Raisya memicit kepalanya perlahan . Pening dengan situasi sekarang . Susah betul nak cari pekerja yang sesuai . Ni ada yang nyah lah , tak renggang dengan telefonlah . Makeup lah , apelah .
"Ni apa ni , Yana ? Pelik pelik je yang kau panggil ni !!" bentak Raisya . Reaksi Yana berubah serta merta .
"Maaf , Cik Raisya . Sebab kat email , semua cakap okay . Tiba kat sini , macam macam nak demand ." ujar Yana . Raisya mengeluh kasar .
Pintu diketuk perlahan dari luar . Pintu dikuak perlahan . Seorang lelaki masuk ke ruang bilik tersebut mematikan bicara Raisya . Raisya memandang Yana tajam . Ditariknya Yana mendekat .
"Bukan ke aku ada cakap dengan kau , yang female only ???" gumam Raisya bengang . Mata Yana membesar .
"Alamak cik !! saya terlupa !!" ujar Yana lalu menunduk ke Raisya . Raisya mengeluh .
"Sorry but the application is only for female . So , you can't be accepted." ujar Raisya lalu bangun untuk meninggalkan bilik tersebut .
"That's all ? When the wrong is not coming from me , you just want me to go ? Really ?" kata kata lelaki itu menghentikan langkah Raisya . Raisya berpaling ke arah lelaki itu lalu menjegilkan mata ke Yana .
"So , what's your purpose ?" soal Raisya .
"I need this job . I mean , you have to accept me btw ." ujar lelaki itu membuatkan Raisya mengangkat keningnya . Yana memandang dua figura itu bercakap . Ya Allah , macam WWE dah ni .. seramnyaaaa !!!
"Why should i ?"
"Because Tengku Atikah Nadirah ordered me to do so ." ucapan lelaki itu membuatkan Raisya bengang . Again ?
"Haaa .. encik-?"
"Izzat ."
"Haaa .. Encik Izzat boleh ke ruangan saya untuk saya terangkan berkenaan kerja encik ." ujar Yana lalu mengheret Izzat ke biliknya . Raisya memandang Izzat atas bawah lalu menutup matanya . Menahan amarahnya agak sukar . Dihempas pintu bilik itu sekuat hati . Sabarnya sudah habis .
Raisya keluar tanpa memberitahu kepada staffnya . Tasik menjadi destinasinya untuk melepaskan amarah .
"AAARGHHHHHHH !!!!!!" jerit Raisya sekuat hatinya . Dia sudah tidak peduli dengan orang-orang yang melihatnya . Dia perlu melepaskan marah . Tangan yang menggigil digenggam kejap . Air matanya mengalir perlahan . Rasa ini kembali lagi . Rambut yang diikat , diuraikan . Angin sempoi membawa duka yang berada di dalam hati pergi .
"Aireen .. aku tak kuat ... bantu aku , Aireen ! Aku tak boleh hidup tanpa kau , Aireen ." teresak-esak Raisya menangis lalu terduduk . Jam ditilik . Pukul 6.50 petang . Sebentar lagi , sudah masuk waktu maghrib . Ditenung matahari yang kian tenggelam .
Perlahan-lahan , langkah Raisya menuju ke hadapan seolah-olah dipukau sesuatu . Langkah demi langkah , laungan orang ramai dihiraukan . Biarlah dirinya pergi . Dia mahu bersama Aireen . Mata Raisya berpinar . Dia menggosok matanya lalu terkejut .
"Raisya ... tak mau la macam ni ... aku tak nak kau jadi macam ni . Apa guna aku tinggalkan kata kata terakhir aku kalau kau jadi macam ni ? Terimalah Izzat sebagai pengganti aku . Biarkan dia jadi PA kau . Tak salah pun kan ? Aku tahu kau fobia dengan lelaki . Tapi sampai bila ? Suami kau pun lelaki juga kan ? Dahlah , Raisya . Masa kau belum tiba lagi ." ucap Aireen sambil tersenyum .
Raisya menangis lalu memeluk Aireen . Aireen menepuk belakang Raisya perlahan .
"Dah , Raisya . Aku pergi dulu . Ingat tau ! Terima Izzat !"
Raisya bagaikan tersadar . Dirinya terbaring di katil wad . Raisya mengeluh lalu menatap siling . Betul ke itu yang kau nak ?
