"Ada berita pasal kakak tak?" Jisung berbisik di telinga ayahnya. Mereka berdua berjalan sedikit ke belakang. Berharap agar Minho tak mendengar perbualan mereka.
"Tak ada Ji." Wajah anak bongsunya dipandang.
"Pa...kalau kakak balik sini. Ji kena undur diri kan?" Mark tersentak. Langkahnya terhenti.
"Kenapa cakap macam tu dik? Minho tu sayang sangat dekat kamu. Papa yakin dia dah mula cintakan kamu. Kalau pun Jiwon balik nanti, papa yakin Minho lebih pilih kamu dari Jiwon."
Jisung ukir senyumnya. Mereka kemudiannya melanjutkan langkah.
Senyum di bibir Jisung perlahan-lahan bertukar berubah sayu.
'Lakonan kau menjadi Minho.'
///
Jisung dan Minho kini menyusun belanjaan yang dibeli. Stok ramen dari plastik dikeluarkan. Pintu kabinet dibuka.
"Unnie! Mana unnie jumpa ramen ni?" Jisung terkejut melihat ramen yang dicarinya malam tadi kini tersusun rapi di kabinet dapur.
Stok ramen yang baru dibelinya belum disusun. Masih di dalam plastik.
"Unnie jumpa dalam bil-
Ayat Nayeon terhenti mendapat isyarat 'diam' dari Minho.
-dalam laci kecil tu."
Jisung kehairanan. Mana pernah dia susun ramen kesayangannya dalam laci kecil tu. Malas ambil pusing dia hanya membiarkan.
Kalaulah dia cari ramen tu betul-betul, tak perlu susah-susah dia ketuk pintu bilik Minho semalam. Biarlah, nasi dah jadi bubur.
Setelah semua urusan selesai, Yoona dan Mark pamit pulang. Jisung dan Minho menghantar mereka bertiga ke muka pintu.
Dalam kereta,
"Apa yang Minho bisik kat kamu tadi Nayeon?" Wajah pembantu rumahnya, Yoona pandang.
Nayeon serba salah hendak memberitahu. Tapi akhirnya dia memilih untuk membuka mulut.
Lagipun yang bertanya Yoona. Bukannya Jisung.
"Tuan Minho cakap jangan bagitahu Jisung saya jumpa paket ramen dengan telur dalam bilik dia."
///
Tak terasa dah hampir sebulan Jisung dan Minho jalani sebagai pasangan yang sah.
Petang itu, Jisung terpaksa tunggu berseorangan di depan kolejnya. Menunggu Minho.Tiba-tiba dia ternampak kelibat Eric.
Jisung berencana untuk melarikan diri.
"Ji!" Baru sahaja dia melangkah, tangannya digenggam Eric.
"Lepaslah!" Jisung meronta. Kawasan kolej yang sunyi menyebabkan tiada siapa yang boleh diminta bantuan.
"Ikut aku." Jisung kemudiannya ditarik paksa.
"Tak nak!"
PPANG
Pipinya ditampar Eric yang kemudian melempar tubuh Jisung ke dinding koridor kolej. Jisung hanya mampu mengaduh kesakitan saat belakang badannya bertabrakan dengan dinding. Sakitnya tak main-main.
YOU ARE READING
REPLACEMENT [MINSUNG/HYUNSUNG]
Fiksi PenggemarHan Jisung yang hatinya dah pun tertutup untuk sesiapa tiba-tiba dipaksa menggantikan sang kakak yang lari di saat hari pernikahan mendekat. Jisung yang masih muda, kebudak-budakkan dan belum matang sepenuhnya terpaksa bersetuju demi maruah keluarga...