9 (Final)

75 16 9
                                    

Sepucuk surat itu dibuka apabila punggungnya sudah selamat mendarat di atas tilam empuk nya.

Sepanjang pengebumian Sally, Wooyoung hanya kelihatan hairan. Ibunya juga hairan. Kenapa Sally menulis surat untuk Wooyoung? Adakah surat itu berkenaan dengan gurauan kasar Wooyoung?

Polis sudah membuat semakan terhadap surat itu terlebih dahulu. Katanya, surat itu tiada tanda yang menunjukkan Wooyoung adalah punca Sally membunuh diri.

Lelaki itu membaca setiap perkataan yang ditulis dengan pen hitam milik Sally. Air liur ditelan perit. Bagi orang lain, tulisan itu tiada membawa apa-apa maksud. Tetapi bagi Wooyoung..

Ianya mengingatkan dia kepada kenangan silam Silly Sally dengan dia. Kenangan yang dia tidak ingin mengingati lagi.

Tetapi setiap perkataan yang tertulis di atas surat itu tidak membuat bulu roma Wooyoung berdiri tegak sebaliknya, ianya membuat Wooyoung berasa simpati. Matanya tidak beralih dari beberapa patah perkataan yang tertulis di dalam surat itu. Ianya seakan memburu dirinya. Seakan Silly Sally masih sedang menunggu dirinya.

'I won't cry anymore, tapi boleh kita jumpa? Pretty please? Thx! Later!'

xoxo, Sally.

Dengar daripada kata ibu Silly Sally, surat itu sudah lama ditulis. Rasanya, dua minggu lalu. Maksudnya..

Surat itu digenggam. Airmatanya jatuh berguguran. Tak, Wooyoung tak boleh duduk di rumahnya lagi. Dia perlu bercakap dengan Sally. Pantas, dia mencapai kunci motornya dan memecut laju ke tanah perkuburan. Ke kubur Sally.

Tanah yang masih lembap, masih lagi merah dan belum ditanam apa-apa rumput di atasnya, diambil dan digenggam sekuat hati. Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi dan kemudian menjadi satu dengan airmata yang mengalir di pipi Wooyoung.

"Kenapa? Kenapa kau pergi? Kau tak takut ke kalau aku lupakan kau? Kau.. kau tak takut ke kalau aku cari pengganti? Silly Little Sally. Apa yang kau dah buat? Apa.. yang fikir aku boleh buat?" Wooyoung menggelengkan kepala. Selepas dua minggu tidak dapat bercakap dengan Sally.. dia tidak tahu siapa dia boleh bercakap dengan lagi.

Sally bukan seperti orang lain. Sally lain. Sally kawan. Sally lawan. Sally cinta hati. Sally is Wooyoung's Silly Little Sally.

"Kau tahu, kau tak patut buat semua ni. For I, will always be happy to be the person for you to talk to. Ya, kita gaduh tapi kita tetap kawan. Kau patut tahu semua tu. Aku jarang bercakap dengan orang selain kau. Sekarang aku tiada sesiapa. Why did you even asked me to come?"

Dan tiba-tiba, sesuatu datang ke dalam minda Wooyoung.

Airmatanya di lap menggunakan lengan bajunya. "Ianya ada kena mengena dengan perjanjian itu, kan? Aku masih ingat.. setiap perkataan."


"Sally, janganlah menangis. Kalau Sally nangis lagi, Wooyou yang kena dengan mama, tahu tak? Tak dapat makan maggi rasa macam kena seksa!" Teriak Wooyoung kuat, membuatkan gadis kecil yang sedang teresak-esak menangis itu terus terperanjat.

"S-Sally minta ma-maaf.." nada suara gadis itu mengendur. Wooyoung hanya melepaskan keluhan berat. Rambut panjang dan berwarna coklat cerah milik Sally diusap-usap lembut.

"'Kay. Listen up," Muka Sally dipegang. Wajah kacak dan sombong Wooyoung berhadapan dengan wajah comot Sally. Mata ke mata.

"Wooyou janji, Wooyou takkan sakitkan hati Sally atau gurau kasar lagi tapi kalau gurauan sikit-sikit tu boleh.. kan?" Iris mata hazelnut Wooyoung bertatapan dengan iris warna kehijauan biru laut milik Sally. Dari nada suara Wooyoung, lelaki itu benar-benar takkan buat Sally menangis lagi.

Dengan itu, Sally perlahan-lahan menganggukkan kepalanya, setuju dengan perjanjian Wooyoung. Budak lelaki itu berpaling ke belakang, baru mahu berjalan ke arah basikalnya tiba-tiba suara Sally menghentikan pergerakan pemuda itu.

"S-Sally janji.." anak mata Wooyoung terus melihat wajah- yang kini sudah tidak lagi comot dengan airmata- Sally. Mungkin dia cepat-cepat lap bagi kering selepas Wooyoung melepaskan mukanya dan berjalan ke arah basikal lelaki itu tadi.

"Sally janji, kalau Wooyou tak sakitkan hati Sally.. Sally takkan menangis macam tadi. Sally mungkin akan nangis.. sikit tapi nangis sekejap je. Boleh ke?" Kali ini, tiada lagi tekanan diantara mereka. Wooyoung tertawa kuat, menampaknya semua gigi yang dia mempunyai.

Sally tersenyum sambil mengesat hingusnya yang mengalir menggunakan lengan bajunya.

"'Kay tapi macam mana kalau aku sakitkan hati kau? Apa yang kau akan buat? Kau tahu aku tak boleh buat apa-apa dengan diri aku sendiri, kan?" Sally menggangguk. Wooyoung tak boleh berubah kerana itu adalah dirinya. Seorang lelaki yang kuat mengusik dan mungkin.. Sally pun tidak mahu Wooyoung berubah.

"Kalau Wooyou buat.. Sally akan sakitkan hati Wooyou juga! Patahkan dan hancurkan! Pijak sampai masuk enam kaki ke bawah!" Sally tergelak. Riang. Gembira. Terkekeh-kekeh. Seakan dia bukan baru saja tadi menangis teresak-esak.

"I would like to see you try!" Kini mereka berkejaran sampai Sally tak sengaja terjatuh dan tergesel lututnya di atas tanah. Berdarah. Sally menangis tapi berpegang pada janjinya, dia hanya menangis sekejap saja. Selepas itu, dia tertawa dengan Wooyoung dan akhirnya mereka pulang ke rumah.

Andai saja dia tahu, hati Wooyoung sudah menjadi satu dengan hatinya.

Atau mungkin, Sally tahu. Disebabkan itu, dia membunuh diri dengan menikam tepat pada jantungnya.










THE END

WOIIWWWWW rasa macam dah berkurun lama tak buat cerita, aku rasa macam budak noob HAHAHSHJAAHAHHS jumpa lagi nanti! Terima kasih sudi baca bAIII ! 💋😚❤️💜

Silly Sally | WooyoungWhere stories live. Discover now