"Ya Allah , Raisya !!! Apa jadi kat kamu ni ?? Umi risau !!" Pintu wad ditolak kasar oleh Umi . Raisya mengeluh lalu memusingkan badannya ke kiri .
Umi terdiam . "Salah ke Umi buat pilihan untuk kebahagiaan kamu nak ? Salah ke ? Anak Umi cuma kamu , Raisya. Tiada lain ." sayu Umi berkata . Raisya menitiskan air matanya lalu berpusing memeluk Umi .
"Tak salah , Umi . Tapi bagilah tahu Raisya dulu ." ujar Raisya . Umi menggeleng .
"Umi yakin Raisya takkan terima sebab dia lelaki kan ?" kata Umi . Raisya mengeluh . Tah pasal tah dia asyik mengeluh pasal lelaki tu .
"Whatever . Lepas ni pape kena bagitahu Raisya ." pesan Raisya . Umi mengangguk lalu memeluk Raisya kuat .
"Sakitlah Umi !!" adu Raisya lalu mengusap kepalanya . Pintu dikuak perlahan . Muncul wajah Izzat disebalik pintu .
"Cik Raisya dah okay ?" tanya Izzat . Raisya pandang Izzat atas bawah dengan pandangan pelik . Dah kenapa mamat ni basah kuyup ?
"Jangan nak pelik sangat ! Kalau tak si Izzat ni selamatkan kamu , mahu tak lemas kamu dalam tasik tu !!" ujar Umi membuatkan Raisya ternganga . Whattt ??? Seriously he saved me ? Oh gosh !
Izzat tersengih malu . Raisya menjelingnya dengan tidak puas hati .
"Pastu kau nak apa datang sini ?" tanya Raisya kasar . Tangan Umi laju mengetuk kepala Raisya .
"Cuba elok sikit cakap tu !" marah Umi . Raisya memuncungkan bibirnya lalu menjegilkan matanya ke Izzat .
"Takdelah . Saya cuma nak tengok keadaan Cik Raisya je ." ujar Izzat . Raisya menjeling . Sungguh , dia tidak sukakan lelaki ini .
"Aku okay je . Tak mati lagi ." kasar Raisya berkata lalu diketuk lagi oleh Umi . Umi menjegilkan matanya ke Raisya pertanda amaran . Raisya hanya diam membeku .
Keluar dari ruangan Yana , kelibat Raisya tiada di office . Matanya meliar mencari kelibat Raisya .
"Encik Izzat cari siapa ? Cik Raisya ke ? Dia keluar tadi . Tak tahu pergi mana . Okaylahh kitorang nak balik dulu ." ujar Hafidz . Izzat mengangguk tanda terima kasih .
"Ehh ! Encik Izzat ada lagi ? Kenapa ?" soal Yana setelah terlihat Izzat seakan mencari seseorang .
"Awak tahu tak Raisya pergi mana ?" tanya Izzat . Yana mengerutkan keningnya .
"Biasa kalau dia keluar tak bagitahu ni .. pergi tasik . Yang dekat taman sana tu ." kata Yana . Izzat berkerut kening . Tasik ??
Pantas , dia berlari ke kereta dan memandu ke tasik yang disebutkan . Tiba di sana , kedengaran kecoh orang menjerit .
"Dik !!! Naik dik !! Bahaya tu dik !!" jerit orang sekeliling . Laju Izzat menyelinap dikerumun manusia itu . Matanya menangkap seorang wanita sedang berjalan ke dasar tasik . Raisya !!
Pantas dia menuju ke Raisya yang air sudah separat dada . Dia menarik tangan Raisya lalu Raisya pengsan dengan mukanya yang sembab .
Apa nak jadi kau ni Raisya ? Haih .. Izzat menggendongnya ke kereta dan terus memandu ke hospital .
to be continue ...
YOU ARE READING
Ikatan Janji
RomansaPelik ? Perkataan itu pernah diutarakan oleh beberapa orang yang baru mengenalnya . Namun dia tidak kisah . Baginya , hidup perlu diteruskan . Rahsia yang penting masih disimpan rapi . Hanya dia sahaja yang tahu . Izzat Aryan , lelaki yang muncul di...