Teksi@Prebet Sapu
Part 1
Maimunah & Fatanah
Idea Asal :- franksolo 9999" Mak..minggu depan kena ke bandar Kita ni. Fatanah dapat jadi pengawas perpustakan. Kene beli tudung kaler hijau.."
"Tahniah anak mak.memang kena beli ker.."
"Mak ni..buat-buat Tanya la plak..hehe kena lah..pengawas kene nampak lain dari murid biasa.."
Sambil tangan Fatanah membuka tudung saji Dan mencubit isi ayam goreng dibawah tudung saji itu.
"Aii kot yer pun tukar lah baju sekolah tu..kau ni Fatanah bila nak diet..dah nak sama besar dengan mak ni.."
"Hehehe..Salah mak lah. Masak sedap-sedap sangat.."
"Kau tu kalau takder makanan bawah tudung saji..gelisah macam kucing nak beranak..sekejab- sekejab bukak peti ais.."
"Makan selagi hidup mak..nanti-nanti Fatanah diet ler.."
Begitulah perbualan dua beranak seharian. Saling usik mengusik. Fatanah sudah 17 tahun, ibunya Maimunah seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami. Suaminya telah pergi tanpa Khabar berita menyebabkan Maimunah ibarat gantung tidak bertali. Namun berkat kesungguhan beliau mencari Rezeki kini kehidupan mereka agak selesa. Bisnes makanan secara online diselang seli dengan Tempahan katering untuk majlis kecil-kecilan membolehkan mereka hidup selesa dua beranak.
Petang sabtu tiba, seperti dijanjikan kedua-dua beranak itu memilih untuk ke bandar berdekatan untuk membeli pakaian diperlukan selain membeli keperluan harian. Disebabkan mereka tinggal di kawasan yang agak pendalaman, pengangkutan swam seperti teksi Dan kereta@ prebet sapu hanya yang ada sebagai pilihan."Mak ni..duit banyak asyik menambah gelang ditangan..beli kereta Tak nak.."
Fatanah merungut kerana sudah hampir sejam menunggu namun tiada teksi yang lalu-lalang.
" Kalau beli pun, bukan mak reti bawak..nak suruh kau bawak lesen pun takder..kau tunggu umur kau 18 tahun..pergi ambil lesen..mak belikan kereta.. boleh Kita berjalan-jalan.."
"Mak janji eh..Fatanah ada lesen nanti..mak belikan kereta yer.."
Sedang asyik berborak-borak, kelihatan sebuah teksi lalu. Nasib mereka baik , teksi itu bersetuju membawa mereka ke tempat yang ingin dituju.
Mereka menuju ke sebuah pasaraya yang terdapat di bandar itu. Sengaja mereka memilih untuk keluar berbelanja di bandar kerana sebelum ini mereka sibuk dengan Tempahan.
Ragam orang perempuan apabila keluar membeli-belah, banyak Masa dihabiskan dengan mencuci Mata sebelum Mula membeli barangan yang diperlukan. Setelah selesai membeli belah, jam ditangan Fatanah sudah menunjukkan pukul 7 petang."Mak..dah lewat kita ni..semua barang beli kan?.."
"Yer semua beli.."
"Tudung Fatanah macam Mana?.."
"Alamak..mak terlupa la sayang"..
Kemudian mereka bergegas kembali ke pasaraya untuk membeli tudung untuk Fatanah. Akhir nya sesudah membeli-belah Azan maghrib kedengaran dari masjid berdekatan. Mereka berdua berehat sebentar di surau di pasaraya itu. Setelah selesai waktu maghrib, mereka berdua bergerak ke perhentian bas untuk mencari teksi yang boleh membawa mereka pulang.
YOU ARE READING
Samaran
General FictionMengisahkan cerita mengenai aktiviti harian yang boleh mengundang bahaya jika tidak berhati-hati.