🐨 14

68 11 0
                                    

For this chapter Sha akan cerita keadaan parents kandung Lily. So enjoyyyy!

Eunsang mencampakkan badan dia di atas katil. Hari ni terasa sungguh melelahkan. Syarikat dia masih lagi ada masalah. Setiap hari masalah bertambah. Tak pernah kurang. Hal ni terjadi selepas Lily duduk dengan keluarga Hamada.

"Abang,macam mana hari ni?" Soal Diana lalu duduk di sebelah suami dia dan memicit bahu suami dia.

"Tak ada peningkatan. Kyuties Company hampir sahaja nak tolak lamaran bekerjasama tapi dia ubah fikiran. Hope dengan kerjasama ni boleh buat syarikat abang makin naik" ucap Eunsang dengan pasrah.

Diana pun mengharapkan perkara yang sama. Kehidupan mereka semakin susah sebab suami dia kena bayar banyak perkara.

"Abang tak sepatutnya jual Lily pada keluarga Hamada" ucap Diana.

"Tapi sayang yang setuju!" Bentak Eunsang pada isterinya. Dia tak akan jual Lily kalau Diana tak setuju. Jadi jangan salahkan dia. Dia dah penat dengan masalah syarikat jangan ditambah lagi dengan masalah lain.

"Jadi sekarang ni abang nak salahkan Diana lah. Abang yang paksa Diana supaya setuju"

"Bila masa abang paksa? Bila abang cadangkan hal ni sayang sendiri kata sayang okay"

Kesabaran Eunsang hampir sampai ke batas dia. Dia penat sangat. Dia ingat nak berehat bila balik rumah tapi isteri dia pula cari pasal. Memang menguras kesabaran betul.

"Eomma dengan Appa jangan nak bertengkar! Lagi bagus apa yang Eomma ngan Appa buat. Lily tak akan terseksa lagi. Jihoon nak tanyalah satu soalan pada eomma dengan Appa. Apa tujuan Eomma dengan Appa nak ada anak? Nak seksa ke? Eomma sepatutnya rasa bertuah sebab ada anak macam Lily. Yang kuat lepastu cerdik pula tu. Dia tahu hargai Eomma dengan Appa walaupun Eomma appa sakitkan dia. Seksa dia. Dia tak kisah. Dia still maafkan Eomma dengan Appa seolah ii Eomma dengan Appa layan dia baik sangat"

Jihoon yang mendengar suara pergaduhan di bilik Eunsang dan Diana segera mengeluarkan kekesalan dia. Dia menahan air mata dia dari mengalir namun tetap sahaja dia mengalir.

"Ke..kenapa Eomma dengan Appa mesti layan Jihoon baik? Seolah ii Jihoon ni anak kandung Eomma Appa. Kenapa Eomma?kenapa Appa? Kenapa Jihoon yang dapat kasih sayang dari korang? Kenapa bukan Lily?" Soal Jihoon dengan penuh isak tangis.

Eunsang dan Diana terdiam mendengar segala keluhan Jihoon. Mereka berdua memandang Jihoon. Tak disangka mereka juga turut menyakitkan Jihoon.

"Do you really want to know why?" Soal Eunsang. Dia menghampiri Jihoon. Dia ingin memeluk Jihoon namun Jihoon menolak.

"Muka Lily sama dengan muka anak kami yang pertama. Kami sayangkan dia. Kami jaga dia bagaikan minyak yang ditantang penuh tapi apa yang dia buat untuk balas jasa kitorang? Dia malukan kitorang. Dia jadi pembunuh. Dia bunuh emak Appa hanya sebab emak Appa tak bagi dia duit untuk beli dadah. Ketika Eomma mengandungkan Lily appa harap sangat muka dia gabungan Eomma dengan Appa tapi bila dia lahir kami kecewa. Muka Lily sangat mirip dengan abang dia. Setiap kali tengok muka dia kami teringat kan abang dia. Kami kecewa dan marah sangat. Semuanya mirip dengan abang dia. Dari gaya bercakap,berfesyen dan juga dari cara dia jatuh cinta" ucap Eunsang dengan lirih.

Jihoon terkelu mendengar cerita Eunsang. Dia tak pernah tahu yang Eunsang dan Diana pernah ada anak lelaki. Pandai betul Eunsang dengan Diana rahsiakan.

"Mana dia sekarang? Lily tahu tak yang dia ada abang?" Soal Jihoon.

"Dia....dia ada dekat hospital sakit jiwa di Japan dan Lily tak tahu. Kami takut kalau Lily tahu" ucap Diana. Diana berjongkok di depan Jihoon. Dia memegang tangan Jihoon.

BABY ANGEL || JunkyuWhere stories live. Discover now