Lelaki itu mainkan violanya dengan penuh khusuk sekali . Dengan mimik mukanya memainkan peranan yang seakan – akan dia sedang menikmati suasana yang dicipta olehnya . Setelah itu , datang seorang gadis yang berpakaian baju kurung Kedah serta terdapat sekuntuk bunya mawar yang diletakkan di celah – celah tudungnya . Alahai , manis sungguh wajah perempuan tu . Kalaulah aku pakai macamtu agak – agak rupa aku macam mana eh ? Adakah seperti kembar monyet ? Ataupun seperti orang gila yang baru terlepas daripada Tanjung Rambutan ? Yelah akukan takpernah berpakaian macamtu . Baju kurung pun aku pakai masa hari Khamis dengan hari Jumaat je . Tapi aku tak peduli pasal semua tu , sebab aku rasa macam aku tengah dekat dunia ciptaan aku sendiri .
Aku seperti sedang berada dalam dunia lelaki itu. Kenapa aku rasa macam mamat tu pandang aku erk ? Dia macam ni tau aku tengah duduk di hadapan dia, lepastu dia pulak mainkan violanya dan terciptalah suasana romantik antara kami berdua. Tak semena pipi aku panas. Ya Allah, Mel ! Apa yang kau merepek ni. Suka sangat berangan. Entahlah mungkin sebab aku sukakan rentak irama yang lelaki tu mainkan sehinggakan aku melalut.
Persembahan sudahpun tamat. Tepukkan gemuruh diberikan menandakan bahawa ramai yang berpuas hati dengan persembahan tadi termasuklah aku. Tidak dinafikan persembahan mereka memang terbaik. Aku terus bangun dari kerusi aku, ialah aku datang sinipun sebab 'mamat viola' tu je. Nana aku heret sekali. Terus ditayangkan muka tak puas hati dia tu. Apa apa? Nak marahlah tu.
"Alah kau asal? Aku nak tengok lagi." Aku pelik ngan pompuan ni. Bukan dia spesis aku gak ke? Spesis yang tak suka datang ke tempat yang macam ni?
"Tiba-tiba rasa penatlah pulak. Balik jom."
"Ish, kau ni baik tak payah datang. Kalau aku tahu macam ni baik aku datang. Jimat tenaga aku......" Aku biarkan je dia ni bebel sesorang. Apa yang penting aku puas hati sikit sebab dapat tengok persembahan viola tu tadi. Kenapalah selama ni aku tak perasan langsung yang aku dengan dia ni satu kelab. Haihh !!
Papan kenyataan yang digerumi orang ramai itu berjaya mencuri perhatian aku. Mengikut firasat aku, ini mesti ada apa-apa yang berlaku. Terus aku tarik tangan Nana pergi ke papan kenyataan tu.
Orang yang ramai itu terus aku tolak ketepi tapi masih sopan. Heh.
'Pertandingan Sempena Bulan Kebudayaan '
Semua kelab perlu menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini. Sebarang kecuaian akan diambil tindakan.
Aku tahu yang sekarang ni mesti mata aku tengah bulat giler. Itu menandakan yang aku betul-betul teruja. Selama ni aku terlepas peluang sebab senior kat sini terlebih'sporting', semua benda dia nak rembat tapi kali ni tidak. Aku yang akan masuk dulu.
'Na, aku nak masuk pertandingan ni' Dengan penuh teruja aku cakap kat dia. Harap tak pekaklah.
'Aku pun rasa macam tu. Petang ni kita jumpa lect kita bagitahu yang kita nak masuk pertandingan ni' Petang pun petanglah janji aku dapat masuk.