6

49 14 19
                                    

•START•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•START•

Waktu sekolah sudah berakhir,para pelajar berpusu pusu ingin keluar daripada sekolah tetapi tidak bagi Hayden.Kakinya pantas menuju kearah belakang sekolah

Dia menunggu kedatangan seseorang iaitu Aisya.Hayden sudah memberitahunya bahawa mereka akan bertemu di sini ketika tamatnya waktu persekolahan

"Mana Aisya ni,aku dah kata jumpa dekat sini waktu balik nanti.Jangan kata dia lupa sudah lah"

"Tak pelah aku tunggu lagi 15 minit kalau tak ada juga mesti dia tak nak jumpa aku"

15 minit sudah berlalu,Hayden menyepak batu-batu kecil yang berada di hadapannya.Dia mengeluh kecil

"Aku dah agak mesti Aisya tak nak jumpa aku,mungkin dia tak selesa nak berkongsi masalah dengan aku hmm"

"Kalau tak nak jumpa pun sekurang kurangnya beritahu la masa dekat kelas tadi,tak adalah aku tunggu dia dekat sini macam tunggul ish"

Hayden mencebik,dia terasa dengan perbuatan Aisya yang tidak mahu menemuinya

-
-
-

Aisya masuk ke dalam rumah keluarganya dengan perasaan geram.Beg sekolahnya dicampak entah kemana.Suaranya lantang memanggil umi dan abahnya

Kelakuan Aisya ketika itu tidak seperti dirinya sebelum ini

"Umi ! Abah !"

Encik Azman dan Puan Salmah yang berada di dapur terkejut dengan jeritan Aisya,mereka cepat-cepat pergi ke ruang tamu

"Aisya kenapa jerit-jerit ni,dah tak reti bagi salam bila masuk rumah?"

Encik Azman bercekak pinggang di hadapan Aisya

"Kenapa umi dah abah tak berbincang dulu tentang perkahwinan ni dengan Aisya!? Abah dengan umi tahu kan yang Aisya tak setuju dengan semua ni!"

Aisya sudah kehilangan kesabarannya,kenapa umi dan abah perlu campur tangan tentang masa depannya.Jika tentang hal lain mungkin Aisya boleh mengikut kehendak kedua-dua ibu bapanya tetapi tidak dengan perkahwinannya dengan Hakim

"Aisya..umi dengan abah nak yang terbaik untuk kamu.Umi yakin Hakim dapat jaga Aisya dengan baik"

Puan Salmah cuba untuk menenangkan amarah anaknya dengan meraih tangan tetapi Aisya pantas menepis

"Umi,Aisya tak nak semua ni! Aisya masih sekolah.Kenapa Aisya perlu khawin dengan dia sedangkan umi dan abah yang terhutang budi dengan keluarga diorang bukannya Aisya!"

With You:Huang RenjunWhere stories live. Discover now