Ali dan Iman pergi ke bilik guru disiplin,
-
Mr. Leon: Khai, sudah berapa kali saya cakap, jangan bawa handphone ke sekolah, kenapa kamu degil?
-
Khai: tapi saya bawa handphone untuk kecemasan, ibu bapa saya sebuk kerja jadi diorang suruh saya bawa handphone,
-
Mr. Leon: peraturan tetap peraturan, kamu didenda dan masuk ke kelas tahanan sebab ingkar arahan saya, sudah masuk ke kelas kamu sekarang dan kelas tahanan kamu bermula esok,
-
Khai: baik cikgu (Khai keluar dari bilik guru disiplin),
-
Mr. Leon: kamu lagi Ali, apa kali ni Ali? saya sudah jemu tengok muka kamu, asik muka sama je, biar saya teka, kamu bergaduh lagi?
-
Iman: tak cikgu, kali ni Jet dan Chris buli Ali, diorang ejek dia dan hina dia, diorang hina dia miskin,
-
Mr. Leon: oh macam tu, tapi tak apa Ali, saya tahu keluarga kamu miskin tapi tak apa, Rudy!
-
Rudy: ya cikgu?
-
Mr. Leon: saya nak kamu panggil Jet dan Chris datang jumpa saya sekarang jugak!
-
Rudy: baik cikgu,
-
Mr. Leon: tak apa biar saya cakap dengan Jet dan Chris sendiri, kamu berdua boleh masuk ke kelas sekarang,
-
Ali dan Iman: baiklah cikgu (Ali dan Iman berjalan keluar dari bilik guru disiplin)
-
Rudy berjalan ke kelas Jet dan Chris.
-
Rudy: Jet dan Chris, ikut aku sekarang, cikgu disiplin nak jumpa,
-
Jet: buat kacaulah cikgu disiplin tua ni, nak belajar pun tak senang, jom Chris,
-
Chris: ok baiklah aku ikut kau,
-
Di bilik disiplin,
-
Mr. Leon: saya nak tanya kamu berdua, kamu berdua membuli dan mengejek Ali?
-
Jet: macam mana cikgu tahu?
-
Mr. Leon: Iman dia buat repot dekat saya tadi pasal kamu berdua buli Ali, kamu tahu tak, Ali dia miskin lagipun keluarganya susah dan Ali dia tak ada mak, mak dia dah meninggal dalam beberapa tahun yang lalu, sanggup kamu buli anak yatim? cuba bayangkan mak kamu meninggal? apa yang kamu rasa? mesti kamu rasa kesunyian tanpa mak kamu betul tak? dah lepas ni saya tak nak dengar kamu buli orang lain atau bergaduh dan sekarang balik ke kelas kamu sekarang! ini amaran terakhir, kalau kamu buli orang lain lagi saya akan mengantung kamu berdua faham!
-
Jet dan Chris: baik cikgu,
-
Mr. Leon: dah balik ke kelas kamu berdua,
-
Jet dan Chris berjalan keluar dari bilik disiplin,
-
Chris: jangan terasa sangat Jet, kalau kena marah kena maki tu perkara biasa, kau relax je lagipun aku pun kena marah tapi aku ikut kau je sebab kau kawan aku,
-
Jet: kau diamlah Chris,
-
Rudy: kenapa? kena marah dengan cikgu disiplin ke? padan muka, siapa suruh buli Ali? kan dah kena marah dengan cikgu disiplin, bodoh,
-
Jet: apa kau cakap? kau nak kena tumbuk ke? (mahu menumbuk Rudy)
-
Chris: wow wow, sabar Jet, sabar, tolong jangan timbulkan masalah lagi, aku tak nak kena gantung sekolah, aku nak sekolah dan aku nak belajar, tolonglah faham aku,
-
Jet: weh, aku tak kan lupakan pasal hal ni, jangan sampai aku tumbuk kau, bersepai gigi kau aku kerjakan kau,
-
Rudy: huh, kau ingat aku kisah? dah lah bodoh kelas belakang pulak tu, kalau kau rasa tak pandai pergi belajar, jangan jadi bodoh sangat, kau tengok Ali, walaupun dia miskin tapi dia pandai dari kau,
-
Jet: kau nak gaduh ke?
-
Chris: sabar woi sabar, kalau nak settlekan hal ni settlekan kat luar sekolah jangan dalam sekolah tak silap-silap kita bertiga kena gantung sekolah,
-
Mr. Leon: woi apa kecoh-kecoh tu? masuk kelas lah woi!
-
Jet: alamak cikgu disiplin, cepat Chris lari!
-
Jet dan Chris berlari meninggalkan Rudy dan Mr. Leon,
-
Mr. Leon: ada masalah ke Rudy? apasal diorang tu?
-
Rudy: entahlah, malas saya nak layan diorang,
-
Mr. Leon: kalau diorang buat hal, buli orang lain atau apa-apa, kamu bagitahu saya,
-
Rudy: baiklah cikgu,
-
Bersambung...
-
Keterangan: Rudy adalah seorang ketua pengawas dan dia seorang bekas pembuli, dia tidak lagi membuli sesiapa kerana dia dah insaf atas perbuatannya.
YOU ARE READING
Jahitan Cinta
Storie d'amoreAli memiliki sebuah kedai jahit bilik ayahnya Ghazali, Ali dan ayahnya adalah keluarga yang miskin dan mereka hanya mampu menjahit baju dan membuat tempahan khas, impian ayahnya adalah untuk membuka kedai jahitnya di bandar, Alicia dan keluarganya a...