🐨 7

81 15 45
                                    

Jihoon memecat kasut sekolah dia. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur. Dia menghampiri Bibik Lee yang sedang membasuh periuk.

"Bibik Lily dah makan belum?"soal Jihoon.

Bibik Lee menatap Jihoon dengan sendu. "Tuan Min dan Puan Min tak benarkan Lily makan" ucapan Bibik menyebabkan Jihoon terkejut. Ini dah melampau. Biarkan anak sendiri kelaparan.

"Bibik sediakan je makanan. Nanti Jihoon ambil. Jihoon nak tukar baju dulu" ucap Jihoon. Bibik Lee mengangguk dan segera menyediakan makanan untuk Lily.

Jihoon pula masuk ke dalam bilik untuk menukar baju seragam sekolah kepada baju tshirt biasa. Setelah selesai,dia pun menuju ke dapur dan mengambil dulang yang Bibik Lee letakkan di meja makan. Dia membawa dulang itu menuju ke bilik Lily. Dia memulas tombol bilik Lily. Hati Jihoon terasa sakit melihat bilik Lily yang gelap kerana Lily tidak membuka tingkap.

Jihoon meletakkan makanan di meja belajar Lily. Dia membuka langsir dan tingkap. Bilik Lily yang gelap mula kelihatan terang kerana cahaya matahari masuk. Jihoon duduk di tepi katil Lily. Dia mengejutkan Lily.

"Lily bangun makan"

Namun Lily tidak bangun. Jihoon pelik. Biasanya Lily akan bangun hanya dengan satu kali kejut. Sekali lagi dia mengejutkan Lily namun lagi ii Lily tidak bangun. Dia pun menyentuh badan Lily. Sebaik sahaja sentuh badan Lily Jihoon terkejut. Badan Lily sangat panas.

Ini bukan deman biasa yang pernah Lily alami. Kalau deman biasa badan Lily tak akan sepanas ni. Muka Lily pun pucat sangat dan juga dahi Lily mulai mengeluarkan keringat. Jihoon betul ii terkejut. Dia segera mengambil telefon dia di poket seluar dan menghubungi doktor peribadi keluarga mereka.

"Bibik Song tolong ambilkan air. Letak dalam besen!" Jerit Jihoon. Bibik Song yang mendengar jeritan Jihoon segera melakukan perintah Jihoon.

Jihoon menaikkan suhu aircond di bilik Lily agar suhu badan Lily turun.

"Eomma. A...Appa" Lily mengigau. Dahi dia juga berkedut.

Air mata Lily kemudiaan turun membasahi pipi.

"Eomma Appa maafkan Lily!!Hisk...hiskk..Eomma..Li..Lily janji tak buat lagi. Hiskk..hiskkk. Appa,Lily jan...ji akan dengar cakap appa. Tapi jan... jangan pukul Lily"

Hati Jihoon sakit mendengar igauan Lily. Nampaknya Lily mimpi buruk. Trauma Lily juga dah nak muncul.

Bibik Song memasuki bilik Lily. Hati dia juga sakit mendengar igauan Lily. Kalau mimpi yang Lily alami itu hanya mainan mimpi takpe lah juga masalah mimpi itulah kejadian sebenar Lily diseksa.

Jihoon sedaya upaya menahan air mata dia agar tidak mengalir. Dia mengenggam penumbuk. Dia menuju ke arah almari Lily untuk mengambil tuala kecil.

Setelah jumpa dia membasahkan kain itu. Dia memerah kain itu dan mengelap dahi Lily secara perlahan dan penuh kelembutan.

"Bertahanlah Lily. Oppa akan bawa Lily pergi jauh dari sini nanti" ucap Jihoon. Bibik Song memandang Jihoon dengan pandangan sendu. Dia mengenggam tangan Jihoon.

"Jihoon-a kuatkan diri awak. Lily perlukan sosok awak sebagai kekuatan semangat dia" ucap Bibik Song. Ucapan Bibik Song berjaya membuatkan Jihoon mempunyai sedikit kekuatan. Jihoon tersenyum nipis sambil memandang Bibik Song.

Clickk

Jihoon dan Bibik Song melihat ke arah pintu. Mereka berdua tersenyum pada doktor peribadi keluarga mereka.

Doktor Lucas meletakkan barang kedoktoran dia di atas almari kecil sebelah katil Lily. Dia mengecek suhu Lily menggunakan termometer. 46° suhu badan Lily. Panas sangat ni.

BABY ANGEL || JunkyuWhere stories live. Discover now