Cash On Delivery ( COD )
Full Story" Assalamualaikum..Cik Dayah ker ni..
Saya ni Adnan..""Waalaikumsalam..Adnan Mana yer..awak pakai private number ker.."
"Yer .Saya pakai private number..ala ingat tak yang jumpa Kat lif petang kelmarin di Condo S***A C****A tu..yang Tanya pasal nasi kerabu tu.."
" Oh..baru Saya ingat . kenapa En.Adnan..nak order nasi kerabu ker.."
"Yee..Saya nak order nasi kerabu..tapi Cik Dayah boleh hantar ker pejabat Saya Tak?
"Boleh jer..nak berapa bungkus?.."
" Saya nak 5 bungkus..letak ayam yer.. berapa semua?.."
"Harga nasi baru Rm 35.00.. En.Adnan nak Saya hantar kemana?
" Nanti Saya sent location pada cik Dayah.. ni Saya nak bayar terus atau macam Mana?.."
"Takper jumpa Masa ambil nasi nanti lah..COD Saya cas Rm 5.00.. bleh tak?..
"Ok jer..lagi senang..mudah Kira..Kita jumpa nanti yer.."
Jalil hanya tersenyum melihat keletah Ramli yang berlakon untuk memesan nasi kerabu itu. Padahal mereka sudah merancang untuk menjadikan Hidayah sebagai mangsa mereka.
Sebagaimana yang telah dijanjikan, Hidayah pun bersiap-siap untuk menghantarkan pesanan yang telah dibuat oleh Jalil Dan Ramli. Hidayah menunggu Ramli untuk menghantarkan lokasi tempat pertemuan mereka. Tepat pukul 5.00, telefon Hidayah pun berdering."Assalamualaikum kak..kak boleh Tak hantar pesanan Saya di Jalan K*****A..Saya tunggu di tepi jalan..ada bangunan yang tengah dibuat di sebelah kiri kak..saya naik kereta A*** kaler hitam.."
"Ooh..Jalan K*****..yang tepi jalan tu ada rumah kedai baru nak buat tu kan..*
"Yer kak..sebab Saya ada melawat tapak ni dengan team boss Saya .sajer nak menjamu diaorang makan lepas melawat.."
"Baik2 ..jab lagi Saya sampai..Saya Naik kereta P******..kaler silver.."
"Ok.."
Mujur lokasi pertemuan mereka tidak terlalu jauh, cuma 20 minit dari rumahnya.
Jalil Dan Ramli telah bersiap sedia ditepi jalan. Mereka menunggu Hidayah didalam kereta. Setelah menunggu hampir 20 minit, tiba- tiba sebuah kereta P****** telah berhenti didepan mereka Dan kelihatan seorang wanita yang bertubuh besar keluar dari kereta.
" Mangsa dah sampai.."
Jalil Dan Ramli hanya tersenyum. Mereka berdua keluar dari kenderaan menuju kepada Hidayah. Setelah bertegur Sapa Dan Hidayah pun menyerahkan pesanan yang dibuat , Ramli membawa pesanan itu kedalam kereta Dan meminta Hidayah untuk tunggu sebentar. Ditangan Ramli kelihatan not rm50 sebagai bayaran untuk pesanan itu. Semasa menghulurkan duit itu, Ramli sengaja berpura-pura menjatuhkan duit itu. Hidayah pun membongkok untuk mengambil duit itu. Apabila beliau menegakkan badannya, Jalil pun menerpa Dan mengunci leher Hidayah. Tak sampai dua minit, Hidayah merasakan pandangannya gelap. Pengalaman hidup didalam penjara membolehkan Jalil mempelajari pelbagai kaedah mempertahankan diri Dan mengalahkan musuh didalam penjara.
Hidayah yang pengsan itu direbahkan Dan dibawa ke kereta mereka. Kereta Dayah dipandu oleh Ramli. Mereka menuju ke sebuah tapak pembinaan yang Mana mereka selalu jadikan port.
Nampaknya Maniam sudah kenal akan kereta yang selalu digunakan oleh Jalil Dan Ramli. Maniam tanpa banyak soal terus membuka palang keselamatan untuk memberi laluan kepada mereka. Ramli yang memandu kereta Hidayah memberhentikan keretanya Dan menurunkan tingkat sambil memberi isyarat untuk Maniam menghampirinya. Dua keping not Rm 50.00 dihulurkan. Maniam menyambutnya dengan gembira. Disebabkan selalu mendapat duit kopi dari Jalil Dan Ramli, Maniam tidak pernah curiga akan kekerapan Jalil Dan Ramli datang ke sini. Lagipun Mr.David tidak pernah bertanyakan tentang Hal ini. Jalil Dan Ramli juga sangat pemurah.
Setelah sampai di kontena tempat port mereka. Jalil Dan Ramli bekerja sama membawa tubuh hidayah ke dalam kontena. Akhirnya Hidayah dibaringkan diatas tilam yang ada disitu.
YOU ARE READING
Samaran
General FictionMengisahkan cerita mengenai aktiviti harian yang boleh mengundang bahaya jika tidak berhati-hati.