10

40 3 2
                                    

hari telah tiba dimana choi seungcheol buat pertama kalinya makan di sini.

kata katanya semalam masih lagi terngiang ngiang di fikiran. apa yang dia rancang sebenarnya?...

"wah, specialnya kau sediakan untuk dia.. meja reserved selama ni kau buat biasa biasa je ya..." sindir lee jihoon.

waktu malam sudahpun tiba. hatiku dari pagi tadi berdebar menunggu ketibaan jejaka idaman hati.

malah, pada malam ini makin berdebar debar. terasa seperti nak tercabut jantung.

"kenapa kau pakai lawa lawa ni lee jinhae?" tanya lee jihoon pelik melihat aku yang sudah cantik lain daripada biasa.

"in advance katakan.." balasku sambil tersengih tersipu. lee jihoon seakan tidak memahami keadaan pada malam ini.

akhirnya kedatangan choi seungcheol telah tiba. sungguh kacak dia hari ini dengan suit lengkap ditubuhnya.

"hai cik lee jinhae. jom duduk dengan saya?"


"jinhae ? jinhae !"

tiba tiba aku tersedar dari lamunan. sejak bila aku mengelamun? yang berada di sebelahku adalah lee jihoon yang sedang memetik metik jarinya di depan mukaku.

aku memandang lee jihoon.

"kau tercegat apa kat sini? pergila sana" kata lee jihoon. aku mengangguk lalu ke meja choi seungcheol yang sedang menunggu.

"hai encik choi seungcheol!......"

"hai cik lee jinhae. kenalkan ini isteri saya."

alangkah terkejutnya aku. tidak aku perasan ada seorang wanita yang cantik sedang duduk berhadapan choi seungcheol..

yang sepatutnya tempat itu milikku..

"ini ke pekerja yang selalu ambil order abang? terima kasih ya cik lee jinhae bungkuskan bubur tu. saya suka sangat bubur kat sini!" kata wanita itu. aku hanya tersenyum bercampur dengan reaksi terkejut. masih tidak dapat menerima apa yang sedang berlaku.

isteri?....

"hahaha.. isteri saya ni suka sangat makan bubur kedai cik. setiap minggu saya ke sini walaupun jarak kedai dan tempat kerja saya jauh semata mata untuk belikan bubur untuknya." terang choi seungcheol.

"ish janganlah malu laaa" balas isterinya mencuit tangan choi seungcheol.

aku seperti patung di situ.

"err encik nak order apa ya?" lee jihoon tiba tiba muncul. dia mengheret aku bawa ke dapur dan patah balik ke meja milik choi seungcheol untuk mengambil pesanan suami isteri itu.

sesudah mengambil pesanan, lee jihoon menuju ke dapur.

"tskk...tsk....." kedengaran esakkan menangis yang dikeluarkan dari mulutku.

aku tidak dapat menahan tangisan ini..

"eh encik choi! lama tak nampak mana kamu menghilang selama ni?"

kedengaran ayahku berbual dengan choi seungcheol. sangat. jelas.

"eh encik lee.. apa khabar? hehe saya jaga isteri lepas bersalin tu yang lama menghilang. eh, perkenalkan isteri saya, encik lee."

"wah, ini dah sihat ke? mana baby?"

"ah, baby tinggal rumah mak.." balas si isteri.

"ohh dating la ni ya?"

" ya encik lee.. lepas daripada beranak dia nak sangat makan bubur encik lee ni.."

"eh sila sila jamu selera. sekejap saya sediakan lempeng kimchi untuk raikan kelahiran baru ya"

ayah pun meluru ke dapur dengan tidak tahu bahawa anaknya sudahpun meraung dalam diam.

"eh jinhae? kenapa ni?" tanya ayah sejurus sahaja memasuki dapur dan melihat lee jihoon sedang menggosok belakangku untuk meredakan esakan.



terlalu berharap. paling menyakitkan, aku terlalu mengikutkan perasaan dan mencipta senario palsu yang memakan diriku.

semoga bahagia, choi seungcheol.

THE END
SHORT STORY

porridge , choi seungcheolWhere stories live. Discover now