Episode-02

2 1 0
                                    

"Woi kau buat apa dekat sini ?"

"Selamat petang Tuan Qayyum." kata pekerja lelaki di  counter. Qayyum hanya mengangguk.

"Qayyum- Dina ?"

"Khai ?"

Qayyum yang berada di tengah-tengah hanya mengerut dahi. Err apa dah jadi ? "Korang kenal each other ?"

"Eo... Dia lelaki yang aku cerita dekat kau tu." mata Qayyum membulat apabila mendengar jawapan itu.

"Mamat bangang ni... CRUSH KAU ?!"

"Crush ?"

"Diam bodoh. Aku potong bird kau. Apa pun tak dapat." kata Dina. Qayyum hanya mengendahkan perkara itu dan ingin sambung bercakap. "Aku buat apa aku cakap."

Qayyum terus diam. Situasi di situ hanya sunyi. Tiada siapa pun yang bercakap. Lobi utama kosong kecuali adanya mereka. Disebabkan waktu lunch belum habis. Almaklumlah di Quegame company, lunch sehinggalah pukul 2.30. Jadi mana yang islam ada yang masih menikmati makanan mereka, dan ada yang bergerak ke surau untuk menunggu waktu zohor. Yang bukan islam? Mereka selalu duduk di café company.

"Err. Dah macam dekat kubur aku rasa. Diam semacam. Aku naik dulu. Aku nak ambil fail untuk meeting lepas ni. Telekung kau dekat mana ?"

"Bawah meja." Qayyum mengangguk dan terus beredar. "Eh eh ! Weh ! Ambilkan selipar dekat dalam almari."

"Ha tulah ! Gatal pergi pakai heels."

Dina hanya tersengih dan melihat Qayyum pergi. Khairin yang ada disitu hanya berdiam diri. Kekok rasanya.

"A-awak sihat ?"

Khairin hanya mengangguk. Umii, tolong Khai ! "K-kau... Kau makin pendek." Dina menjeling. Dalam banyak-banyak benda boleh tegur, pendek juga dia tegur. Tinggu aku 157 okey !

"Kenapa awak datang sini ?"

"Oh lah terlupa nak bagi benda alah ni."

And again... Awkward. "A-aw-"

"Sejak bila kau panggil aku awak. Bukan dulu kau aku ke ? Tak pun weh babun !" kata Khairin. Dina hanya tersengih.

"Err dahlah. Aku nak pergi surau." Khairin hanya mengangguk. Dina membuka kasut tumit tingginya dan berjalan ke surau dengan kaki ayam. Khairin tersenyum. Tak sangka. Selepas beberapa tahun dia bertemu kembali dengan perempuan pertama yang membuat dia tersenyum selain umi dan Maisarah.

"Kau senyum-senyum dah kenapa ?"

Khairin tersentak. Bahu Qayyum dipukul. "Aduh !"

"Bodoh. TERKEJUT AKU !"

"Eleh. Kau yang mengelamun. Kau tengok apa ?"

"Pasu."

"Ooo ! Aku tahu pasu company aku cantik. Nanti aku hantar satu kat rumah kau."

Khairin memandang Qayyum tajam. "By the way, asal kau datang sini. Mabuk ke ?" soal Qayyum pelik. Khairin menghulurkan beg kertas yang dari tadi dipegang.

"Untuk aku ke ?"

"Takdelah. Untuk pasu tu. Dah tahu pergi tanya."

Qayyum hanya tersengih. Beg kertas dibuka. Melihat sahaja barang yang ada di dalam, senyuman yang terukir di wajah Qayyum terus menjadi lebar. "CHOCOLATE POWDER ?!"

Khairin mengangguk. Dia hanya tersenyum kecil melihat Qayyum yang seperti budak dapat gula-gula. Almaklumlah serbuk chocolate dekat rumah dia habis. Kedekut punya pasal. So tak beli.

Our StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang