Part 6 - Our First Date

5 0 0
                                    

Ji Hyo sampai lebih awal di taman. Hari ini merupakan hari pertama dia akan keluar berdua bersama Wonu. Walaupun sudah seminggu lebih mereka tinggal bersama, ini baru pertama kali Ji Hyo mengajak Wonu untuk keluar date bersama-sama. Ji Hyo memakai dress berwarna hijau muda dan dipadankan dengan kasut sport putih. Rambutnya pula dilepaskan sahaja.

Wonu melihat jam di tangannya. “Aduh..aku sudah lambat ni, ni semua salah kau Hoshi”, marah Wonu. Mereka baru sahaja selesai kuliah sesi pagi.

Hoshi : Hehehe sorry..aku terlupa yang kereta ni minyak dah habis. Apa-apa pun goodluck and just enjoy your date!!

Wonu terus berlari meninggalkan Hoshi. Jam sudah menunjukkan pukul 12:10 tengah hari. Dia sudah berjanji untuk bertemu dengan Ji Hyo di taman pada jam 12.  Setibanya dia di taman itu, dia melihat Song Ji Hyo yang kelihatan sungguh anggun. Walaupun agak ramai pengunjung pada hari itu, namun tiada siapa yang mampu menandingi aura wanita yang dicintainya itu. Dia nekad. Dia akan membuat wanita di hadapannya itu akan jatuh hati terhadapnya juga lambat laun.

Setelah makan di cafe, mereka berjalan-jalan di sepanjang taman. Kemudian, mereka ternampak seekor anjing yang sangat comel. Song Ji Hyo berasa sangat teruja dan terus bermain dengan anjing tersebut. Wonu tahu yang Song Ji Hyo sangat menyukai anjing tetapi dia tidak mampu membelanya kerana Ju Yeong imo mempunyai alahan dengan bulu binatang.

Ji Hyo sangat manja apabila bermain dengan binatang. Ji Hyo tertawa riang. Sudah lama dia tidak ketawa seperti itu. Wonu yang melihat juga tersenyum melihat Ji Hyo. Secara tidak sengaja tali kasut Ji Hyo tercabut, dengan pantas Wonu menundukkan dirinya untuk mengikat tali kasut Ji Hyo. Ji Hyo berasa sangat terkejut dengan tindakan Wonu. Hatinya mula berdegup kencang. Dia cuba menenangkan dirinya. Wonu berdiri dan turut menarik Ji Hyo berdiri bersama. Lama dia menatap mata wanita itu. Rupanya dia juga berkongsi perasaan yang sama. Semakin dia cuba menyembunyikan perasaan tersebut, semakin kuat perasaan tersebut sehingga menyebabkan fikirannya kusut.

Wonu : Noona, can I hold your hand?

Ji Hyo tergamam sebelum dia mengangguk perlahan. Wonu dengan berhati-hati menggapai tangan Ji Hyo. Dia mengusap lembut tangan Ji Hyo.  Kedua-duanya tersenyum malu.

Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Song Ji Hyo mengundurkan diri dahulu. Dia mahu menjenguk Imonya sebentar di hospital. Wonu pula pulang ke rumah mereka untuk menyiapkan tugasannya.

Ji Hyo : Noona will go first. I’ll meet you at home. I have something to tell you.
Wonu: Arasso noona, gidarilgae. Anyeong (sambil menarik bahu Ji Hyo sebelum memeluknya)

I want Love (522)Where stories live. Discover now