𝙏𝙀𝘼𝙎𝙀𝙍
𝙒𝘼𝙉𝙄𝙏𝘼 𝙈𝙄𝙇𝙄𝙆 𝙈𝙀𝙂𝘼𝙏 𝙂𝙃𝘼𝙕𝙄"JULIA!" Masuk saja ke dalam Villa, Megat Ghazi terus memekik nama Julia. Rasa marah dan bengang sebentar tadi masih tak hilang.
Julia terpisat-pisat bangun bila mendengar suara Megat Ghazi yang lantang. Dia baru saja mahu lena selepas setengah jam berulang alik ke tandas. Perut dan pinggangnya sakit.
Sakitkan bagaikan dia ingin saja mati. Itulah keadaan dia bila setiap kali datang bulan. Tapi sudah dua bulan periodnya tak teratur, mujurlah kali ini datang dengan baik.
"Kau pekak ke apa hah perempuan?! Kau tak dengar ke aku panggil kau dari tadi?!" Pintu bilik dihempas kasar oleh Megat Ghazi.
"Saya dengar, Megat. Kenapa ni balik nak marah-marah? Awak cakap awak tak balik malam ni?" Lembut suara bertanya kepada Megat Ghazi. Langkah kaki diayun mendekati suaminya.
Tapi tidak bagi Megat Ghazi. Julia sengaja mencabar dia!
"Kau yang buat aku marah! Berani kau letak panggilan aku hah perempuan! Eh, suka hati aku lah nak balik bila pun." Rahang Julia dicengkam kasar sehingga Julia menyeringai kesakitan.
"Sakit, Megat. Sakit. Lepaskan saya." Air mata Julia merembas keluar bila pinggangnya pula dicengkam kuat oleh Megat Ghazi.
"Hati aku lagi sakit lah perempuan! Kau ni memang sial lah Julia. Dah cukup bagus aku jadikan kau isteri aku dari aku biarkan kau melacur di luar sana. Isteri apa kau ni hah? Tak tahu nak hormat suami? Kau ni bodoh ke bangang?!" Lepas kasar rahang Julia, dia tunjal pula kepala Julia berkali-kali sehingga Julia jatuh tersembam ke atas katil.
Julia yang sudah tak tahan sakit itu hanya diam bila kepalanya terasa pening. Pandangannya mula berbalam-balam sebelum matanya terkatup rapat.
"Kau tak payah nak berlakon lah Julia. Bangun! Aku cakap bangun!" Megat Ghazi sepak kaki Julia yang berjuntai di birai katil.
"Julia!" Megat Ghazi pegang tangan Julia tapi tangan itu tak bergerak. Masa tu juga dia baru tersedar raut wajah Julia yang pucat.
"Julia, tak kelakar lah benda ni bodoh. Jangan takutkan aku lah. Bangun, aku cakap!" Megat Ghazi mengoncang tubuh Julia tapi tetap juga tak ada respon.
Dia ramas kasar rambutnya. Ah, sudah. Apa yang patut dia buat ni?
Kenapa dengan Julia? Bukan kuat pun dia cengkam rahang isterinya. Lagipun, memang dia dah terbiasa berkasar dengan Julia.
Nombor telefon Alisa terus didail. Selepas memberitahu tahu tentang Julia, terus rasa nak pekak telinga dia bila mendengar suara Alisa yang membebel macam mak nenek.
"Kau nak datang ke tak? Cakap banyak pun tak guna lah, adik. Manalah aku tahu dia sakit sengugut. Dia tak cakap." Bidas Megat Ghazi.
"Adik datang lah. Angah ni memang lah. Kak ngah datang bulan pun tak tahu. Baru sehari kak ngah jadi isteri angah, dia dah pengsan. Tak guna betul punya suami!" Selar Alisa selamba sebelum dia putuskan talian.
Dalam telefon dia berani lah, kalau berdepan Alisa memang menyorok di belakang baba dan Megat Arash.
Bijak tak Alisa? Hihi.
Tercengang Megat Ghazi sambil melihat skrin telefon bimbitnya yang gelap. Eh, eh kecik besar kecik besar jelah si Alisa ni.
Tiga butang kemeja dibuka sebelum dia rebahkan tubuh di sebelah Julia. Perut Julia diusap. Kemudian tangannya naik mengusap rahang Julia yang dia sakiti sebentar tadi.
Dia tak nak nafikan, Julia cantik,dan kerana kecantikan itulah dia tak mahu melepaskan Julia.
Lagipun, Julia sama dengan Lisa. Perempuan mata duitan.
Perempuan yang tak cukup dengan satu jantan.
Dan Julia juga sama.
YOU ARE READING
WANITA MILIK MEGAT GHAZI (E-BOOK)
Storie d'amoreSpin Off Bukan Sugar Mommy IVY JULIA- Jalan hidupnya bukan mudah. Pernah dicurangi suami dan juga kehilangan anak kembarnya membuka matanya dari terus berdendam. Bukan mudah untuk dia terlepas dari genggaman seorang lelaki bernama Megat Ghazi. Meg...