•BAB 21• 🛑

8.4K 988 74
                                    

QARYA termenung sendiri memandang bangunan-bangunan pencakar langit di hadapannya. Kepala terus teringat akan laporan yang baru diterima dari Xavin tadi.

"Everdeen ni syarikat perkapalan yang boleh tahan ternama. Dulu under syarikat lain. But apparently, the company went through a rough path that end up to bankruptcy twelve years ago. Itu je yang aku jumpa."

Everdeen.

Syarikat yang dah gulung tikar. Tapi apa kena mengena syarikat tu dengan Dion? Casper pun macam sembunyikan sesuatu je dari dia kelmarin.

"...end up to bankruptcy twelve years ago."

Dua belas tahun yang lalu?

Qarya tarik nafas dalam-dalam. Mata menjeling jam di pergelangan tangannya. Lama dia berdiam diri sebelum memutuskan untuk berlalu pergi.

"Ini bilik apa?"

"It's Deville's group Supreme Library."

"Oh. Boleh saya masuk?"

"No. Only The Deville and i can access in the library. Trespassers will be investigated immediately after get caught. Or worse case happen, killed. They get killed."

Perbualannya dengan Casper kelmarin membuatkan Qarya tahu. Casper pasti sedang meraguinya dan memberinya amaran. Tapi Qarya tahu. Pasti ada sesuatu yang penting dalam perpustakaan itu.

Qarya memegang dada. Dia dapat rasakan jantung yang tiba-tiba berdegup kencang sendiri.

Rasa tak sedap hati.






           WAKTU pejabat sudah tamat. Semua pekerja sudah meninggalkan kerja mereka dan pulang ke rumah kecuali Qarya yang tenang mengatur langkah ke perpustakaan milik Dion Deville.

Ketika dia mahu membelok ke pintu besi Supreme Library tersebut, tiba-tiba dia melihat susuk tubuh seseorang lelaki berdiri tegak di hadapan pintu tersebut. Qarya terus menyembunyikan diri di sebalik dinding sebelum mengintai ke arah lelaki tadi.

"Siapa?" Qarya berbisik dengan dirinya sendiri. Lelaki berpakaian hitam itu dipandang lama.

Casper?

Tak mungkin. Casper sudah iring Dion balik.

But those silhoutte...

Seems familliar.

Tindakan lelaki itu yang tiba-tiba menoleh ke belakang membuatkan Qarya lebih pantas bersembunyi semula di tempatnya.

Phew.

Tiba-tiba Qarya dapat mendengar bunyi sesuatu. Berkerut wajah Qarya mengamati bunyian itu. Bunyi seperti nombor telefon yang ditekan satu-persatu.

Klik!

"Welcome to Supreme Library, Masters." Suara dari peti hitam di sebelah pintu besi itu berbunyi.

Bunyi telefon bimbit yang nyaring membuatkan Qarya yang baru sahaja mahu mengintai kembali mengecilkan diri.

Aduh.

Potong lah!

"Hmm?"

Terkelip-kelip mata Qarya mendengar suara garau itu.

Itu... macam suara Solomon.

"Give me a minute. I'll be there." Dan panggilan diputuskan selepas itu.

Klik!

Bunyi pintu besi terkunci semula dan bunyi langkah berat sepasang kasut mula mendekat.

Qarya mendecit kasar. Lantas dia memboloskan tubuh ke tangga kecemasan dan menyembunyikan diri.

SOLOMON : MR DEVILISHWhere stories live. Discover now