BAB 1

4 0 0
                                    

Aku berjalan menyelusuri susur gajah itu seorang diri . Rakanku baru sahaja pulang ke dorm setelah tamat sahaja kelas mata pelajaran Prof Jannah . Katanya penat , sakit belakang . Apa yang penat ? Duduk je kot dengar prof tu membebel . Tupun penat ke ? Sungguh kejam dikau wahai kawan meningalkan diriku bersendirian di sini . Tidak mengapa ada ubi ada bas , ada hari aku pulak yang tinggalkan kau seorang diri .

Eh eh teremo pulak .

Memang besar kawasan universiti aku ni . Walaupun aku dah belajar disini hampir mencecah 2 tahun , tapi masih lagi belum aku dapat mencuri masa untuk meneroka kawasan universiti aku ni . Jadi dengan peluang yang ada , aku mengambil kesempatan untuk melawat . Sedang aku menikmati keindahan ciptaan manusia ini , tiba – tiba telingaku disajikan dengan irama melodi yang indah dan merdu . Lekas saja kakiku bergerak mencari jejak irama tersebut . Lama – lama , bunyi melodi tersebut semakin kuat yang memberi petanda bahawa aku semakin hampir dengan punca dimana bunyi itu dimainkan sehinggalah aku nampak susuk tubuh yang kukira tegap sedang memainkan viola ditangannya . Ouh ! Jadi disinilah punca bunyi tu .

Tapi an tempat ni cantik doh ! Ada gazebo yang ku kira besar . Lepastu depan gazebo tu ada kolam ikan yang terdapat jambatan kecik di tengah – tengahnya . Kawasan ni dikelilingi oleh taman bunga . Aku rasa kalau nak mandi kat kolam ikan tupun orang tak perasan . Tempat ni memang tersorok . Wah ! tempat ni bagaikan taman syurga . Sungguh indah . Rasa macam nak menari hindustan je kat sini . Pusing – pusing macam kau tengah menikmati pandangan yang indah ni beserta dengan bidadara yang tengah tenung tajam kau . Haih , rasa macam taknak balik bilik je lepas tengok wajah bidadara tu .

Eh nanti kejap tengah tenung tajam kat kau ? Dia tengah tengah tenung aku ke ? Jap jap nak tengok jap . Kot – kotlah perasaan kau je . Eh yalah dia tengah tenung aku .

Gulp . Asal tiba – tiba nervous pulak ni ?

" Kau buat apa kat sini ? "

Uish garangnya . Dia marah aku ke sebab kacau dia main viola tadi ?

" Sebenarnya saya tengah jalan – jalan kat kawasan sini . Tiba – tiba saya dengar melodi viola , itulah saya kemari . Armm .. pandai awak main viola . Memang dah lama main ke ? "

Dia tidak menjawab persoalan aku , malah dia langsung tidak kisah tentang soalan aku itu . Eh aku tanya soalan senang je kot . Itupun susah nak jawab ke ? Bukannya aku tanya pun soalan ' Apakah tema perkahwinan kegemaran anda ? ' Hah itu lagilah mahu terkencing kau .

" Kau tak patut jalan kat sini sorang – sorang . Bahaya . Kawasan ni sunyi . " Lepas saja dia beri pesanan khidmat dan masyarakat dia tu , terus dia tinggalkan aku bersendirian . Eh eh bla macamtu je mamat ni . Cakaplah bye – bye ke ? See you again ke ?

Eh seram pulak bila ingat balik apa yang dia cakap tadi . Terus aku kejar langkah besar dia tu .

" Awak . Awak tak jawab lagi soalan saya tadi . " Rasa macam nak marah je dia ni aku tanya pastu buat derk jer .

" Awak dengar tak saya cakap ni ? "

" Penting sangat ke soalan kau tu sampaikan aku kena jawab soalan kau tu sekarang jugak ? "

Ada betulnya jugak eh apa yang dia cakap tu . Kenapa aku tanya macam tu ?

Mungkin sebab memang aku sukakan viola kot ? Itu yang dok tanya dua tiga kali tu .

" Takpelah lupakan soalan tadi . Ermm kenapa awak datang sini ? Sorang – sorang pulak tu . Awak kata tempat ni sunyi , bahaya untuk kita . Awak pulak dengan selamba badak je datang sini , main viola pulak tu . "

VIOLINWhere stories live. Discover now