Pada suatu masa....
Ketika dunia mengalami kemajuan yang begitu pesat...Tumbuh sebuah pohon indah bernama Asclaria...
Pohon tinggi berakar tunjang,
Indah terlihat ketika dipandang,
Pohon gergasi gagah disana,
Kekuasan Tuhan terlihat jua,Seorang penebang pokok biasa yang tidak begitu terkenal namanya tiba-tiba menjadi terkenal di mata dunia! Kejadian ini berlaku setelah ia menjumpai sebatang pohon aneh yang di dalamnya mengandungi beberapa biji batu mineral
Sungguh tidak masuk akal!
Mana mungkin sebatang pohon biasa,dapat mengandungi bahan sedemikian rupa seperti itu!Tetapi...
Jika,Tuhan telah pun berkehendak tiada apa yang mustahil bagi-Nya
Pada mulanya kisah yang dibawakan lelaki penebang pokok itu tidak dapat di terima oleh masyarakat setempat.Bagai menjerat leher sendiri,mereka mengolok-olok dan menghina lelaki itu dengan mengata dirinya bodoh dan gila dikeranakan membawa kisah yang tidak masuk akal pada para penduduk cetek akal itu.Hanya dikeranakan,kisahnya masih belum mendapat kesahihan dari pakar ahli geologi dan biologi tidak bermakna mereka boleh menghinanya sesuka hati!!!!
Tetapi keajaiban berlaku...
Setelah beberapa bulan penelitian dilakukan,akhirnya dengan kuasa Yang Maha Berkuasa,kisah itu pun menjadi sahih!
Kisah itu turut digemparkan media kepada dunia!
Dunia harus tahu tentang keajaiban ciptaan Tuhan ini!
Lelaki yang dulu nya dipandang rendah kini mendapat penghargaan,anugerah bahkan ganjaran kerana telah menjumpai pohon langka seperti itu!!
Sungguh lelaki yang beruntung!
Sedangkan pembuli-pembuli lelaki itu...
Hanya mampu tertunduk malu,mereka merasa sungguh kesal kerana mudah mempercayai kisah yang masih belum mendapat kesahihannya lagi...
................
Para pakar itu juga mengatakan bahawa kejadian aneh itu terjadi dikeranakan,ketika proses penyerapan air berlaku,akar pokok itu secara tidak sengaja menyerap kadungan mineral asing yang membuatkan kandungan mineral itu tidak dapat di terima oleh pokok lalu ia pun mengumpal di dalam badan pokok tersebut dan terhasillah sebentuk batuan mineral yang indah itu lagi kan langka itu dan kata mereka lagi batu mineral ini hanya sekadar batu mineral biasa,ia bermaksud batu tersebut tidak bakal memberikan kemudaratan kepada umat manusia.Penerangan yang cukup singkat dan padat bagi umat manusia yang tidak begitu mendalam mengenali ilmu sainsTetapi....
Adakah benar,perkataan mereka itu?...........
Di sebuah ibu pejabat rahsiah...
Dentuman tapak kasut kedengaran di lobi utama,kelihatan seorang sainstis lelaki segak berpakaian kot putih sedang berlari anak menuju ke suatu tempat,dia terlihat panik dan tergesa-gesa.Setelah tiba di sana,dengan segera dia mengimbas kad pengenalan lalu pintu pun terbuka,rupa-rupanya dia telah terlambat untuk menghadiri diri nya dalam mesyuarat gempar bersama orang atasan dan rakan sekerja yang lain.Mereka sekilas memandang tepat kearah dirinya,dia pula hanya mampu tersengih tatkala 10 renungan mata tersasar pada dirinya seorang
"Profesor Hans Alferd"
Suara seorang lelaki garau dan cukup tegas kedengaran dari sudut hadapan lelaki tersebut,dia turut mencerlung tajam kearah Hans,setelah itu ia pun mengangkat kening yang membawa maksud "apa alasan kamu lambat kali ini?"Hans sekali lagi tersengih,dengan perasaan bersalah dia segera menunduk,tanda minta maaf kepada ke semua rakan sekerja yang telah lama menunggu dirinya itu "Maaf atas kelewatan saya semua.Ada masalah yang harus saya tangani dahulu sebelum datang kemari,saya benar-benar minta maaf" jelasnya.
Profesor.Julia,yang ketika itu berada di samping ketua hanya tersenyum lembut,setelah ia mendengar penjelasan prof.Hans sebentar tadi "Tidak mengapa,Prof.Hans kami memahaminya" katanya dengan tenang,tetapi walaupun begitu ucapan tersebut bukanlah tiket untuk Prof.Hans keluar daripada masalah kelewatannya itu kerana angin ketua masih lagi dalam keadaan yang tidak baik,mujurlah Prof.Julia berada di sisi Prof.Hans,maklumlah wanita berparas rupawan itu pandai memujuk atasan mereka dikeranakan dia merupakan isteri kepada atasan mereka itu,segala permintaan wanita itu pasti dituruti oleh dirinya tidak kira permintaan itu mudah mahupun mencabar,Prof.Julia pun segera mencuit lengan kanan ketua,tanda memberi isyarat untuk memaafkan Prof.Hans,atasan itu memandang ke arah Prof.Julia lalu mengeluh kecil "Baiklah,kami maafkan kamu" katanya tenang tetapi bernada tegas.Raut wajah Prof.Hans pun berubah,yang tadi nya panik kerana takut tidak dimaafkan bertukar kepada riak wajah yang ceria.Semua nya berkat Prof.Julia "Terima kasih ketua!" kata nya semangat,ketua mengangguk kecil manakala Prof.Julia pula ketawa kecil ketika ia melihat sikap dingin suami nya itu.
YOU ARE READING
Identiti
Action(AMARAN : ⚠️KHAS UNTUK PEMBACA YANG KUAT MENTAL⚠️) Suatu masa,ketika dunia mengalami kemajuan yang begitu pesat. . . Muncul kewujudan sebuah pohon bernama 𝐴𝑠𝑐𝑙𝑎𝑟𝑖𝑎 yang tumbuh di kawasan hutan terpencil,dan apa yang mengejutkan ialah di da...