"oke kelas,sampai disini sahaja dulu pembelajaran kuliah kita harini.
Ustaz pergi dulu, Assalamualaikum.""Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh" jawab seisi kelas didalam dewan itu secara serentak.
Lalu semua bersurai dari sesi kuliah pada haritu.Naufail dan Ramdzan pergi ke cafe' membeli ice blended dan wafer.seusai itu mereka berjalan menuju ke wakaf perkarangan bangunan berdekatan cafe' dan masjid lalu mereka duduk disitu untuk menikmati makanan dan minuman yang dibeli oleh mereka.
"Eh Naufail,aku pergi beli nasi ayam madu untuk kita berdua kejap ye.aku baru teringat nak beli.kejap je tau.kau tunggu sini."
"Oke boss.aku tunggu sini..eh ni sebelum tu sini kejap." Naufail menarik tangan sahabatnya lalu diletakkannya duit ditelapak tangan milik ramdzan lalu dingengam tangan tersebut.ramdzan kaget.
"Eh,apeni takyah susah-susah.guna duit aku jelah.cukup duitnya aku nak beli makanan tu." Ramdzan cuba menolak.dia segan.
"Alah bukan slalu.ambiklah orang dah bagi.mak aku kata, tak elok tolak rezeki.hehehe.duit lebih tu ko simpan je lah." Balas Naufail sambil tersenyum.
"Susah-susah je kau ni.apa-apa pun terima kasih ya.semoga Allah balas berlipat ganda rezeki kau.aamiin."
Ramdzan terharu punya sahabat seperti Naufail.dia tak pernah kedekut rezeki.. kalau buat kerja asigment pun slalu dia ajar kalau tak faham.dia slalu ade masa untuk orang lain walaupun bussy.dia kagum dengan sikap naufail."Aamiin Allahumma Aamiin.sama-sama.takde apalah yang susah.sahabat kan.kene saling membantu."jawab naufail dengan gembira.hatinya terasa lapang setiap kali bersedekah.terlihat keikhlasan diwajahnya.
"Alhamdulillah,next time apa-apa aku bole pulak tolong kau.hehehe.harini kau tolong aku.mana tau, esok-esok kau susah aku bole bantu pulak.pape bole je roger-roger aku.k aa nak pergi beli makanan jap.kang habis makanan tu." Ramdzan menepuk-nepuk bahu naufail lalu bergerak membeli makanan tersebut.
Naufail hanya tersenyum.setelah itu dia mengambil ice blended yang berada diatas meja lalu diminum.
Sedang dia minum wajahnya seperti ditarik-tarik untuk paling ke sisi kanannya.dan sekali paling.
Bdesuuuuup.melintas seorang wanita berjubah coco dan bertudung labuh warna krim sedang berjalan sambil membawa buku ditangannya menuju ke masjid yang berdekatan kawasan itu.dia terkaku melihat wajah wanita itu sebentar.kenapa ya?wajah itu seperti begitu familiar dimatanya.dia cuba refresh kembali otaknya untuk mengingati siapa wanita itu dihidupnya.namun hampa dia gagal mengingati.lalu dia mengabaikannya.Dan saat itu juga sahabatnya sudah sampai dengan membawa makanan yang dibeli.mereka menikmati makanan tersebut.
"Alhamdulillah habis jugak semua makanan ni akhirnya.jom weih pergi masjid.kita solat asar lu.."ajak ramdzan yang sudah habis menjamah makanannya.
"Jom."jawab naufail.mereka berdua bangkit dari tempat duduk lalu bergerak membuang polisterina yang digunakan tadi lalu bergerak terus menuju ke masjid.
"Allahuakbar"imam mengangkat takbir.menandakan sedang menunaikan solat asar.jemaah pada petang itu ramai yang hadir memeriahkan suasana masjid.
Seusai solat berjemaah,
para jemaah mula bergerak meninggalkan ruangan masjid.tinggalah kini beberapa anak muda termasuklah naufail dan ramdzan yang masih berada di dalam masjid untuk mendengar tazkirah ringkas yang dijalankan pada petang itu.. seusai habis majlis tersebut mereka pun keluar dari ruangan masjid.sedang naufailmengikat tali kasut ramdzan telah dulu siap dan berkata"Weh,aku nak pergi jumpa pak imam jap dkt belakang.ade hal nak bincang.kau tunggu sini jap ya."
"Okeh.jangan lama sangat lak." Jawab naufail.
YOU ARE READING
DIA SUAMI YANG AKU RINDUI
RomanceMuhammad Nadhim Naufail telah bertemu kembali teman sepermainannya sewaktu kecil yaitu Nurizzah Ufaira Zahra di sebuah universiti setelah terpisah 10 tahun. Apakah hubungan mereka masih seperti dulu ataupun menjadi stranger? Dan kehadiran Muhammad U...