Part Ten

91 9 0
                                    

Majlis Perkahwinan Faiq dan Aisya berjalan seperti biasa. Aku hanya duduk di meja yang agak istimewa yang telah disediakan oleh Faiq buat rakannya dan rakan Aisya.

Air diteguk sekali. Wajah Irfan dipandang.

Air diteguk dua kali. Wajah Irfan dipandang sekali lagi.

Air diteguk tiga kali.

"Kau ni dah kenapa tengok aku macam tu ? Aku ada buat salah dengan kau ke ?", soal Irfan dengan nada sedikit tinggi.

"Kau cemburu , kan ?" , sindirku.

"Apa ?!"

"Kau cemburu kan tengok dia orang kahwin." , sindirku sekali lagi dengan jelas.

"Tak , sekarang ni aku rasa yang cemburu tu kau. Sebab Syamila tak pandang kau kan ?" , gilirannya pula menyindirku.

"Lepastu , kau cemburu sebab kau tak ada girlfriend." , sambungnya.

Aku terdiam. Tiada kata yang mampu diungkapkan di bibir ini selepas mendengar nama Syamila. Aku juga tidak pasti dengan apa yang aku rasa. Jadi , aku hanya mampu terdiam.

"Woi !" , sergah Irfan.

"Apa ?!" , jeritku terkejut.

"Kau bakar aku , aku respons je. Bila turn aku bakar kau , kau pulau aku eh ?" , kata Irfan sedikit kecewa. Padan muka kau !

"Diamlah kau."

Irfan menayangkan senyum senget yang sangat menyampah.

Aku kembali menghadap ke arah pelamin. Senyuman di bibir Faiq yang aku tidak pernah lihat. Sungguh bahagia hari ini buat Faiq. Adakah aku layak untuk bahagia ? Adakah aku akan bahagia ?

____________________________________________

Faiq meminta aku untuk pergi ke rumah uminya untuk mengambil kereta Aisya sebelum dia pergi berbulan madu ke Korea. Aku akan tinggal di Kuala Lumpur kerana aku sudah mendapat kerja di sana. Aku sudah mendapat kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur jadi , aku akan melapor diri pada hari esok. Alang-alang dia dah minta tolong , bolehlah aku dapat pakai minyak percuma. Kereta aku juga masih berada di Kuala Lumpur di rumah sewaku dan Irfan. Kereta aku rosak semasa aku berada di Mekah. Jadi , kereta itu baru siap dibaiki dan baru sahaja sampai di hadapan rumah sewaku sehari yang lepas.

"This is the key." , kunci dilemparkan kepada aku yang sedang duduk di kerusi batu itu.

Aku mencapai kunci tersebut. "Kau nak aku hantar kereta ni dekat rumah kau ke ?"

"Haah. Kau parkir je dekat garaj. Lepastu kau kunci balik pagar." , pesan Faiq ringkas.

"Kau tak pergi rumah kau dulu ke ?" , soalku lagi. Iyalah , manalah tahu teruja sangat ingin terbang ke Korea.

"Eh mestilah pergi. Aku kena tunjuk rumah tu dekat isteri aku dulu." , jawabnya.

"Okay then. Aku pergi dulu."

"Man."

"Yow !" , sahutku.

"Kau suka Syamila ke ?" , soalan maut itu ditujukan kepada aku.

"Kenapa kau tanya macam tu ?" , aku ketawa kecil lalu melabuhkan duduk semula.

"Aku nampak kau pandang dia je waktu wedding aku."

"Err...." , tiba-tiba aku gagap.

"Kalau kau suka dia then , suka ajelah. Tak ada orang marah pun." , kata Faiq.

"Kalau aku cakap ya , nanti kau bebel. Kalau aku cakap tak , nanti aku pulak yang dapat dosa sebab tipu. Tapi macam itulah , Faiq." , kataku sedikit pasrah.

"Kau ni dah kenapa ?" , Faiq meninggikan suara sedikit.

"Weh diamlah sikit. Nanti bini kau dengar." , pesanku sedikit gelabah. Mata berpaling ke arah pintu hadapan rumah Faiq.

"Kau jangan jadikan bebelan aku sebagai penghalang untuk kau cari jodoh eh."

