"Kau, kau buat apa kat sini?” soal Aireena gugup.
“Lahh kau tak tau ke mak kau mintak tolong mak aku tengok-tengokkan kau dekat rumah” ujar gerangan itu.
Aireena yang mendengar tercengang.
‘Ibu ingat aku ni budak-budak lagi ke nak suruh orang tengok-tengokkan. Boleh je suruh tengok-tengokkan tapi kenapa mesti dia yang datang bukan mak dia.’ bisik hati Aireena.
Siapa lelaki itu?
“Mak aku ada hal sikit kat luar so dia mintaklah tolong aku tengok anak angkat kesayangan dia ni sorang” sampuk lelaki itu lagi.
Aireena hanya mengangguk faham.
“Aku nak jemput kau masuk tak boleh sebab bukan mahram, kau duduk la dekat pondok situ dulu. Aku ambikkan air jap” ujar Aireena.
“Ehh tak payah susah-susah, aku nak ajak kau keluar ni pergilah siap” kata lelaki itu lagi.
Aireena hanya menurut kata-kata lelaki itu.
“Tak payahlah risau, aku dah bagitahu mak kau. Dah pergi siap sana” ujar lelaki itu sekali lagi.
Aireena hanya mengangguk dan berlalu pergi untuk bersiap-siap.
10 minit berlalu, Aireena pon keluar dengan berpakaian lengkap yang membuatkan lelaki itu mengelamun seketika.
“Riel aku dah siap, jomlah” ajak Aireena yang melihat Zariel berangan. Entah apalah yang dia berangankan.
“Hah, jomlah” ujar Zariel yang sedar dari lamunannya.
‘Apesal minah ni cantik sangat’ bisik hati Zariel.
Mereka berjalan menuju ke tempat kereta Zariel di parking. Belum sempat Aireena nak buka pintu kereta Zariel, tiba-tiba Zariel menghalangnya.
“Biar aku bukakan pintu untuk kau” kata Zariel gagap.
Aireena yang mendengar menyimpan senyumannya. Ahhh happy-nya crush tolong bukakan pintu kereta!
“Ermm masuklah” kata Zariel dan terus menutup pintu kereta Aireena.
Setelah dalam perjalanan ke destinasi yang tidak diketahui oleh Aireena, mereka berdua hanya berdiam diri sahaja. Hanya suara radio sahaja yang memecah kesunyian.
“Riel, kau nak bawa aku pergi mana ni?” soal Aireena untuk memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.
“Pergi satu tempat yang boleh buat kita tenang dari kesibukkan bandar ni” ujar Zariel.
Aireena yang mendengar hanya mengangguk sahaja.
-----
1 jam kemudian,
Setelah melalui 1 jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di destinasi yang dikatakan oleh Zariel.
Aireena ternganga melihat suasana di situ. Terlalu indah.
'Pulau Perhentian'
“Oii! Tutup mulut tu, kang lalat masuk padan muka” sampuk Zariel. Aireena yang mendengar kata-kata Zariel terus menutup mulutnya dan menunduk malu.
Dah lah depan crush kak oii!
“Jom kita duduk kat sana” ajak Zariel. Jari telunjuknya menunjukkan satu tempat di bawah pokok besar yang teduh itu. Di situ mempunyai satu kerusi panjang yang boleh di duduki mereka berdua.
Mereka berdua berjalan beriringan seperti pasangan yang bahagia.
“Kau suka tempat yang aku bawa kau ni?” soal Zariel yang melihat Aireena tersenyum bahagia menikmati suasana yang tenang di pulau itu.
YOU ARE READING
Aireena Luthfia : Euphoric Love
Phi Hư Cấu➴✿◞⌗𝟏𝐬𝐭 𝐁𝐎𝐎𝐊 : 𝐷𝑒𝑎𝑟, 𝑀𝑟.𝐿𝑜𝑏𝑠𝑡𝑒𝑟 ˚ ༘♡ ⋆。˚ 𝒁𝑨𝑹𝑰𝑬𝑳 𝑨𝑴𝑺𝒀𝑨𝑹 & 𝑨𝑰𝑹𝑬𝑬𝑵𝑨 𝑳𝑼𝑻𝑯𝑭𝑰𝑨 Perjalanan kisah cinta seorang gadis yang bernama Aireena Luthfia yang mengejar orang yang dicintainya sejak zaman sekolah. Pelba...