Bab 3

577 52 0
                                    

Segelas Mulled wine yang tidak beralkohol diteguk rakus oleh Ian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Segelas Mulled wine yang tidak beralkohol diteguk rakus oleh Ian.Belakang badan disandar pada kusyen sofa yang empuk itu
dan mata dipejam rapat.

Otaknya sedikit serabut apabila memikirkan persiapan majlis makan malam sempena pelancaran projek baharu.

Banyak lagi perkara yang perlu difikir supaya semuanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan luar terutamanya dari musuhnya sendiri.

Sedang hanyut dalam dunia sendiri,tiba-tiba bahu Ian disapa oleh seseorang.Lantas kelopak mata kembali buka.

"Jarang kau lepak kelab bro"ujar seorang lelaki yang sudah mengambil tempat di hadapan Ian.

Ian hanya tersenyum sinis sambil memandang ke arah sahabat baiknya itu.

"Saja nak minum-minum sikit,aku tahu kau datang sini setiap malam sebab tu aku datang"balas Ian lalu meneguk lagi minumannya tadi.

Hendery gelak kecil.

"Habis anak kau tinggal dengan siapa kat rumah tu?"

"Aku suruh budak-budak aku tengokkan dia."
Hendery angguk tanda faham.

Dia kenal sangat Ian ni,keselamatan Diora adalah yang paling utama buatnya.Setiap kali dia tiada dengan Diora,pasti Ian akan arah lebih 20 orang bodyguard  untuk mengawasi Diora.

Dia risau Diora terkena ancaman musuhnya sendiri.Ian tahu siapa dirinya,dikelilingi musuh-musuh yang dia sendiri tak tahu kenapa mereka tidak puash hati dengannya.

Diora adalah segalanya bagi Ian.

"Bro,kau kenapa nampak serabut je ni?"soal Hendery dengan penuh perhatian.Bukannya dia tak perasan yang riak muka Ian nampak macam serabut dan stress dari tadi dia sampai.

"Takdelah aku cuma fikir pasal event yang akan diadakan nanti.Aku takut ia tak berjalan lancar macam yang aku harapkan"

"Maksud kau?Selama ni kau syarikat kau buat event okey je semua,kenapa kau nak risau pulak?"Soal Hendery lagi dengan dahi yang berkerut-kerut.

"Hendy this is important event dan projek yang aku bakal lancarkan tu sangat besar dan bernilai hampir ratusan juta.Kau tahu kan syarikt aku ni dah jadi target syarikat-syarikat lain untuk dijatuhkan"jelas Ian dengan lebar.

"Aku faham Ian,tak payah fikir sangatlah.Aku rasa semuanya akan okey.Kau relaks je bro"
Ian angguk.Kata-kata Hendery membuatkan hatinya sedikit lega.

Hendery Liam,sahabat dia sampai mati.

Beberapa minit mereka berborak hal masing-masing,Hendery meminta izin untuk mempamitkan diri untuk mencari makan.

Maksudnya,dia nak pergi usyar mana-mana perempuan yang dia rasa menarik.Hendery dengan sifat playboy nya berpisah tiada.

Mujurlah Ian tidak terjebak dengan perkara begitu.Setakat ni memang takde mana-mana perempuan yang berjaya memikat hatinya.

Duda's sweetheart [OG]Where stories live. Discover now