Tiba sahaja di rumah agam Dion tubuh Anayra sudah dicempung masuk ke dalam bilik Dion.Anayra sedikit cuak dengan tindakan drastik lelaki itu.
Daun pintu dibuka menggunakan kaki lalu Dion mengatur langkah ke arah katil.
Perlahan-lahan badan genit gadis yang sudah bergelar isterinya itu diletakkan ke atas katil.Blanket tebal ditarik menutupi kaki gadis itu sehingga paras dadanya.
"Kau rehat dulu.Aku kena keluar sekejap sebab ada hal penting,nanti aku balik"jelas Dion tatkala menghenyakkan punggung di hujung katil bersebelahan badan Anayra.
"Lama ke awak pergi?"soal Anayra dengan wajah yang tenang.Kang buat muka marah kena terkam pulak.
"I'll back before 12.Kau jangan cuba-cuba nak lari pulak.Aku dah letak dua orang bodyguard dekat luar pintu ni.Ingat Anayra,kau dah sah jadi milik aku dan itu atas kerelaan kau."
"Aku tak nak berkasar dengan kau sebab aku tahu apa yang terjadi dalam hidup kau
selama ni.So please,behave towards me
and i will protect you,hurm?"hujung rambut Anayra dibelai lembut.Anayra teragak-agak mengangguk.Memang
dia dah gila sebab serahkan hidupnya pada lelaki ni.Selagi Dion tidak bertindak luar kawalan,mungkin dia patut cuba percaya
lelaki itu.Lelaki yang sudah sah menjadi suaminya beberapa jam tadi.Bunyi muzik DJ kian bergema di gegendang telinga.Beberapa gadis yang sedang terkinjal-kinjal menari di hadapan menjadi hiasan pandangan mata Dion.
Asap rokok dihembus ke segenap ruang
udara di sebuah Zouk yang telah menjadi tempat lepaknya itu."Ai pengantin baru,takkan tak duduk rumah layan bini kut.Nak juga lepak dekat Zouk"
getus Joshua yang baru sahaja sampai lalu mengambil tempat di sebelah Dion.Joshua merupakan kawan baik Dion sejak mereka berusia 18 tahun lagi.Ayah mereka saling mengenali dan akhirnya jatuh kepada mereka untuk berkawan rapat.
"Huh,kau ni dah kenapa sibuk jugak nak
lepak.Aku rasa aku takde ajak kau datang sini"balas Dion dengan nada sinis."Suka hati akulah nak lepak ke tak,aku
cakap pasal kau ni.Dion aku pelik dengan
kau sebenarnya,kenapa kau tiba-tiba buat keputusan nak kahwin?Dengan perempuan bisu pulak tu"Joshua berkerut dahi.
Kemudian,air coca cola yang terhidang di atas meja diteguk rakus."Cause i want her to be my wife,simple"
kedua belah bahu Dion dijongket selamba."Kau biar betul Dion,aku ni kenal kau dah
lama bro,taste kau bukan perempuan bisu
tapi kenapa kau tetap pilih dia?Padahal belambak je perempuan lain yang lebih cantik, seksi dan paling penting tak bisu yang kau boleh pilih.""But why her bro?Aku sumpah rasa curious dengan kau."ujar Joshua lagi.Eh eh mamat ni,
dia punya rasa tertanya tu tahap ayah pin."Menyibuk lah kau,asal nak tahu sangat sebab aku pilih dia.Suka hati akulah bini aku."bidas Dion dengan mulut yang masih menghisap rokok tadi.
YOU ARE READING
Gadis Dion[EBOOK]
RomanceDion X Anayra "𝐎𝐧𝐜𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐭𝐞𝐩 𝐢𝐧 𝐦𝐲 𝐥𝐢𝐟𝐞,𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞'𝐬 𝐧𝐨 𝐰𝐚𝐲 𝐟𝐨𝐫 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐫𝐮𝐧!-Dion Agriche Anayra Sofea Seorang gadis tidak sempurna kerana dilahirkan bisu.Gadis ini dibesarkan oleh bapak saudaranya yang bersifat da...