6

56 15 3
                                    

Aku berjaya. Aku berjaya lukakan hati dia. Aku tinggalkan dia di tepi jalanraya selepas aku habis bergaduh dengan dia. Aku biarkan dia menangis seperti budak kecil. Ini.. adalah aku. Apa yang dia fikir aku akan buat? Beri dia bunga setiap hari, ajak keluar tengok wayang, pergi date?

Itu bukan aku. Itu adalah lelaki yang dia cipta dalam kepala dia. Dalam cerita rekaan dia. Aku tiada dalam cerita tu. Kalau ada pun, aku akan jadi antagonis atau karakter sampingan yang beri heroin itu janji palsu dan kemudian tinggalkan dia seperti mana aku tinggalkan Silly Sally di tepi jalan tadi.

Aku bukan pengecut. Bukan lelaki yang takut dengan komitmen. Bukan juga lelaki yang Silly Little Sally mahukan. Ini adalah aku. The real Jung Wooyoung.

Silly Sally | WooyoungWhere stories live. Discover now