Atiya labuh duduk di atas kerusi sebelah kawan baiknya. Novel Jangan Menangis Cinta by Siti Rosmizah yang dibawa khas untuk dibaca waktu rehat dibuka, sementara tunggu pensyarah datang boleh aje Atiya baca Novel dulu.
"Kau tak habis-habis baca novel kan? Tak bosan ke?" soal Alya menggeleng.
"Bosan sebab?" Tanpa alih mata Atiya bercakap.
"Kau bayang, setiap hari kau baca novel jalan cerita sama, ending sama dan semuanya sama."
Pak!
"Auch! Bahu aku...." aduh Alya.
"Tahu sakit? Sedap sangat mengata novel aku kan? Sudahnya padah kena."
"Aku cakap benda betul."
"Tak betul! Sangat salah! Kau ingat semua ending sama ke? Sama jugak dengan kehidupan kita, tak semuanya sama. Sekurang-kurangnya aku rasa bahagia bila baca part romantik, kau apa tahu? Cuba kau baca novel part romantik..." Atiya pejam mata membayangkan prince charmingnya.
"Takde boyfriend pun kau dah boleh senyum macam orang gila. Hebat pinangan novel."
"Bila baca je part hero cium dahi heroin sebelum tidur, hero rangkul pinggang heroin and tatap mata heroin and...." Senyumnya sampai ke telinga. Jeritan teruja keluar dari bibir itu. Cukup perlahan, hanya mereka berdua saja mendengarnya.
"Suka betul kau imagine benda macam tu eh?"
"Suka sangat-sangat!" jawab Atiya teruja.
Alya tak boleh nak cakap apa, bukan tak kenal si Atiya. Tak boleh berenggang dengan novel. Suka sangat novel sampai setiap bulan akan beli lima buah novel.
"Sekarang ada berita tergempar tentang lelaki berhoodie."
"Huh?" soal Atiya blur.
"Lelaki yang tak masuk kelas beberapa bulan dan sekarang baru tunjuk muka tu."
Bibir juih pada lelaki yang baru masuk ke dalam kelas. Atiya dengan muka blurnya pandang lelaki itu, siap pakej muka berkerut lagi.
"Kenapa aku rasa macam kenal aje dengan lelaki berhoodie tu eh?"
"Kau kenal?" Alya tekup mulut dengan kedua telapak tangan. Gaya terkejut habis.
"Asal kau terkejut sangat? Salah ke kalau aku kenal?" soal Atiya serius.
"Bukan salah, cuma kau perlu hati-hati."
"Bagi aku satu sebab."
"Dia seorang lelaki miskin. Kalau kau nak tahu, kerja dia setiap hari adalah menjual ikan di pasar sebabtu dia tak masuk kelas dalam masa yang lama. Kadang-kadang berbulan-bulan baru masuk. Aku tak nak kau kawan dengan dia. Yelah, macam mana kalau tiba-tiba kau jatuh cinta dengan dia? Kau nak kahwin dengan orang miskin?" jelas Alya panjang lebar.
"Aku tak faham." akui Atiya sejujurnya.
Lelaki hoodie yang kini telah mengambil tempat beberapa meter darinya ditatap lama.
"Apa yang kau tak faham? Kau tak faham kenapa lelaki tu boleh jadi miskin? Atau kau tak faham benda lain?" Kepala tak gatal digaru.
"Aku pernah nampak dia pakai kereta mewah." Menunduk aje lelaki itu. Naik hairan dirinya.
"Dekat mana? Kau salah orang aje kut."
"Betul, time tu aku nak bunuh diri sebab stress. Dia datang..." Atiya senyum bahagia.
"Dia nasihat aku, sampai aku sendiri batalkan niat buruk aku."
"Asal kau tak bagitahu aku bila kau ada problem? Tak baik kau buat-buat diam pendam macam ni, aku sebagai sahabat kau risau tau." Alya peluk tubuh Atiya.
"Aku baik-baik aje, lagipun hero aku ada untuk selamatkan aku." gurau Atiya sambil pandang Darwisy.
Gulp!
Air liur ditelan kasar saat anak matanya bertaut dengan mata seseorang.
