05||𝗗𝗶𝗼𝗻𝗔𝗻𝗮𝘆𝗿𝗮

356 48 1
                                    

Air hujan turun menyembah bumi.Sangat lebat sehingga Anayra terpaksa berhenti berjalan untuk ke destinasi yang dia sendiri tak tahu ke mana.

Hampir setengah jam dia berjalan dari rumah sehingga dia berhenti di sebuah tempat menunggu grab untuk berteduh.Tapak kaki berasa pedih kerana dia dia terlupa untuk menyarung selipar apabila dihalau tergesa-gesa tadi.

Suasana di kawasan itu agak gelap dan sunyi sepi.Hanya bunyi hujan yang menghilangkan rasa hening malam itu.

Lengan memeluk tubuh,bibir mula menggigil-gigil kesejukkan.

"Ya allah,tunjukkan aku jalan-Mu.Aku buntu nak kemana.Aku takde kawan atau sesiapa yang boleh menghulur bantuan.Aku takut.."
sayup gadis lemah itu merintih kepada tuhan.

Kemudian Anayra memilih untuk kembali berjalan.Tidak mahu berlengah di sini kerana dia risau kalau perkara yang tak diingini berlaku lagi.Hujan yang masih lebat itu diredah sahaja.

Baru selangkah dia berjalan badannya yang lemah itu sudah rebah ke atas jalan raya yang basah itu.Kudrat badannya benar-benar sudah habis.Pandangan mata Anayra mula kabur namun sempat menangkap wajah seorang lelaki yang sedang memeluk erat tubuh kecilnya itu.

Sungguh hangat dan suam pelukkan itu sehingga dia menutup mata sepenuhnya.Jika begini pengakhiran hidupnya,dia reda kerana segala kesakitan yang dia rasai di dunia ini akan berakhir.Anayra lega.

Seorang kanak-kanak kecil sedang menangis di tepi kolam ikan rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seorang kanak-kanak kecil sedang menangis di tepi kolam ikan rumahnya.Birai mata sudah basa dengan air mata itu diseka dengan jari jemari halusnya.

"Anayra sayang,janganlah menangis.Ingat bonda bukan ada selalu dengan kamu untuk pujuk hati kecil yang sedih ni."telapak tangan wanita yang bergelar ibu itu dibawa ke dada kanak-kanak perempuan itu.

"Nayra takut..takut yang bonda akan tinggalkan Nayra.Nayra taknak tinggal dengan ayah sorang sebab dia garang"adu anak kecil itu.

"Alolo princess bonda ni,bonda janji yang bonda takkan tinggalkan Anayra.Janganlah menangis sayang"rerambut si anak diusap dengan penuh kasih sayang.

Anayra angguk laju.Bahu masih terhinjut akibat menangis teresak-esak tadi.

"Bonda janji?"jari kelingking ditala pada
wajah si ibu.

"Bonda janji sayang."kemudian jari kelingking si ibu bercantun dengan jari Anayra tadi.

"Tapi Anayra kena janji sesuatu juga dengan bonda"

"Janji apa?"soal Anayra dengan wajah bingung.

"Janji dengan bonda yang Anayra kena jadi kuat dalam apapun keadaan.Sakit macam mana pun Nayra hadapi,tetaplah kuat kerana tuhan akan sentiasa ada dengan Nayra.Nayra tak perlu takut sebaliknya hadapinya dengan berani,ya"petah si ibu memesan.

Gadis Dion[EBOOK]Where stories live. Discover now