"Aku bukannya nak membebel sangat , tapi sebab aku kenal kau. Aku kenal perangai , hati dan perasaan kau macam mana." , sambung Faiq lagi.

"Aku dah macam tak percaya dengan perasaan kau. Tapi waktu kau tengok Syamila waktu wedding aku haritu , aku nampak keikhlasan dalam mata kau. Banyak kali aku cakap dekat kau untuk cari orang yang boleh kau sayang seikhlasnya. Cari orang yang memang betul-betul untuk kau. Dan aku rasa kau dah jumpa orangnya." , Faiq mengakhiri ayatnya dengan satu tepukan di bahuku.

Aku hanya mendengar dan memahami setiap kata yang dilontarkan oleh Faiq tadi. Ada betulnya juga. Aku pun tidak pernah menyukai orang sekuat ini walaupun baru aje berjumpa.

"Ni , aku nak tanya." , Faiq membuka kata lagi.

"Apa ?"

"Kau simpan lagi tak keychain yang aku bagi tu ?" , soal Faiq secara tiba-tiba. Dah kenapa mamat ni tiba-tiba teringat keychain dia.

"Wehhh" , aku sedikit gelabah kerana keychain itu hilang sebaik sahaja aku pulang dari Mekah. Mungkin tercicir di Mekah.

"Aku dah rasa dah. Cuai betul , kan ?" , muka menyampah ditanyangkan.

"Aku rasa tercicir dekat Mekah la weh." , aku menjelaskan kepada Faiq dengan muka yang agak gelabah.

"Dahlah kau. Pergilah balik KL." , amboi halau eh ?

"Sampai hati halau aku."

"Dahtu kau nak sampai lambat ke ?" , soal Faiq serius.

"Eh haahlah. Aku mintak maaf Faiq sebab hilangkan custom-made keychain yang kau tempah tu. Mesti mahal kan ? Sorry again." , rasa bersalah sudah menghimpit dada.

"Tak ada apalah. Nak buat macam mana. Tak ada rezeki la tu." , nada suaranya seperti memujuk.

Aku hanya mengangguk dan memeluk Faiq sekali sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur untuk melapor diri. Aku pun terus masuk ke dalam perut kereta dan bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

____________________________________________

Malam yang penuh sunyi. Hanya bunyian kipas yang bergema. Bunyi jam yang setia memenuhi sepertiga malamku. Aku bangun untuk meminta petunjuk dan untuk meminta pertolongan daripada Yang Maha Esa. Dia , Tuhan sekalian alam yang sentiasa mendengar suara hambanya. Allah Yang Maha Mendengar.

Takbirku. Rukukku. Sujudku. Doaku. Semua diniatkan untuk mendapat petunjuk daripadaNya.

"Ya Allah. Kau ampunilah dosa hambamu pendosa dan lemah ini. Kau rahmatilah aku. Kau permudahkanlah segala urusan aku di dunia dan di akhirat kelak. Kau berilah petunjuk kepada hambamu ini. Sesungguhnya , Engkaulah satu-satunya tempat aku mengadu , meminta dan bergantung.
Aku sayangkan dia , Ya Allah. Aku cintakan dia , Ya Allah."

Air mataku menitis membasahi pipi. Inilah rasanya mengadu kepada Allah pada satu perempat malam. Sangat indah dan tenang.

"Jika dia benar jodohku , kau dekatkanlah. Jika bukan , maka jauhikanlah. Aku takut , Ya Allah. Takut akan realiti jika dia bukan untukku. Tetapi aku harus belajar erti satu keredhaan. Kau bagilah yang terbaik untukku. Sesungguhnya keputusanmu tidak pernah salah. Perancanganmu adalah sebaik-baik perancangan. Kau hadirkanlah seseorang yang bakal menyempurnakan imanku pada waktu dan di tempat yang tepat. Ya Allah , sesungguhnya Engkaulah tempat aku bergantung."

Doa itu diaminkan. Aku menyeka air mata di pipi. Sungguh indah dan tenang apabila dapat bercakap dengan Allah. Terasa puas dan hilang bebanan di dada.

Sincerely , yoursWhere stories live. Discover now