•BAB 4• 🛑

11.1K 1.1K 123
                                    

QARYA memandang lama langit biru yang cantik. Melihatkan awan yang beralun indah di langit, Qarya terus mencapai telefon bimbitnya.

Klik!

Qarya tersenyum nipis melihat gambar yang berjaya diambil tadi.

Masyaa Allah.

Cantik sungguh ciptaan Tuhan.

Qarya kembali meletakkan telefon bimbit di sebelah. Tangan dibawa ke belakang kepala.

Sepi.

Mata memandang lama langit indah itu. Bibir tersenyum nipis sebelum mata dipejam tenang.

Tenang.

Suasana ini terasa sangat tenang. Sehinggakan mata Qarya mula terasa berat dengan rasa dingin dan angin yang melanggar kulitnya.

Tenang.

Te...

Senyuman di bibir Qarya mati. Mata masih terpejam rapat.

Cis.

"Ada apa?" Tanya Qarya dingin sebelum mata dibuka. Kecil sahaja mata menjeling susuk tubuh yang sudah selamat berbaring di sebelahnya.

Pak cik Salmon hauk ni lagi.

Solomon membawa kedua-dua tangan ke belakang kepala. Tersenyum dia memandang langit.

"Cantik." Ujar Solomon perlahan.

Qarya memandang ke arah yang sama.

Ya. Dia pun tahu langit itu cantik.

"Tahu." Qarya menjeling Solomon semula. Kaku. Terus jadi patung dia apabila perasan akan pandangan Solomon ke arahnya. Pandangan mata cantik itu membuatkan wajah Qarya tiba-tiba rasa berbahang. Pandangan yang tajam, punya satu misteri dan penuh amaran tapi kelihatan redup dan menenangkan pada masa yang sama. Automatik tegak duduk Qarya dibuatnya. Terkelip-kelip mata. Baru tersedar yang Solomon dan dia baring bersama-sama.

The heck...

"Lelaki tu sakitkan hati kau ke?"

Qarya diam.

Jujur dia rasa sakit hati sebenarnya. Tapi diam sahajalah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia ikat Max dekat kerusi lepas tu campak ke tengah laut.

Menyemakkan muka bumi je.

"I can handle him for you. Just say it. Nak aku bunuh atau seksa. Pick one." Ujar suara dingin tidak bernada itu. Mahu tersedak Qarya mendengarnya.

"No need. Saya tak apa-apa." Balas Qarya mudah.

Lelaki gila.

"Apa kaitan awak dengan Lady Eve?" Tanya Qarya setelah agak lama suasana antara mereka sepi.

"She's my sister."

Qarya angkat bahu. Tak pelik.

Beautiful genetics runs in their bloods.

"Stop it. Tuan buat saya rasa tak selesa." Qarya menjeling Solomon tajam. Memberi amaran supaya lelaki itu berhenti memandangnya seperti itu.

"Lonely. Your eyes tells me that you're lonely." Ujar Solomon. Mata masih melekat ke arah Qarya.

Qarya hanya diam sahaja.

"Kenapa ramai pelajar pulaukan kau?" Tanya Solomon.

Sepi.

Qarya juga mendongak merenung lama ke langit. Tidak menunjukkan sebarang minat mahu menjawab pertanyaan Solomon.

Solomon mengetap rahang melihat pandangan mata hitam pekat milik Qarya.

SOLOMON : MR DEVILISHWhere stories live. Discover now