3

34 3 0
                                        

hari demi hari akhirnya minggu baru sudahpun tiba.

aku menjalankan tugas di kedai seperti biasanya.

"wah, bahagia semacam ya harini. ada apa apa special ke?" tegur ayahku sejurus sahaja dia perasan bahawa anak perempuannya bernyanyi nyanyian sambil menjalankan tugas.

ya, itu tidak biasa.

"alah biasalah, ayah. minggu baru" sindir lee jihoon. aku menghentikan nyanyianku semata mata ingin menjeling lee jihoon yang sedang menyapu.

kebiasaannya, jejaka itu akan kunjung ke kedai pada sebelah petang. mungkin lepas habis kerja dia terus datang ke sini?

macam drama pula ya.. bergegas balik daripada kerja datang ke sini semata mata nak tengok buah hati? EEEEE KENAPA DENGAN PEMIKIRAN AKU NI? aku tidak boleh berhenti daripada memikirkan senario palsu yang mencuit hati.

pintu utama dibuka dan terpaparlah jejaka idaman yang ku tunggu tunggu sejak minggu lepas.

seperti biasanya, order yang sama.

selepas siap tugasku untuk melayaninya, dia berlalu keluar.

macam sia siakan tunggu berhari hari hanya untuk saat itu?

ya, memang sia sia.

porridge , choi seungcheolTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang