Bab 1

52 5 0
                                    

September 201X

" ibu saya kata jangan dekat dengan orang yang kita tak kenal. Takut nanti kita kena culik.... "

" Tapi saya tak kenal awak. Awak nak culik saya ke... "

" eh tapi ibu saya dengan mama awak kan kawan, jadi kita kenal lah... "

" Tapi saya tak kenal awak..."

" Saya tahu nama awak, awak Luna kan? Nama saya... "

****

Puan Hainan mengorak langkah naik ke tingkat 2 di mana bilik anak gadisnya berada. Setelah tiba di bilik anaknya, pintu tersebut diketuk dengan kuat sehinggakan boleh dengar sampai ke rumah sebelah.

" LUNA HAYANI ! Bangun !! "

Tapi masih tiada sahutan. Puan Hainan mengetuk sekali lagi, tapi sama saja.

" Luna, mama dah lambat ni ! please wake up ! "

Dan situasi masih sama. Tidur mati agaknya. Puan Hainan membuat keputusan untuk mengambil kunci salinan bilik Luna dari tingkah bawah.

Kechak...  ( sound effect failed )

Mata Puan Hainan terbuntang luas apabila melihat Luna tiada di katil malah anaknya itu tidur meniarap di lantai dengan laptop yang sudah dalam keadaan sleep mode.

Terdapat banyak kertas-kertas berselerak di atas lantai dan begitu juga dengan tin minuman yang sudah kosong.

" Ya Allah Luna?! Kamu dah kenapa ? " suara Puan Hainan yang tiba-tiba meninggi membuatkan Luna bangun dengan keadaan terkejut.

" mama, kenapa ni ada apa ? " soal Luna dengan cemas.

Persoalan Luna tadi membuatkan Puan Hainan lebih naik angin melihat anaknya seperti orang mamai yang tak sedar langsung akan kehadirannya yang sudah masuk 30 minit.

" bangun ! pergi siap cepat, mama dah lambat ni " Puan Hainan mula mengutip tin-tin kosong yang berada di atas lantai sebelum dia keluar dari bilik anak gadisnya itu.

Setelah bayangan Puan Hainan hilang dari ruang biliknya, Luna bangun dan mencapai telefonnya yang berada di atas katil. Jam menunjukkan pukul 8:30 pagi.

Pantas dia berlari ke dalam bilik air untuk mandi. Betul lah cakap mama, memang dah lambat!

Beberapa minit kemudian...

Setelah selesai merapikan pakaiannya, Luna mencapai telefon yang berada di atas katil. Walaupun dah lambat, tapi sempat juga dia memeriksa media sosialnya sebelum turun ke bawah.

Minyak wangi jenama Body Mist disemburkan di bahagian leher dan badan. Wangian itu mula semerbak di seluruh bilik kerana semburan yang ditekan amatlah banyak.

" wait? hold up ?! sejak bila aku follow dia ni " soal Luna dengan wajah terkejut.

Satu akaun Instagrxm yang tidak di kenalinya kini berada di ruang following. Sejujurnya dia tidak kenal siapakah mamat ni. Belum sempat dia mahu meneroka akaun itu, tiba-tiba Luna menerima satu lagi ketukan dari Puan Hainan.

" Ya ma, Luna dah siap ni " balas Luna sambil membuka pintu untuk mamanya.

" dah siap ? tapi dalam bilik lagi! cepatlah turun makan. Mama tunggu dalam kereta "

****
Vote & Comment
Thank you <3

Untold Love Where stories live. Discover now