BAB 31

490 35 9
                                    

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Hari persidangan cerai Jisung dan Minho.

Jisung hanya ditemani Seungmin melangkah ke dalam mahkamah. Sidang akan dimulakan pada petang hari, namun mereka berdua sengaja datang lebih awal.

Saat keduanya sedang berbual, tiba-tiba seseorang yang in charge dalam kes cerai Jisung dan Minho melangkah mendekati.

"Jisung ssi, sidang awak boleh diawalkan ke waktu sekarang. Kalau awak setuju, boleh terus turunkan tanda tangan."

Baik Jisung mahupun Seungmin terdiam. Seorang pun dari keluarganya belum munculkan diri. Mark, Yoona dan Hyunjin dah maklum akan tiba pada petang hari memandangkan jadual asalnya pada waktu petang.

"Ji, better kau teruskan sekarang. Lagi cepat, lagi bagus." Seungmin memberi cadangan.

Jisung masih diam memikirkan. Tiba-tiba wakil dari keluarga Lee datang. Hanya wakil. Tiada Sung Kyung mahupun Dong Wook.

Jisung mencari kelibat Minho, namun nihil.

'Benci sangat ke dia dengan aku, sampai sidang cerai ni pun dia tak nak hadir.'

"Ji? Setuju jelah." Kata Seungmin lagi.

"Tapi aku belum bagitahu family aku lagi." Balas Jisung.

Seungmin kemudiannya berkata

"Kau tak perlu tunggu diorang pun Ji. Tinggal sign je, lepastu settled."

Ada betulnya kata-kata Seungmin. 

Jisung, walaupun berat di hatinya namun menyetujui pendapat Seungmin.

Mereka kemudian ke ruang penceraian. Setelah beberapa sesi pertanyaan, Jisung akhirnya diberikan beberapa kertas.

Ini yang ditungguinya selama ini. Tapi kenapa....hatinya rasa tak enak.

"Ji..." Seungmin menyedarkan.

Pen kemudian diambil. Satu persatu wajah yang selama ini menyokongnya diingat dan terakhir...ingatannya berhenti pada Hyunjin. Orang yang akan mengambil alih tempat Minho di hidupnya selepas ini.

Nafasnya dihembus kuat, mata pen ditekan. Ruangan tandatangan dituju dan...

































Jisung dan Minho kini rasmi berpisah.











///



Air matanya menitik. Kenangan 4 bulan bersama Minho sukar untuk dilupakan. Minho, satu-satunya orang yang telah merawat hatinya akibat luka yang diberikan Eric dan Juyeon namun Minho jugalah yang menabur luka lain di hatinya.

"It's over Ji. You did great."









///

Sesampainya di rumah, Hyunjin terus pamit ke bilik. Meninggalkan Jisung dan yang lain.

Setelah mendapat khabar kalau Jisung menandatangani surat cerai tanpa persetujuan mereka, entah kenapa Hyunjin tiba-tiba berubah diam.

Jisung terus teringat fail yang diberikan Minho. Saat dirinya hendak melangkah ke atas, Mark tiba-tiba bersuara.

"Kemas barang Ji. Kita pergi Malaysia hari ni." Mark bersuara ketus. Dia turut terkejut akan tindakan anaknya.

"No!"

Jisung sontak membantah. Untuk apa mengajaknya ke Malaysia? Hatinya masih belum kuat melihat Minho dan Jiwon diikat menjadi pasangan yang sah.

"Jisung. Untuk kali ni je, ikut cakap papa." Pinta Mark.

REPLACEMENT [MINSUNG/HYUNSUNG]Where stories live. Discover now