Aku termenung melihat jam yang melekat di dinding.
Tunggu aku.
Haih... Suara tu lagi. Like penat tau kau tunggu orang yang kau sendiri tak tahu dia ditakdirkan untuk kau atau tak.
"Woi Dina, kau termenung apa ?"
Aku hanya melihat Auni hanya baru sahaja balik dari kerja.
"Takde apa-apa."
"Jomlah keluar makan. Aku lapar ni." ajak Auni selepas menyalin pakaian yang lebih selesa.
"Nak aku ajak Qayyum ?" soal aku dengan senyuman sinis. "Kau ni kang. Aku dah lama tak sepak orang." aku hanya ketawa lalu berjalan keluar dari rumah selepas membetulkan tudung bawal aku.
...
"Woi. Boss panggil kau."
Aku memandang ke arah pintu pejabat. Rahman, P.A kepada Qayyum. "Sekarang ?" soal aku malas.
"Yes, of course now. Takkanlah tahun depan." balas Rahman sambil memutarkan biji matanya. Aku hanya tersengih lalu bangun.
"Dia ada minta fail lain ke ?"
Rahman hanya menggeleng dan beredar untuk membuat kerjanya yang tergendala. Aku mengambil salah satu fail yang ada di rak untuk meminta sign dari Qayyum.
Aku menghembus nafas perlahan sebelum mengetuk pintu besar berwarna coklat yang ada di hadapanku.
Tok tok tok.
"Masuk."
Dengar sahaja suara garau milik lelaki itu, aku terus menolak daun pintu tersebut dan berjalan masuk ke dalam pejabatnya.
Kelihatan Qayyum yang sedang tekun melihat screen computer nya dengan wajah yang dingin tanpa senyuman tertampal di muka. Sekiranya pekerja lain yang melihatnya, mungkin mereka berasa gerun dan mahu keluar dari pejabat ini secepat mungkin. Tapi aku dah lebih 3 tahun berkawan dengannya dan sudah lali dengan tektiknya yang suka bernampilkan wajah dingin untuk kelihatan seperti lelaki wattpad.
"Ini failnya. Tuan kene tandatangan dekat sini dan sini."
Qayyum hanya mengangguk lalu mengambil pennya dan mulakan kerjanya sebagai boss.
"Okey dah, boleh cakap macam biasa."
"Mak kau apa khabar ? Dia ada tanya pasal aku ke?"
"Ada. Siap tanya asal tak balik sekali. Aku cam err... Kau bukan tunang aku. So yeah. Dia tanya kau okey je tak, dah ada boyfriend ke belum. Aku cakaplah belum sebab kau koma."
"Kau memang nak aku koma ke apa ?"
"Pernahlah terfikir. Tapi tak jadi. Cause if kau takde, kerja aku berlambak."
Dina menjeling Qayyum yang sedang tersengih. "Aku tak pernah sagat muka orang dekat jalan tar tau. Kang kau manusia pertama kene."
"Alah jangan marah-marah. Nanti takde siapa nak dekat kau even aku tahu ada lebih seorang dekat company ni suka kau tapi still kalau diorang tengok perangai kau perghhhhh lari babe."
"Aku tampar kang kau ni Qayyum. Aku report dekat Auni. Biar dia lari cari crush lain." ugut aku dengan senyuman bangga.
YOU ARE READING
Our Story
Romansa•malay• Tak tahu nak describe macam mana. Baca jelah. Cerita ni best so jangan risau. start: 011221