15

36 10 20
                                    

•START•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•START•

Aisya keluar daripada rumah apabila dihalau oleh Hakim.Cuaca ketika itu tidak berapa baik memandangkan hujan turun dengan lebat.Tubuh Aisya basah kuyup dan dirinya menggigil menahan sejuk.Tujuannya sekarang adalah pulang ke rumah keluarganya

Umi dah abahnya tidak pernah mengetahui tentang perbuatan Hakim kepadanya.Sejak mereka berkhawin Aisya mengikuti Hakim pindah masuk ke rumahnya dan waktu itu juga Aisya sentiasa berpura-pura bahawa rumah tangganya dengan Hakim bahagia seperti orang lain

Tetapi apabila Hakim menuduhnya mengandungkan anak orang lain,keluarga Hakim tidak dapat menerimanya.Puan Aida dan Encik Zulkifli membencinya tanpa unsur periksa.Mereka menyuruh Hakim untuk menceraikannya dan mereka tidak berasa bersalah melemparkan kata-kata yang mampu membuat Aisya kecewa

Aisya tiba dirumah keluarganya.Kebetulan waktu itu Encik Azman dan Puan Salmah ingin pergi ke surau untuk menunaikan solat subuh dan mereka terkejut melihat Aisya berada di hadapan pintu rumah

"Aisya apa dah jadi ni! Kenapa Aisya jadi macam ni"

Aisya hanya menangis.Dia tidak menjawab soalan yang ditanya Puan Salmah

"Aisya jawab apa yang umi tanya tu.Kenapa Aisya macam ni.Hakim mana Aisya?"

"H-hakim dah ceraikan Aisya umi..abah.."

Setelah berkata begitu Aisya pengsan tidak sedarkan diri.Puan Salmah dan Encik Azman pantas membawa Aisya masuk ke dalam rumah

-

Aisya sedar dari pengsan.Kepalanya berasa pening dan perutnya masih berasa sakit disepak oleh Hakim semalam.Apabila mengingatkan kejadian itu semula,air matanya kembali mengalir.Sanggup Hakim bertindak kejam kepadanya

Tiba-tiba Puan Salmah masuk ke dalam bilik dan Aisya cepat-cepat mengelap air matanya.Dia tidak mahu uminya berasa kasihan melihat dirinya

"Aisya dah sedar?"

Aisya hanya mengangguk

"Kenapa Aisya bangun ni.Baring balik,Aisya tak sihat kan lagipun kesian dekat baby dalam perut tu"

"Tak apa umi.Aisya dah lama sangat rehat.Aisya nak pergi mandi dulu"

"Kalau macam tu lepas mandi nanti turun bawah ye.Kita sarapan sama-sama"

Puan Salmah keluar dari bilik lalu Aisya mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan dirinya

Setelah membersihkan dirinya,Aisya pergi ke dapur untuk bersarapan.Aisya menarik kerusi lalu duduk.Puan Salmah dan Encik Azman hanya melihat tingkah laku Aisya.Aisya yang perasan umi dan abah memperhatikannya langsung berhenti

With You:Huang RenjunWhere stories live. Discover now