"Ei kau tengok tu." kata Dina sambil memandang sekumpulan remaja yang ada di pantai tersebut.
"Oh
My
Goat !
Dia pegang tangannnn !!!" balas Khairin lalu menekup mulutnya ala-ala terkejut.
"Diam bongok. Nanti diorang perasan kita tengok diorang." - Auni.
"Kau diorang form bape ? Tiga ? Empat? Tah tah sekolah rendah !" - Qayyum.
Keempat orang itu berteduh di bawah pokok sambil memerhatikan sekumpulan remaja yang berseronok dan tak endah langsung orang yang lalu-lalang memandang mereka pelik.
"Dosalah kita buat macam ni..."
Dina, Auni dan Khairin memandang Qayyum yang melutut di belakang Khairin. "Kau mabuk ke ? Tak pernah-pernah kau kata macam ni. Selalunya kau orang first yang mulakan benda benda macam ni."
"Takdelah tiba-tiba nak taubat."
Khairin ketawa lalu menepuk bahu milik Qayyum. "Bagus ! Sejuk hati mak kau bila dengar kau kata macam ni."
"Lah ni sesi kembali ke pangkal jalan ke ?" soal Auni. Mereka berdua hanya ketawa membiarkan Dina dan Auni blur di situ.
...
"Cepatlah Qayyum !"
Jerit Auni yang berdiri di depan sebuah pokok. Qayyum tercungap-cungap mengambil nafas sambil mempercepatkan langkahnya.
"Cepat betul perempuan ni jalan." kata lelaki itu. Dia mengambil nafas dalam sebelum kembali berlari.
"Kau ni lambatlah."
"Kau tu yang laju. Kau ni ada kuasa ke boleh jalan laju sangat? Keluarga incredible ke ?" soal Qayyum bertalu. Auni hanya menahan tawanya dan beredar meninggalkan lelaki itu di belakang.
"Sabarlah woi !"
Khairin dan Dina yang masih duduk di tempat mereka hanya berdiam diri.
"Ehem... So, kita nak buat apa ni ?" soal Khairin lalu memandang wajah Dina perlahan.
"Auni suruh kemaskan ? So kemas dulu. Nanti kita beli ice cream." jawab Dina lalu tersenyum lebar sehingga matanya ditutup akibat eye smile.
Khairin mengangguk. Tikar yang terhampar di atas pasir dia ambil lalu lipat. Dina pula mengemas makanan yang mereka bawa. Sampah-sampah dia masukkan ke dalam plastik hitam manakala bekas yang masih berisi makanan dia masukkan ke dalam bakul kayu yang ada di bawah pokok.
"Dah siap ?"
Dina membalas dengan anggukan lalu bangun dan berjalan ke arah Khairin dengan dua bakul kayu di tangan. Khairin memegang erat tikar di pelukannya. Satu bakul kayu di tangan Dina dia ambil lalu berjalan pergi. Dina yang masih di belakang tercengang. Tidak lama selepas itu dia tersengih lalu berlari anak mengikut Khairin dari belakang.
"Masuk." kata Khairin sepatah. Dina mengerut dahi.
"Mana Auni ? Aku balik dengan dia kan ?"
"Dia dah blah dengan Qayyum. Kita jumpa diorang dekat tempat biasa aku dengan Qayyum." jawab Khairin. Dina mengangguk lalu masuk ke dalam perut kereta.

ANDA SEDANG MEMBACA
Our Story
Romance•malay• Tak tahu nak describe macam mana. Baca jelah. Cerita ni best so jangan risau. start: 011221