Sejak diputuskan Juyeon, kehidupan Jisung berjalan seperti biasa. Tiada apa yang berbeza. Dan lagi seminggu, pesta pernikahan Minho dan Jiwon akan dilaksanakan.
Malam itu, Jisung kehausan. Kaki dibawa melangkah ke dapur. Air di peti ais diambil lalu diteguk rakus.
Setelah itu Jisung kembali ke bilik namun langkahnya terhenti saat mendengar suara kakaknya berbual dalam telefon.
Jisung memutuskan untuk mencuri dengar perbualan kakaknya.
"I love you too." Terdengar suara Jiwon berbicara.
Jisung yang mencuri dengar tersenyum.
'Mesti Minho.' Jisung yakin Jiwon sedang berbual dengan Minho berdasarkan pendengaran tajam si tupai.
Jisung mula membandingkan kisah percintaannya dengan Jiwon. Sejak dulu, Jiwon selalu bernasib baik dalam percintaan. Semua lelaki yang pernah menjadi kekasih kakaknya, semua setia. Cumanya, Jiwon yang bertindak minta putus dari mereka. Jisung sendiri tak faham apa yang diinginkan kakaknya. Berbanding dirinya, Jisung dah dua kali kecewa dalam percintaan. Kedua-dua kekasihnya curang di belakang si manis.
Eric dan Juyeon.
Bezanya pengkhianatan yang dilakukan Juyeon tak seberapa dibanding apa yang Eric pernah buat padanya.
///
"Ji, majlis kahwin Jiwon unnie nanti buat kat mana?"
Keempat-empat kawan baik itu sedang menunggu makanan yang dipesan. Jisung yang tengah
memeriksa handphonenya sontak mengangkat muka memandang Felix. Mereka saling bertukar
pandangan.
"Garden Hall." Felix ambil alih bicara. Jisung angguk mengiayakan.
"Sesuai betullah aku tengok akak kau dengan Minho tu. Dahlah rupa memang fuhh seorang lawa giler seorang handsome nak mati, pastu dua-dua pewaris syarikat pulak tu. Senang betul anak diorang nanti. Keluar-keluar je dah naik Lamborghini."
"Korang tak jemput ramai orang kan?" Giliran Jeongin bertanya.
Felix dan Jisung menggeleng.
"Korang dua orang dengan kawan-kawan kerja papa. Tu je." Felix angguk mengiyakan kata-kata Jisung.
Makanan yang dipesan akhirnya sampai. Suasana hening menghiasi ruang meja.
Hampir 30 minit acara makan akhirnya selesai. Mereka berempat kemudiannya, keluar dari dewan
makan.Saat keempat-empat si manis sedang berjalan, Jeongin berhenti mengejut menyebabkan
rakan-rakannya yang lain turut melakukan perbuatan sama.
"Korang, err aku nak pergi tandas." Jeongin tiba-tiba berdiri di hadapan Jisung.
Yang lain jadi hairan melihat perlakuan aneh si bongsu.
"Kan kat blok A pun ada tandas. Kenapa nak patah balik?" Jisung berkerut menatap Jeongin.
"Alahh saja. Jomlah teman aku. Ji, jom." Tangan Jisung ditarik tapi tu si anak berkeras tak nak
mengikut kemahuan Jeongin. Jisung yakin Jeongin seakan menyembunyikan sesuatu darinya.
"Eh Ji-
Terlambat.
Jisung dah pun ke depan dan kini si manis tahu apa yang disembunyikan Jeongin.
Eric.
Bekas kekasihnya itu kini sedang bermesraan dengan seorang perempuan.
YOU ARE READING
REPLACEMENT [MINSUNG/HYUNSUNG]
FanfictionHan Jisung yang hatinya dah pun tertutup untuk sesiapa tiba-tiba dipaksa menggantikan sang kakak yang lari di saat hari pernikahan mendekat. Jisung yang masih muda, kebudak-budakkan dan belum matang sepenuhnya terpaksa bersetuju demi maruah keluarga...