•START•
Aisya tiba di rumah Hayden.Suasana rumah Hayden amat tenang baginya walaupun rumah mereka tidak seindah seperti orang lain.Cukup untuk mereka sekeluarga berteduh daripada hujan dan panas
"Maaf rumah saya tak cantik macam orang lain.Saya harap awak selesa"
Hayden berasa sedikit malu dengan Aisya kerana rumahnya hanya biasa-biasa sahaja
"Saya selesa je Hayden,awak jangan la fikir bukan-bukan.Saya faham dengan situasi keluarga awak"
Aisya menayangkan senyuman manisnya.Dia cuba untuk menyedapkan hati Hayden bahawa dia baik-baik sahaja
"Kalau macam tu jom kita masuk.Ibu dengan ayah saya ada dekat dalam"
Aisya hanya mengangguk,dia berasa sedikit gementar memandangkan ini kali pertama dia datang dan berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa Hayden
Mereka berdua masuk kerumah,Aisya hanya mengikuti Hayden daripada belakang
"Assalamualaikum ibu..ayah.Kita ada tetamu ni"
Encik Yusuf dan Puan Sofia menyambut kepulangan anak tunggal mereka dengan senyuman manis
"Waalaikumussalam" jawab mereka berdua serentak
"Ibu..ayah,Hayden nak kenalkan seseorang ni"
"Siapa Hayden? Kawan Hayden ke?" kata Encik Yusuf
Hayden mengangguk lalu dia memanggil Aisya untuk mendekatinya.Aisya pula mendekati Hayden dengan terkocoh kocoh
"Assalamualaikum pakcik..makcik,saya Aisya kawan Hayden"
"Waalaikumussalam,jadi ini lah bidadari yang Hayden cerita dekat ibu tu yea"
Hayden sudah gelabah manakala Aisya pula terpinga pinga dengan kata-kata yang diucapkan oleh Puan Sofia
"Ibu kenapa cakap macam tu..malu la Hayden"
Muka Hayden sudah mula merah padam.Dia sebenarnya malu dengan kata-kata ibunya.Kalau Aisya tahu bahawa dirinya menggelar Aisya sebagai bidadarinya mana dia mahu sorokkan muka
Puan Sofia hanya tersenyum suka apabila dapat menyakat anaknya
"Aisya duduk lah dulu yea,biar makcik buatkan air"
"Eh makcik tak apa tak perlu susah-susah.Aisya tak haus pun" Aisya cuba menolak pelawaan
"Aisya tak susah kan siapa-siapa pun,makcik ikhlas nak buatkan"
YOU ARE READING
With You:Huang Renjun
Fanfictionawak tetap ada untuk saya sayang,tetap ada... -Muhammad Hayden Iskandar-