Part Twenty Eight

66 7 0
                                    

Nasib baik aku sampai terlebih dahulu sebelum Aiman. Sebaik sahaja sampai di rumah , laju aku membersihkan diri dan terus menuju ke dapur untuk memasak buat encik suami si ustaz itu.

Semasa memasak , aku mendengar bunyi kereta yang sedang memarkir di garaj. Aku beranggapan itu adalah Aiman. Laju aku berlari ke arah pintu masuk untuk menyambut kepulangannya.

Aiman membuka pintu. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam abang." , dia menyambut tanganku yang dihulur untuk bersalaman.

Aku mencium tangannya. Dia mengucup dahiku dan menarik aku untuk jatuh ke dalam pelukannya. Aku yang berada di paras bahunya ini jatuh rapat ke dadanya. Aku dapat mendengar bunyi degupan jantung yang sangat kuat dan aktif.

"How's your day , abang ?" , soalku semasa dia mengusap kepalaku.

Aiman mengucup dahiku sekali lagi. "Good. Cuma penat sikit sebab harini seharian menghadap iPad dengan laptop."

"It's okay. Abang naik atas mandi lepastu turun makan. Then , abang boleh rehat kat atas." , aku mencapai beg dan bukunya di tangan.

Aiman hanya membalas dengan senyuman. Jelas memang dia penat. Dia tidak pernah sepenat ini.

"Hai abang." , sapaku sebaik sahaja dia turun daripada tingkat atas. Pinggan nasi diletakkan di hadapannya.

"Hai." , sambutnya dengan senyuman yang sangat lebar.

Aku meletakkan lauk buatnya. Dia pun membaca doa dan kami makan bersama-sama.

"Abang buat kerja kat mana tadi ?" , soalku selepas meneguk air sekali.

"Dekat rumah Faiq."

"Aisya ada tak ?" , soalku lagi.

"Dah rasa dah. Memang tak ada soalan lain. Aisya jugak yang dia tanya." , kata Aiman mengusik.

"Cepatlah bang. Aisya ada ke tak ?" , soalku lagi sekali.

"Ada. Tapi dia tak turun pun. Dia rehat. Faiq cakap alahan dia teruk sangat sampai Aisya cepat penat sekarang. Lagi-lagi dia dah masuk lapan bulan. Lagilah tak larat." , jelas Aiman lembut.

"Lama betul tak jumpa dia. Esok pergi rumah dia nak tak abang ?" , aku memujuk.

"Lah , abang baru aje pergi tadi. Cinta nak ajak abang pergi lagi esok ? Dahlah Faiq buat kopi pahit." , dia mengadu.

"Biasalah tu abang. Couple yang suka air pahit. Bukan senang tau nak jumpa. Dua-dua suka kopi pahit." , kataku.

"Kita pergi esok eh ?" , tanyaku lagi untuk memujuk.

"Yalah yalah. Lepas isyak esok kita pergi." , akhirnya Aiman tewas dengan pujukanku.

Aku tersenyum lebar.

"Cinta buat apa je harini ?" , soal dia pula.

"Tak buat apa pun. Balik kerja , terus pergi kafe. Lepak kat sana. Lepastu cek dokumen. Itu je lah. Bosan betul." , aku mengadu.

"Sorry , sayang."

"Untuk apa ni abang ?" , aku bingung.

"Sebab tak boleh teman lepak kat kafe tu. I supposed to be there with you." , nadanya berubah sedih.

"Lah , abangkan kerja. Kenapa nak sorry pulak ? Tak apalah. Hasya , Fara , Najmi dengan Zayn kan ada teman saya kat sana." , jawabku lembut untuk memujuknya.

"Nasib baiklah dia orang ada." , kata Aiman.

"Abang."

"Hmm ?"

Sincerely , yoursWhere stories live. Discover now