Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Dahinya sedikit berkerut oleh kerana kepalanya berasa pening.Tangan dibawa mengurut pelipis.
Saat itu juga,gadis itu tersedar badannya rasa halwa sejuk kerana mini dress yang dipakainya semalam sudah ditanggalkan dari badannya.
Hanya selimut tebal hotel yang menjadi alas untuk menutupi separuh badannya itu.Badan berasa lemah dan sakit-sakit diseluruh bahagian.
Apa..apa yang terjadi semalam?Macam mana dia boleh terbangun di atas katil hotel ni.
Seingatnya,lelaki semalam itu menanyakan satu soalan tapi Anayra tak ingat selepas dia pitam.Bunyi pintu kaca bilik air kedengaran dan pandangan mata Anayra terus beralih ke arah itu.
Figura lelaki semalam baru sahaja menapak keluar dari pintu tersebut dengan tubuh sasanya dibaluti bathrobe hotel berwarna hitam.Rambutnya yang masih basah menutupi dahi dan sisa air itu juga laju mengalir pada batang lehernya.
Jari jemarinya sedang mengetatkan tali bathrobe yang dipakainya itu.
"Are awake darling?"soal lelaki itu sambil tersenyum sinis.Namun Anayra hanya merenung tajam ke arah lelaki itu.
Apa yang lelaki itu dah buat padanya semalam sehingga baju yang dipakainya ditanggal dari badan.Tak mungkin lelaki itu dah rogol dia.
Kenapa kau bodoh Anayra!Dari awal kau tak patut ikut apa yang ayah suruh ni.Ni semua kerja gila dan maruah kau dah tergadai!Kau dah tak suci Anayra Sofea!
Dengan geram Anayra memukul-mukul kepalanya sendiri.Lelaki itu sedikit terkejut dengan tindakan spontann Anayra.Birai mata gadis itu mula basah dengan air mata.
Kemudian dia berjalan ke arah katil dan mendekati Anayra.Tangan gadis itu diraih pantas olehnya,menghalang Anayra memukul kepalanya sendiri.
"Hey..relaks.Kau janganlah sakitkan diri kau macam ni,Aku tak suka!"ujar lelaki itu dengan wajah penuh risau.Anayra merentak kasar tangan kekar lelaki itu darinya.
"Awak dah rogol saya kan?Kenapa awak buat macam tu?"marah Anayra dengan bahasa isyarat.Sudah tentu sepatah haram lelaki itu tak faham dengan bahasa tersebut.
"Kau cakap apa ni?Aku tak fahamlah.Kau ingat aku reti ke bahasa isyarat macam tu"lelaki itu berkerut dahi.Sejurus itu,dia mencapai sehelai kertas dan sebatang pen di atas meja bilik hotel itu lalu diserahkan pada Anayra.
"Nah,ambil tulis apa yang kau nak cakap tadi"Anayra merampas kasar kertas dan pen tadi dari tangan lelaki itu.
"Apa yang dah jadi semalam?Apa yang awak dah buat dekat saya?!"tulis Anayra di di atas kertas tersebut lalu dihulur pada lelaki itu.
Lelaki itu membaca apa yang ditulis oleh Anayra dan hujung bibirnya tersenyum sinis.
"Kau tak ingat apa yang terjadi antara kita semalam?Oh my baby girl,i'm so lucky last night"ujarnya dengan penuh bangga.
Anayra mengetap bibirnya sekuat hati. Sungguh,dia rasa jijik dengan dirinya sekarang.Lelaki dihadapannya itu sudah meragut kesuciannya dengan cara yang haram.
"Ya allah,aku dah melalukan dosa yang besar.
