𝑇𝑎𝑡𝑘𝑎𝑙𝑎 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑑𝑖𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎𝑖 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑝𝑜𝑙𝑖𝑡𝑖𝑘 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑗𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎𝑎𝑛,𝑝𝑒𝑟𝑗𝑢𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑛𝑡𝑢 ℎ𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑎𝑑𝑖𝑙𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑢𝑠𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑙𝑎𝑘𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑖𝑡𝑎𝑘𝑡𝑜𝑟 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑗𝑎ℎ 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑖𝑛𝑖. . .
.................................
17 𝑇𝐴𝐻𝑈𝑁 𝑌𝐴𝑁𝐺 𝐿𝐴𝐿𝑈. . . .
"ARGHHH!!"
"AHHHH!!"
"BUNUH SAJA KAMI!!"
"BUNUH SAJA!!!"
"SAKIT!!!"Aku terjaga dari lena tatkala mendengar suara jeritan anak-anak.Suara jeritan mereka terdengar jelas di telinga aku,ada di kalangan mereka juga sedang memohon rayu simpati daripada seseorang
Dan entah bagaimana,aku dapat merasakan penderitaan dan kesakitan yang mereka alami. . .
"Di-dimana aku?"
Disaat aku mencuba menggerak-gerakkan tubuh badanku yang terlantar,ketika itulah aku menyedari akan sesuatu,tubuh aku telah pun terikat secara bersamaan di atas katil pembedahan!?
Mataku terbuntang luas,wajah ku kini menjadi semakin pucat dan perasaan yang aku alami sekarang bercampur aduk
BAGAIMANA AKU BOLEH BERADA DISINI!?
Sedangkan,tadi aku sedang berada di dalam sebuah kenderaan bersama enam orang rakan ku.Dikeranakan,kepenatan aku secara tidak sedar terlena di dalam kenderaan itu dan secara tiba-tiba aku berada disini!? Mustahil!
"Tunggu,tubuhku"
"Ini...ini bukan tubuh ku yang asli"Setelah memperhatikan tubuh ku dengan teliti.Kini barulah,aku sedar yang aku,masih berada di alam mimpi.
Tubuh ku kelihatan kerdil dan kecil,mungkin mimpi kali ini aku berada di dalam tubuh sosok anak kecil
Walaupun begitu,sedikit kelegaan di dalam diri ku kerana aku bukanlah di culik mahupun dikhianati oleh sahabat ku yang dipercayai.Dengan gerakan spontan aku mencuba meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya,gerakan spontan itu juga telah membuatkan diri ku terasa sakit akibat geseran yang dihasilkan
"Tempat apa ni?!"
"Takkanlah,aku di dalam bilik bedah??" soal kuPersoalan demi persoalan memasuki akal fikiran aku ini.Aku juga masih berusaha sekuat tenaga aku untuk untuk melepaskan diri dari ikatan ini.
Mimpi atau tidak,aku harus keluar daripada sini!
Ketika aku mencuba mencari cara untuk melepaskan diri,secara tiba-tiba lampu bedah yang berada di atas tubuhku mula dinyalakan,membuatkan mata aku menjadi silau seketika dan ketika itulah beberapa orang doktor pakar bedah yang sedang mengenakan topeng aneh di wajah mereka mula menghampiri diri ku.Aku juga mendengar suara bualan mereka dari sisi kiri dan kanan telingaku...
"Anak ini?"
"Hmm,kelihatannya dia merupakan uji kaji terpenting kita"
"Haha,kamu rasa dia dapat bertahan?"
Semakin keliru aku dibuatnya dengan perbualan mereka itu,apa yang mereka maksudkan? Uji kaji? Bertahan?
Tidak,ini bukan masa nya untuk penasaran.Aku harus keluar dari sini sebelum mereka mengapa-apakan diri aku.Jika benar,tanggapan aku ini mereka pasti akan menjadikan aku sebagai tikus makmal mereka!
YOU ARE READING
Identiti
Aksi(AMARAN : ⚠️KHAS UNTUK PEMBACA YANG KUAT MENTAL⚠️) Suatu masa,ketika dunia mengalami kemajuan yang begitu pesat. . . Muncul kewujudan sebuah pohon bernama 𝐴𝑠𝑐𝑙𝑎𝑟𝑖𝑎 yang tumbuh di kawasan hutan terpencil,dan apa yang mengejutkan ialah di da...