3 Tahun kemudian
"Oke,sikit lagi nak terbentuk dah corak dia.."naufail tekun memainkan cawan ditangannya sambil tangan kanannya sudah terangkat keatas memegang jag berisi susu putih utk membuat krimer diatas air tersebut.
Dia menikmati hasil corak yang terbentuk sambil berzikir."Okey,done!" Terukir senyuman manis diwajah tampan milik naufail tanda dia berpuasa hati dengan hasil yang dia lakukan.
Naufail menghantar minuman kepada customer yang telah Oder awal tadi air tersebut.dia senyum dan customer tersebut membalas senyumannya.
Naufail memerhati customer itu dari membayar air yang dibeli hingga menghilang dibalik pintu kedai.Dia melihat jam ditangannya.dah pukul 9.00 malam.kiranya sekarang waktu dia kemas-kemas apa yang perlu dan perlu bergerak balik kerumah.
Usai saja semuanya siap,dia menutup lampu dan mengunci pintu kedai lalu bergerak ke motor besarnya berwarna biru.setelah itu dia meninggalkan tempat itu.
"Alhamdulillah akhirnya bole baring-baring.nak patah pinggang dah rasanya buat kerja berdiri."cakap naufail sorang-sorang sambil meregangkan ototnya dan menghempaskan tubuhnya diatas katil yang empuk.matanya dipejamkan seketika.
"Baby baby jangan-jangan
Tinggalkan aku,
Baby baby
jangan
Merajuk sangat..
Sabarku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby
I love you!!
Baby baby.Rightone lagu Aziz Harun berkumandang di phone naufail.
Dalam mata terpejam dia mengapai phone disebelah bantalnya.lalu dilekapkan pada telinganya.
"Hello, Assalamualaikum."satu suara garau menyapa.
"Wa'alaikumussalam,ouh ayah." Jawab naufail dalam mata terpejam.
"Ya,ni ayah.naufail sehat?baru balik kerja ya?"
"Ya,yah.. Alhamdulillah sehat.baru ni hah sampai rumah.ayah cane sihat ke dekat sana?macam mana semuanya berjalan lancar ke masa buat haji?"soal naufail laju.kini matanya sudah cergas.
"Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.seronok nour dekat sini.rasa damai je." Jawab ayahnya dengan nada bahagia.
"Alhamdulillah,ya Allah.senang hati nour dengar ayah cakap macamtu."
"Hahaha.nour sebenarnya ade benda ayah nak tanya dengan kamu."
"Apa dia ayah?"
"Camni,kamu dah ade calon ke untuk jadi menantu ayah?" Soalan cepumas keluar dari ayahnya.
Hah menantu?!!!"what?!!dia kawan perempuan pun takde.kalau ade pun si ufaira.tu pun tak rapat macam dulu sebab masing-masing dah ade hidup sendiri.
"Erk,eum...tak...takde lagi ayah."
Tergagap nour mahu cakap."Ouh macamtu..Nour,apa pendapat nour tentang anak encik Idris?"
"Hah?anak encik Idris??errr yang mana satu ayah??yang anak lelaki dia tu ke si Iqbal?"
"Bukan si Iqbal.tapi adik bongsu dia tu di Ufaira." Sanggah ayahnya.
Saliva naufail rasa tersekat di kerongkong sekejap.
"Eum.. entahlah ayah.biasa-biasa je Nour tengok Ufaira tu.kenapa ayah?"
Tanya naufail pelik.dalam keadaan sama hatinya sudah berdegup laju dari biasa."Biasa-biasa je?? takde luarbiasa ke?"
Tanya ayahnya masih mahu tau soal perasaan anak lelakinya ini."Euem..aaaada tu ada.. tapi nour be.. belum jatuh cinta sepenuhnya pada Ufaira yah.." jawab naufail jujur tergagap tiba tiba dalam segan.wajahnya sudah memerah menahan malu..
"Kalau nour dah jatuh cinta dengan si Ufaira..terus pergi rumah dia mintak restu dengan mak ayah dia cara baik.
Halalkan cara baik.ayah disini restu dan doakan semoga Allah permudahkan urusan nour.mulakan dengan bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah."nasehat ayahnya kepada Nour."In Shaa Allah,baik ayah.terima kasih atas nasehat dan semangat ayah."
"Sama-sama.nour jaga diri ya.jangan berputus asa.assalamualaikum."
"Wa'alaikumussalam."jawab naufail.
Dia merenung lama syiling biliknya yg berkaca.dari situ dia melihat jelas bintang membentuk buruj diatas langit sana.dan bulan bersinar terang.
"Ufaira nak ke dengan aku ni?haritu masa dekat masjid pun aku tgk dia macam lain sangat bila nampak aku.hmmm.macam....hmm tahlah,
Dia nampak malu..tu aku perasan tapi soal perasaan dia tu aku tak dapat teka.cane eh?"Naufail cakap sorg ii sambil memandang keluar langgit diatas kepala biliknya.
Dia hanyut dalam persoalan yg berada di fikirannya hingga tertidur tanpa sedar.
"Nour" panggil Ufaira
YOU ARE READING
DIA SUAMI YANG AKU RINDUI
RomanceMuhammad Nadhim Naufail telah bertemu kembali teman sepermainannya sewaktu kecil yaitu Nurizzah Ufaira Zahra di sebuah universiti setelah terpisah 10 tahun. Apakah hubungan mereka masih seperti dulu ataupun menjadi stranger? Dan kehadiran Muhammad U...