kesan sengatan kala jengking. Dan dekat situ aku dapat tahu yang dia selamatkan kau daripada kena sengat dengan kala jengking."

Hendriyan diam. Kalau betul dia ada niat jahat pada aku, kenapa dia nak ambil risiko kena sengat dengan kala jengking? Tak masuk akal. Takkan dia nak bahayakan nyawa dia sendiri semata-mata orang buta macam aku ni?

"Dia baik. Apa yang aku nampaklah. And I think... dia suka kau kot?" Teka Hezriyaz.

Hendriyan ketawa. "Buat apa dia suka dekat lelaki buta macam aku ni?"

"Itu... Kau kenalah tanya dia sendiri. Remember, bro. Kau dah hutang ucapan terima kasih dekat dia. Bukan satu tapi dua kali. Dua kali dia bahayakan nyawa dia untuk kau. Kau fikirlah sendiri." Hezriyaz bangkit. Hendak menjemput Darlina keluar dari bilik wad. Namun langkahnya terhenti apabila lengannya disambar dari belakang. Hezriyaz menoleh.

"Darlina dekat mana?" Soal Hendriyan.

Hezriyaz tersenyum. "Kenapa kau nak tahu?"

"Aku nak tahu keadaan dia macam mana."

"Bukan kau tak kisah pasal dia ke? Kenapa tiba-tiba ambil berat pula ni?"

"Jangan banyak tanya boleh tak? Bawa aku pergi jumpa dia."

"Aku takkan bawa kau jumpa dia selagi kau tak jawab pertanyaan aku." Hezriyaz mengusik.

Hendriyan mendengus geram. Dia tidak tahu macam mana nak menjawabnya.

"Perangai jangan macam bodohlah. Bawa aku jumpa dia. Sekarang." Tanpa membuang masa, Hendriyan terus bangun.

MY DARLING DARLINA (SU)Where stories live. Discover now