BAB 8

19.5K 1.2K 21
                                    

𝓐ଘꗃ⋆﹅ꕤ ℒ⋆ꕤଘ𓂅ǂ⊹

"Bye Mirza. Take care." Lucy melambai-lambai tangannya. Mirza membalas semula lambaian tersebut. Walaupun baru 3 minggu bekerja, layanan mereka terhadap dia sangat baik. Seolah-olah sudah kenal lama.

Jam ditangan ditilik sejenak, sudah jam 9 malam. Kafe pun sudah ditutup. Memandangkan kafe tempat dia bekerja itu teramatlah dekat dengan hotel, jadi dia perlu berjalan kaki sahaja.

Sepanjang perjalanan, hanya bunyi deruan kereta yang berkumandang di sekitar jalan. Tangan dibawa masuk ke poket. Cuaca di Itali teramatlah sejuk. Nasib baik Mirza ada bawa baju tebal sebelum datang ke sini.

Sikit demi sikit asap keluar dari mulutnya. Cuaca malam ni lagi sejuk dari biasa. Tin yang berada ditengah jalan ditendang kecil bagi menghilangkan bosan. Sekali sekala Mirza menoleh ke belakang. Risau jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sedang asyik berjalan, Mirza mendengar pergerakan dari arah belakang. Sememangnya dia seorang yang amat peka dengan bunyi. Laju dia menoleh melihat. Tetapi tidak ada apa-apa yang berada dibelakang.

Mirza menoleh semua kehadapan. Tudung shawl diikat kemas di belakang. Dia perlu bersiap sedia jika berlaku apa-apa. Kakinya bergerak laju. Yang menarik perhatiannya kini adalah bunyi tapak kaki yang mengekorinya semakin pantas mengejar.

Tanpa fikir panjang, Mirza langsung memecut laju. Daun-daun kering penuh diatas jalan, semua berterbangan dek  larian Mirza yang deras seperti air.

Setelah beberapa minit berlari, akhirnya dia berjaya masuk ke dalam perkarangan hotel. Kakinya terhenti sejenak. Dia menoleh semula kebelakang.

Alangkah terkejutnya, apabila dia melihat dua orang lelaki berbadan tegap berdiri jauh sedikit di luar pagar masuk pintu hotel. Yang menghairankan, mengapa mereka tidak masuk ke sini? Seolah-olah disekitar pintu itu, mempunyai kuasa voltan elektrik yang tinggi pula.

Tanpa membuang masa, Mirza terus bergegas masuk ke dalam lobi hotel dan menuju kedalam lif. Nombor 7 ditekan. Raut wajahnya begitu cemas. Peluh hasil dari berlari terus menerus keluar. Nasib baik dia jaguh dalam larian. Jadi tidak ada masalah jika dia mahu berlari 3 kilometer sekalipun.

Tingg!

Bunyi lif sudah sampai ketingkat 7. Kelam-kabut dia keluar. Tubuhnya perlu berehat secepat mungkin.

Dek kerana dia berjalan hanya memandang bawah, Mirza tidak sedar ada seorang lelaki yang sudah berada didalam lif.

Master Angelo !

Lama Angelo memerhati gadis yang memasuki lif bersamanya.Dahinya berkerut seketika melihat gelagat gadis itu.  Semestinya dia kenal sewaktu pertemuan mereka beberapa hari yang lalu. Masih segar di ingatan nama gadis berhijab tersebut. Mirza Alfee.

Seketika Angelo pelik dengan sikap gadis ini. Cemas dan tidak tentu hala. Sempat juga Angelo menilik tangan Mirza yang berpeluh sakan tadi. Tanpa sengaja, matanya menangkap seutas rantai yang terkeluar sikit dari pergelangan tangan. Ada bentuk loket yang selalu dia nampak. Loket yang sentiasa tersemat dalam ingatannya dan tidak asing dalam kehidupan. Cuma dia lupa dimana. Nampaknya dia perlu mencari tahu siapa gadis itu secepat mungkin.

Telefon bimbit dikeluarkan. Nombor seseorang didail pantas.

"Hello, aku nak kau cari maklumat seseorang. Aku nak kau bagi dekat aku pagi esok," kata Angelo dari corong telefon.

𝓐ଘꗃ⋆﹅ꕤ ℒ⋆ꕤଘ𓂅ǂ⊹

"Asal kau tak tidur lagi?" Soal Zill Qayyim kepada Marteen. Jam dinding dilihat, sudah pukul 3 pagi tapi masih belum tidur. Apa lah yang Master Angelo nak pagi-pagi buta ni.

"Angelo... Dia nak maklumat pasal sorang gadis ni. Lepastu nak pagi esok juga. Itu yang aku tak tidur lagi." Balasnya tanpa melihat Zill.

"Oh, kalau macam tu aku masuk tidur dulu. Goodnight hacker." Tergedik gedik Zill Qayyim berkata.

Marteen memandang geli. Ish! Sadis betul dapat kawan macam ni. Dia kembali merenung laptop. Masih ada urusan yang belum diselesaikan. Harap cepatlah siap. Mata pun dah naik mengantuk ni.

Marteen Miyzad. Seorang lelaki yang erkenal dengan kerja cekap dalam menganalisis data dan aktiviti pergodaman. Zill Qayyim pula pintar dalam menguruskan strategi. Belum pernah lagi selama Zill bekerja bersama Angelo strateginya hancur. Kerana setiap apa yang dirancangkan semuanya diluar kotak permikiran musuh.

Manakala Fahnaz Waiz pula, handal dalam penembak tepat. Headshot? Musuh pun takut tengok bayang Fahnaz apatah lagi senapang yang dia pegang.

Zalfriq dan Zalfill. Kalau dilihat pada mata kasar, mereka berdua macam budak budak tak cukup umur. Tapi hakikatnya mereka berdua cekap dan handal dalam perang tanpa senjata. Tak payah susah bagi pistol sebab dorang mampu kendalikan musuh dengan sekelip mata. Tapi, tak kurang juga dengan Master Angelo. Dia lebih handal daripada anak anak buahnya.

Tapi dah nama pun ketua. Takkan dia nak buat sendiri kalau sudah ada geng dan anak buah yang masing - masing ada kebolehan tak nak kalah. Senjata api mana yang tak pernah sentuh oleh Angelo. Semuanya pernah dia miliki dan digunakan untuk melawan pihak musuh.

Master Angelo, manusia yang tak takut mati. Itu gelaran yang sesuai untuk dia. Polis pun takut untuk mendekatinya. Sebutlah nama Black Eyes, pasti semua organisasi kenal kumpulan yang diketuai oleh seorang Master.

Seluruh dunia gerun untuk melihat siapa mereka. Tapi pada mata orang awam mereka hanyalah seorang jutawan yang terkaya di Itali dan dihormati kerana sifat yang berhati mulia. Namun pada orang yang mengenali sisi gelap kumpulan itu...

semuanya takut dengan jasad yang ngeri. 

MASTER ANGELO (TERBIT) [UNEDITED VERSION]Where stories live. Discover now