10

53 4 17
                                    

Mereka semua menunggu Aireena bangkit dari tidurnya yang lama.

Matahari semakin naik menandakan jam menunjukkan pukul 8 pagi.

"Erhh--" erang Aireena perlahan.

Mereka yang mendengar Aireena mengerang terus menerpa ke katil Aireena.

"Reen" panggil Haania.

Aireena mencelikkan matanya. Perkara pertama yang Aireena nampak adalah muka rakan-rakannya.

"Korang- buat apa dekat sini?" soal Aireena yang perlahan-lahan berusaha untuk bangun dari baringnya.

Ayra dan Eynaa yang melihat terus membantu Aireena bangun.

"Kau okey tak?" soal Eynaa.

"Feel better berbanding semalam" balas Aireena.

"Apa yang jadi sebenarnya Reen? Sampai Zariel yang papah kau balik kem?" soal Ayra bertalu-talu.

"Haah Reen, kumpulan kita semua cari kau. Tiba-tiba je menghilang" kata Eynaa.

"Aku tersesat lepas jumpa barang untuk misi kita lepastu aku kene kacau" ujar Aireena.

"Kacau? Dengan siapa?" soal Haania pelik.

"Tak tahu siapa yang kacau tapi dia panggil nama aku banyak kali" cerita Aireena.

"Kau tau tak siapa yang kacau kita tu?" soal Ayra lagi.

"Siapa?" tanya Aireena balik.

Soalan di balas dengan soalan.

"Tingkatan 6" jawab Eynaa selamba.

"Mana kau tahu?" soal Aireena lagi.

"Hayder bagitahu dekat kitorang, dia rasa bersalah sebab kacau kau sampai buat kaki kau terseliuh" kata Haania.

"Erhh, kalau aku tahu tu dia dah lama aku bagi penumbuk" ujar Aireena geram.

"Bertenang sister" kata Ayra yang menenangkan Aireena.

"Kita ada aktiviti apa pagi ni?" soal Aireena.

"Cikgu cakap ada Nature Hunts" jawab Ayra.

"Nature Hunts?"

"Nanti cikgu terangkan, sekarang kaki kau dah okey ke belum? Kalau dah jomlah siap-siap lepastu berkumpul dekat lapangan" kata Haania.

"Rasa macam dah okey" ujar Aireena lalu turun dari kakinya.

Walaupon rasa sakit tu ada lagi tapi dia boleh berjalan seperti biasa.

"Kalau tak okey tak payah ngada-ngada nak join ea Reen" kata Ayra tegas.

Aireena yang mendengar terus menunjukkan kepada mereka yang dia boleh jalan seperti biasa.

"Tengok ni, aku dah okey lah. Janganlah risau" ujar Aireena.

Mereka hanya mengangguk dan menemani Aireena untuk bersiap-siap.

Aireena hanya mengenakan tshirt lengan panjang dan seluar tracksuit bersama tudung sarung berwarna hitam.

Selesai sahaja Aireena bersiap, mereka terus berkumpul di lapangan.

"Memandangkan semua murid dah ada dekat sini, kita akan minta abang awak untuk menerangkan tentang aktiviti kita yang selanjutnya" ucap Cikgu Fattah dan menyerahkan mic kepada Hayder.

Hayder yang berada di tepi Cikgu Fattah mengangguk dan tersenyum kepada Cikgu Fattah.

"Okey, terima kasih cikgu. Untuk aktiviti kita pagi ni dipanggil sebagai Nature Hunts. Nature Hunts ialah satu aktiviti yang kita akan explore flora dan fauna yang ada dalam hutan" ucap Hayder.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now