Pure hazel,
Mata itu benar-benar mengingatkannya kejadian semalam. Pertemuan yang singkat namun begitu bermakna.
"Siapa hero kau? Hero dalam novel yang tak wujud tu?" soal Alya ingin tahu.
"Hero aku wujud." Yakin Atiya berkata tanpa melepaskan tautan mata mereka.
"Mana?" Atiya ukir senyum buat Darwisy. Tak ada balasan dari orang sana, mata itu saja tajam menatap dirinya.
"Depan mata aku."
Toleh aje sebelah, anak matanya terhidang Darwisy yang sedang tidur membelakangi mereka berdua kelihatan.
"Dia?" Atiya angguk laju.
"Kenapa? Tak boleh ke? Aku tengok dia handsome, macam hero dalam novel aje. Mana tahu dia boleh jadi hero aku kan?" Alya buat muka.
"Hero mestilah kena kaya, bukannya miskin hanya menjual ikan-ikan di pasar. Kau takde taste langsung kan? Lelaki takde apa-apalah yang kau nak, lelaki ada harta banyak yang terkejar-kejar kau, kau tak nak!"
"Aku tak naklah harta semua tu, aku cuma nak seseorang yang mampu bimbing aku. Yang sentiasa ada waktu aku lemah..." Atiya senyum. Teringat kejadian semalam.
"So many people want to make suicide, so many people want to die slowly, some want to end their life's fast...."
"Yes, suicide is a permanent solution to a temporary problem, but you know that..."
"Don't kill yourself, you're important...."
"Its a bad day not a bad life. There is more to this..."
Kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang dalam mindanya, entah kenapa tak mampu untuknya hapuskan. Terlalu istimewa barangkali.
"Kau yakin dia akan sentiasa ada waktu susah senang kau?" soal Alya kedengaran tidak yakin.
"Aku yakin."
Lepas apa yang jadi semalam, Atiya yakin lelaki itu adalah yang terbaik. Tak ada yang lain, hanya dia.
"Yakin betul kau eh? Asal? Kau dah lama sangat ke kenal dia?" Alya kerling Darwisy sekali.
"Nak cakap kenal dalam masa yang lama tu, tak. Yang aku tahu, dia seorang lelaki misteri. Aku tak faham macam mana seorang penjual ikan boleh guna kereta mewah juga bagaimana dia bisa masuk dalam Universiti ini. Kau tahu kan, Universiti ini khas untuk pelajar berada saja." Alya angguk.
"Betul cakap kau, aku pun dah rasa pelik semacam sekarang. Dengar dari buah mulut orang, dia pakai kereta biasa aje. Saga buruk yang hampir tercabut pintu. Bersyukurnya pintu dapat ditutup, kalau tak dialah lelaki yang boleh mengalahkan Mr Bean." Terbahak-bahak Atiya ketawa.
"Mulut kau jahatlah, tak baik tau!" Alya sengih.
"Aku cakap benda yang aku dengar aje. Tak salah kan?" Atiya menggeleng.
"Kalau dia dengar macam mana?" Automatik mata mencari lelaki berhoodie itu.
"Tak mungkin, dia tengah tidur."
Gulp!
Tajam mata Darwisy memanah padanya. Tak ada perasaan takut, malah Atiya siap bermain mata dengan lelaki itu. Mungkin hatinya telah jatuh pada lelaki itu. Sejak semalam...maybe?
"Walaupun kau cakap kereta dia macam Mr Bean, aku tetap akan suka dia. Hatta kalau kau cakap muka dia macam Mr Bean pun....aku tetap akan suka dia." Matanya bertaut tanpa terlerai. Ada sinar yang berlainan dari mata pure hazel itu.
"Cerita Mr Bean menggembirakan orang, mana tahu...." Atiya senyum semanis gula.
"Dia jugak boleh menggembirakan aku sama persis macam Mr Bean."
Atiya nampak, ada senyum kecil dari bibir lelaki itu. Adakah lelaki itu bahagia mendengar apa yang dia kata? Maybe...
Hye guys!
Untuk bab seterusnya saya perlukan 25 votes untuk bukak chapter baru🔐 See ya!
25 votes 🔑
![](https://img.wattpad.com/cover/313100649-288-k853358.jpg)