8

55 16 3
                                    

Apa yang orang tu kata? Apa yang berlaku? What was it? Aku tak ingat. Semuanya berlaku cepat sangat. Terlampau ramai orang bercakap, menanya soalan, menangis— meraung. Aku tak faham. Aku kekal statik. Beku. Dungu. Terkedu. Rasa seperti semua ini seakan mimpi.

Bukan ke baru semalam aku nampak kau tertawa dengan segala benda dungu yang Jeongguk, pelajar baru tu, katakan. Kau nampak gembira. Kau nampak okey selepas pergaduhan kita yang dah berlalu dua minggu lepas. Tapi sekarang semuanya seakan kabur.

Ingat tak bagaimana aku pernah bagitahu kau.. 'Apabila kau berada dekat dengan aku, sekeliling aku menjadi kabur, aku tak nampak sesiapa selain kau?' Itu yang aku rasakan sekarang. Cuma yang berbeza sekarang adalah..

Kau sudah terbaring di dalam keranda, menanti untuk ditanam enam kaki ke bawah sambil menyimpan sepucuk surat yang tertulis nama aku di dalam genggaman tangan kau.

Silly Sally | WooyoungWhere stories live. Discover now