Part Forty Two

203 5 0
                                    

Hari ini adalah majlis perkahwinan Zayn dan Fara. Aku meminta Adra dan Aara untuk menjaga Luth dan Alaisyah supaya aku dapat menghadiri majlis Zayn dan Fara.

Badan Zayn dipeluk erat. "Tahniah Zayn. Akhirnya kahwin jugak dengan Fara."

"Terima kasih bos." , ucap Fara dan Zayn serentak.

Selepas majlis , kami semua berkumpul untuk makan bersama-sama di kafe. Aku masakkan buat mereka.

"Hurm sedap bos masak." , puji Najmi ringkas.

"Betul." , Hasya turut bersetuju.

"Terima kasih bos sebab meraikan kami berdua." , ucap Fara lembut.

Aku hanya tersenyum lebar ke arahnya.

"Kalau Puan Sya ada sekarang , mesti dia gembira tengok kau orang dah kahwin." , kata Najmi.

"Betul. Dia nak sangat tengok kau orang berdua kahwin." , sambung Hasya.

Aku hanya berdiam diri. Tidak tahu apa yang patut dirasa.

"Tapi Allah lebih sayangkan dia kan ? Nak buat macam mana." , kataku lalu tersenyum.

"Saya rindukan Puan Sya. Saya rindukan suara dia yang selalu mengusik kami dekat kafe." , kata Fara dengan nada suara yang serak.

"Her absence felt." , kata Zayn pula dengan mata yang berair.

"Kalaulah kami tahu haritu adalah haritu terakhir kami berjumpa dia , kami dah bagitahu dia betapa sayangnya kami dekat dia." , kata Najmi pula.

"Terima kasih..." , ucapku.

"Sebab sayangkan Syamila."

"Dia seseorang yang baik , bos. Kami akan sentiasa ingat dan doa untuk dia." , kata Hasya.

Najmi , Zayn dan Fara mengangguk serentak. Ternampak air mata mereka mula mengalir di pipi. Aku hanya kekal kuat dan tidak mengalirkan air mata. Cuma sebak di dada.

____________________________________________

2 tahun kemudian...

"Am."

"Ya umi."

"Am tak terfikir nak kahwin lain ke ?" , soal umi tiba-tiba. Abi , ayah dan mama juga ada disitu.

Aku menggeleng laju. "Tak terfikir langsung."

"Kenapa Aiman ? Aiman kena lupakan Syamila." , kata mama.

"Takkan mama. Takkan." , kataku ringkas.

"Aiman takkan sekalipun duakan Syamila. Aiman masih lagi sayangkan dia. Tak pernah sekalipun perasaan Aiman berganjak daripada dia , mama." , ulasku panjang supaya ahli keluargaku dan ahli keluarga Syamila faham. Mereka tidak boleh memaksa aku.

Mereka hanya terdiam selepas mendengar jawapanku. Aku menganggap mereka faham dan terima akan keputusanku.

____________________________________________

5 tahun kemudian...

"Papa !" , serentak anak-anakku memanggil aku dari tingkat atas.

"Turun elok-elok tangga tu. Nanti jatuh." , aku menyiapkan sarapan selepas selesai menyiapkan mereka untuk ke tadika.

Luth dan Alaisyah sudah berumur lima tahun. Aku sudah menghantar mereka ke tadika. Dalam masa yang sama , sudah lima tahun Syamila meninggalkan aku. Masih sakit di dada tapi tidak sesakit lima tahun yang lepas. Aku belajar untuk kuat demi anak-anakku.

"Hai papa." , sapa Alaisyah.

"Oh hai puteri papa." , sapaku pula.

Alaisyah naik ke atas kerusi dengan gembiranya. Sangat lain dengan riak wajah Luth. Luth kelihatan sedih.

Sincerely , yoursWhere stories live. Discover now