episod 6

78 7 8
                                    

Alicia: ayah ni mengarutlah, saya kan masih sekolah lagi, kalau ye pun tak mungkin tukang jahit tu jodoh saya,
-
Rama: ayah yakin, dia akan jadi jodoh kamu suatu hari nanti dan kamu tak boleh lari dari takdir kamu,
-
Alicia: itu semua mengarutlah ayah, saya langsung tak percayakan semua tu, mengarut je, saya mahu masuk ke bilik saya, saya nak kemaskan bag saya, esok sekolah,
-
Rama: yelah Alicia, suka hati kamulah,
-
Keesokkan harinya di sekolah,
-
Geetha: baiklah semua murid, keluarkan latihan bahasa inggeris dan salin apa yang cikgu tulis kat papan putih ni,
-
semua murid: baiklah cikgu,
-
Ali: Iman mana Khai?
-
Iman: Khai kan masuk kelas tahanan, awak tak ingat ke?
-
Ali: oh, aku lupa,
-
Rudy: baguslah, lepas rehat PJ, boleh lah kita main bola atau apa-apa,
-
Moon: betul jugak cakap kau Rudy,
-
Di kelas tahanan,
-
Khai: bosan betul lah kelas tahanan ni, apa lah Ali, Moon dan Iman tengah buat sekarang eh?
-
Mr. Leon: Khai, apa yang kamu termenung tu?
-
Khai: eh, tak de apa-apa lah cikgu,
-
Mr. Leon: kamu duduk dengan saya sampai balik dan tak boleh pergi mana-mana kecuali waktu rehat dan kalau kamu nak buang air tu je,
-
Khai: baiklah cikgu,
-
Mr. Leon: bila waktu balik nanti saya pulangkan handphone kamu,
-
Khai: betul ke ni cikgu? cikgu pulangkan handphone saya? terima kasih cikgu,
-
Mr. Leon: sama-sama, kali ni saya bagi kamu peluang lagi tapi ni dah lebih peluang kedua tapi tak apa, tapi kalau kamu bawa handphone lagi saya akan rampas handphone kamu terus dan kalau nak ambik handphone kamu, kamu kena bayar 50 ringgit,
-
Khai: baiklah cikgu,
-
Di kelas,
-
Alicia: Ali, aku nak tanya kau? kenapa keluarga kau miskin? keluarga kau tak mampu beli barang mahal ke? kau tengok macam keluarga aku, ada rumah besar, makan makanan mahal hari-hari, ada kereta mahal dan ada pemandu tau, tengok lah kau, baju kau kotor, ayah kau tak mampu beli baju sekolah baru ke?
-
Moon: apa masalah dia ni, tiba-tiba je berlagak, depan Ali pulak tu, aku tahulah keluarga dia kaya tapi perlu ke berlagak?
-
Iman: entah Alicia ni,
-
Ali: Alicia, duit dan kekayaan tak boleh beli segalanya, duit tak boleh kembalikan orang yang dah pergi, aku tahu keluarga kau kaya tapi duit boleh membuatkan seseorang taksub dengan sesuatu, aku tau kau kaya di luaran tapi kau miskin di hati kau, tengok macam aku, aku miskin tapi aku kaya dengan budi pekerti, walaupun aku miskin tapi aku tetap tolong ayah aku, walaupun ayah aku dah bersara,
-
Moon: padan muka kau Alicia, kan dah kena dengan Ali, tulah berlagak lagi,
-
Alicia: tak apa, kau tengoklah nanti,
-
Geetha: dah senyap! jangan bercakap semasa saya tengah mengajar!
-
Moon: baiklah cikgu,
-
Loceng waktu rehat sudah berbunyi,
-
Di kantin,
-
Roza: jangan tolak-tolak, beratur ikut barisan, semua orang dapat beli makanan, jangan risau,
-
Khai: dapat jugak keluar kelas tahanan, akhirnya waktu rehat,
-
Ali: Khai, macam mana kelas tahanan? best ke?
-
Khai: tak best langsung, bosan gila, berjam-jam aku tenung muka cikgu disiplin kau tau tak?
-
Ali: jomlah duduk, Iman dengan Moon tunggu kita berdua,
-
Khai: ok,
-
Alicia memanjangkan kakinya dan kaki Ali terlanggar kaki Alicia, Ali terjatuh dan makanan terjatuh ke lantai,
-
Alicia: (ketawa) lawaklah kau jatuh, macam nangka busuk,
-
Khai: Ali, kau ok?
-
Ali: alamak, makanan aku, dah jatuh,
-
Khai: kau tak gunalah Alicia, kenapa kau buat macam tu?
-
Alicia: hei nerd, kenapa kau marah aku? makanan boleh dibeli, apa masalahnya?
-
Khai: kau bayar makanan dia sekarang! dan berani kau cakap aku nerd, tak de siapa-siapa cakap aku nerd dekat sekolah ni tau, kau sorang je,
-
Alicia: (memeluk tubuh) ye ke? ada aku kisah?
-
Rudy: apa yang berlaku ni?
-
Khai: Alicia, dia letak kaki dia kat lantai sampai Ali jatuh, habis makanan Ali kotor,
-
Rudy: Alicia, betul ke ni?
-
Alicia: ala, sikit je pun, itu pun nak kecoh, makanan boleh dibeli, bukannya tak boleh,
-
Rudy: Alicia, jangan sampai aku panggil cikgu disiplin, lebih baik kau cakap jujur, kalau kau tak cakap jujur, aku heret kau jumpa cikgu disiplin,
-
Alicia: ada aku kisah? cikgu disiplin je pun, cikgu disiplin tu dah lah tua, nyanyok pulak tu,
-
Mr. Leon: apa kecoh-kecoh ni? sampai bilik makan guru boleh dengar, saya nak makan pun tak senang, kenapa ni? Rudy, masalah apa?
-
Rudy: saya tak tahu sangat tapi Khai boleh cerita, dia saksi masalah ni,
-
Mr. Leon: sekarang ni saya tak nak dengar apa-apa dari mulut kamu Khai, lepas rehat kita bincang pasal hal ni dan sekarang saya nak makan, tolonglah bagi saya makan dengan aman boleh tak?
-
Rudy: boleh cikgu, dipersilakan makan,
-
Khai: Alicia, lepas ni aku nak kau bayar makanan Ali, kesian Ali tau, kau buat macam tu,
-
Alicia: dah lah, aku nak pergi dari sini, malas aku nak tengok muka kau lama-lama (berjalan meninggalkan Khai dan Ali)
-
Khai: woi, kalau kau pergi, siapa nak bayar makanan Ali?
-
Alicia: kau lah bayar, malas aku nak bayar,
-
Khai: tak guna punya perempuan,
-
Iman dan Moon datang,
-
Iman: apa yang berlaku ni?
-
Moon: entah, apa yang berlaku weh?
-
Khai: Alicia dia letak kaki dia kat lantai sampai Ali terjatuh, habis makanan dia jatuh,
-
Iman: tak apa, biar saya bayarkan,
-
Khai: kau sangat baik Iman, terima kasih tolong Ali,
-
Iman: sama-sama, awak pun baik Khai (tersenyum)
-
Bersambung...

Jahitan CintaWhere stories live. Discover now