Maafkanlah hambamu ini sesungguhnya aku diananya atas perbuatan jijik ini"doa itu dititip dalam hati kecilnya."Saya tak ingat dah saya tak nak ingat benda jijik yang kita buat semalam.Mulai hari ni jangan muncul depan saya.Saya benci awak!"
tulis Anayra sambil menayangkan muka bengisnya.Mahu tunjuk yang dia sedang marah namun lelaki itu langsung tidak terkutik.Hanya berwajah dingin dan tegas.Walaupun badannya berasa lemah,Anayra tetap gagahkan diri untuk bangun dari katil itu sambil menarik selimut tebal itu menutupi badannya.Mini dress yang terdampar di atas lantai dicapai olehnya sebelum Anayra masuk ke dalam bilik air.
Anak mata Dion hanya memerhati apa yang dilakukan oleh Anayra sehingga gadis itu hilang dari pandangan matanya selepas meluru ke bilik air.
Dion menghenyakkan punggung ke atas kerusi bersebelahan terrace bilik hotelnya.Sepuntung rokok diambil dari kotak lalu disua ke dalam mulut.
Entah mengapa dirinya rasa tertarik dengan gadis bisu itu sedangkan selama ni semua perempuan beratur ingin menggodanya.
Kalau dia ada keinginan dia layan,lepastu dah bosan dia tinggalkan.Hidup seorang Dion Agriche takkan pernah serius dalam menjalinkan hubungan cinta.
Tapi gadis bisu itu lain,dirinya seolah-olah sudah terikat dengan gadis itu dan berhasrat untuk menjadikan Anayra rasmi miliknya.Apa yang dia mahukan dalam hidupnya semestinya mudah untuk digapai.Begitu juga gadis bisu itu.
There's nothing impossible when it comes to Dion Agriche.
"Remember little girl,once you step in my
life, there's no way for you to run"bisiknya dalam hati sambil matanya memandang ke arah langit yang membiru itu.Sejak keluar dari bilik hotel tadi,air mata Anayra tidak berhenti mengalir.Mukanya sudah bengkak dek kerana itu.
Perut yang berkeroncong minta diisi makanan dibiarkan sahaja.Memang perutnya berasa pedih tapi hatinya lebih pedih dan sakit memikirkan apa yang berlaku semalam.
Banyak kali dia menyapu mandian ke seluruh badannya bagi menghilangkan segala sentuhan lelaki itu dari badannya yang sudah penuh dengan parut akibat dipukul oleh ayahnya sendiri.
Lepastu satu satu diuji.Anayra sudah tidak tahan lagi,dirinya sudah benar-benar lemah dengan semua ujian ini.Jika dia tidak memikirkan agama,sudah pasti dia buat perkara gila seperti bunuh diri.
Tidak mahu melayang jauh dengan emosi yang tidak menentu itu,Anayra terjentik jati
untuk menunai solat taubat demi memohon keampunan dari Ya Khalik atas segala dosanya terutamanya perkara yang terkutuk terjadi semalam walaupun bukan dengan relanya.Usai mendirikan solat dua rakaat itu,tangan ditadah untuk menitip doa dari hati kepada tuhan yang maha esa.
"Ya allah ya tuhanku,ampunkan dosa hambu ini.Sesungguhnya aku telah berzina dengan seorang lelaki tanpa relaku,aku diananya ya tuhanku.Kuatkan hati kecilku ini untuk mengharungi hari-hari yang mencabar dan
kau turunkanlah hikmah disebalik segala ujianMu ini"doa itu diaminkan.Anayra merebahkan kepala di atas sejadah
itu.Mata dipejam rapat namun air mata laju mengalir membasahi pipi.Dia mahu terlelap dengan tenang sebentar sebelum dia kembali membuka mata dan menghadapi realiti hidup yang kejam dan malang itu.To be continued...
YOU ARE READING
Gadis Dion[EBOOK]
RomanceDion X Anayra "𝐎𝐧𝐜𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐭𝐞𝐩 𝐢𝐧 𝐦𝐲 𝐥𝐢𝐟𝐞,𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞'𝐬 𝐧𝐨 𝐰𝐚𝐲 𝐟𝐨𝐫 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐫𝐮𝐧!-Dion Agriche Anayra Sofea Seorang gadis tidak sempurna kerana dilahirkan bisu.Gadis ini dibesarkan oleh bapak saudaranya yang bersifat da...