Part 1 - I don't know what is love

14 4 0
                                    

Song Ji Hyo. Berumur 27 tahun. Selama dia hidup belum pernah sekali dia bercinta dengan mana-mana lelaki. Sampaikan ada yang menganggap dia ini menyukai wanita sejenis.

Di dapur. Ji Hyo sedang membetulkan pakaian kerja yang dikenakan sebelum bergerak keluar dari rumah. Baju coat bewarna hitam diapadankan dengan kasut bertumit cukup menaikkan aura Ji Hyo. Ju Yeong imo pula sedang meyiapkan sarapan untuk mereka berdua.

Ju Yeong imo: Kamu tu bukan makin muda. Umur makin meningkat. Takkan tak ada seorang lelaki pon yang kamu suka. Tengok semua kawan-kawan kamu semua sudah berpunya dan ada yang bakal mendirikan rumah tangga.

"Aduh sudah mula dah leterennya" Song Ji Hyo mengeluh.

Sebelum sempat Ju Yeong imo membebel lebih panjang. Dia pantas menghirup air teh panas yang dihadangkan dan kemudian  mencium pipi wanita kesayangannya itu sebelum bergegas ke tempat kerja.

Ji Hyo: Arasseo arasseo. Saya sudah lambat nak ke tempat kerja ni. Anyeong imo (makcik).

Ju Yeong imo: Tengok tu. Setiap kali kita buka topik bercinta mula la dia mengelak. Jangan lama sangat bersendiri. Imo pon dah semakin tua nanti kamu sunyi pula. Ingat! Akan ada lelaki yang mampu bahagiakan kamu (jeritnya)

Song Ji Hyo melangkah keluar dari rumah dan menuju ke perhentian bas. Dia duduk di kerusi yang disediakan sambil menunggu bas tiba. Dia termenung panjang. Iya betul kata imo nya. Lelaki yang baik akan datang. Tetabi bila? Persoalannya bukan bila dia akan muncul, tetapi bila dia akan mula membuka hatinya?

Dia tahu semua menganggap dia bahagia dan berjaya. Mempunyai pekerjaan yang tetap sejurus selepas tamat pengajian merupakan impian setiap individu di muka bumi. Tambahan pula dia sekarang merupakan manager di salah sebuah hotel yang terkemuka di kota Gangnam itu.

Tetapi, disebalik kejayaan yang dilihat oleh semua orang. Tiada seorang pon yang mengetahui kisah gelap hidupnya kecuali imo kesayangannya. Kisah ini bermula sejak Ji Hyo berumur 12 tahun. Dia dahulunya juga menganggap keluarganya bahagia. Ayahnya merupakan chef terkemuka di sebuah restoran. Ibunya pula bekerja sebagai manager. Rakan-rakan setaman mereka boleh dikatakan mencemburui apa yang mereka miliki.

Namun kebahagian itu hanya sementara. Pada suatu hari dia terlihat ibu dan ayahnya bergaduh. Masing-masing saling berteriakan dan memecahkan semua benda yang ada.

Omma: Siapa perempuan yang awak selalu jumpa tu? Awak cakap dia hanya secretary awak tetapi kenapa awak kerap keluar dengan perempuan tu dan balik lewat malam? Awak ingat saya lurus bendul sangat ke? Awak ingat selama ini saya tak pernah tahu apa yang awak buat di belakang saya ke?

Appa: Siapa perempuan tu tak penting! Tapi kenapa sekarang baru awak nk berpura-pura seolah awak pedulikan saya? Bukankah selama ini kita berkahwin hanya atas desakan keluarga? Awak juga yang beritahu saya yang awak tidak pernah mencintai saya!?

Omma: Memang betul! Tak pernah sekali pon saya jatuh hati dengan awak. Tapi awak tak pernah fikir ka perasaan saya dan anak awak kalau awak buat perangai macam ni? Semua kawan-kawan saya dah tahu pasal skandal awak. Awak rasa dekat mana saya nak letak muka saya ni?

Appa: Kalau macam tu kita cerai. Sudah! Selepas ini saya tidak mahu peduli apa lagi pasal kamu dan Ji Hyo.

Song Ji Hyo yang mendengar semua perbalaham mereka menangis teresak-esak. Tangisannyya didengari oleh imo Jun Yeong. Imo menarik Ji Hyo keluar dari rumah tersebut dan kemudian memeluk Ji Hyo sekuatnya. Dia membiarkan Ji Hyo menangis sepuas hati. Tidak diduga bahawa kebahagian yang dimiliki oleh mereka sekeluarga selama ini hanya sebuah kepuraan semata-mata.

Sehari kemudian ibu dan bapanya datang kepada Ji Hyo dan mereka mengatakan yang mereka mempunyai urusan di luar sebentar untuk diselesaikan. Ji Hyo tahu. Mereka sebenarnya hendak ke mahkamah untuk mendaftarkan penceraian mereka. Dia sangat takut. Ketakutan untuk melihat ibu dan ayahnya tidak bersama lagi akan menjadi kenyataan.

Selang beberapa jam. Imo mendapat panggilan dari seseorang. Alangkah terkejutnya imo apabila dia dimaklumkan bahawa kedua ibu dan bapa Ji Hyo terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kedua-duanya mati di tempat kejadian. Dengan hati yang berat, Ju Yeong terpaksa memberitahu Song Ji Hyo berita itu.
" Mahu tidak mahu dia perlu mengetahuinya", pujuk hati imo.

Song Ji Hyo sangat terkejut setelah mendengar berita itu. Sejak itu, segala kepercayaannya mula hilang. Dia tidak mampu untuk mempercayai sesiapa pun dan membuka hatinya untuk sesiapa sahaja.

___________________________________________

"Pon pon!". Bas membunyikan hon. Hanya tinggal dia sahaja yang belum menaiki bas itu. Driver bas itu tahu Song Ji Hyo akan selalu naik bas yang dibawanya untuk ke tempat kerja. Oleh sebab itu, dia membunyikan hon itu supaya Ji Hyo tersedar dan tidak lewat untuk ke tempat kerja.

Song Ji Hyo kemudiannya tersedar dari lamunannya. Dia bingkas bangun dari kerusi itu dan menaiki bas tersebut. Tas tangan miliknya terjatuh tanpa sengaja namun dia tidak menyedarinya.

___________________________________________

Di front desk hotel Gangnam. Ji Hyo mula gelabah dan mencari sesuatu. Kelakuannya agak aneh dan kelam kabut. Semua staff yang berada di situ mula berbisik antara mereka.

Ji Hyo: Mana pulak pergi beg tangan aku ni? (Sambil memunggahkan semua tempat mencari beg tangannya)

Yuri: Kau kenapa ni Ji Hyo ke hulu ke hilir punggahkan semua barang?

Ji Hyo: Kau ada nampak tak beg tangan aku?

Yuri: Dekat mana tempat last kau letak tadi, kau ingat tak?

Ji Hyo: Aku tak ingat weyh. Alamak dah la ada dompet aku sekali dengan ic semua. Macam mana ni!!!.
Dia meramas rambutnya sehingga kusut.

Yuri: Takpa weyh. Aku rasa ada ja tu dekat mana-mana. Aku tolong kau cari. Nanti kalau aku jumpa aku bagitau kau.

Yuri meyakinkan Ji Hyo. Ji Hyo pon mengangguk tanda dia berterima kasih kepada sahabat baiknya itu.

__________________________________________

I want Love (522)Where stories live. Discover now