Hari yang dirancang telah tiba. 32 orang ahli kelab Kaunseling bertolak ke Kuala Lumpur selepas waktu Zuhur dengan menaiki bas ekspres yang telah disewa untuk perjalanan mereka selama 4 hari ini.
Semua pelajar perempuan ditempatkan di bahagian belakang dan pelajar lelaki pula di hadapan. Pensyarah pengiring tidak membenarkan pelajar bercampur jantina duduk sekali bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Mereka bergerak pada siang hari supaya dapat tiba pada waktu malam dan terus berehat di hostel yang telah ditempah sebelum ini. Aktiviti hanya akan dimulakan pada pagi esok.
Sebelum menaiki bas, Suri bertemu dengan Anis meminta mereka duduk bersama di dalam bas nanti. Mereka berdua tidaklah begitu rapat, hanya bertemu ketika hari kelab sahaja. Oleh kerana mereka berdua adalah AJK, jadi keraplah duduk semeja untuk berbincang tentang rombongan ini.
Hairan juga Anis bila memikirkan mengapa Suri beriya-iya mahu duduk sekali. Sudahlah perjalanan dari Kelantan ini memakan masa lama, kawan di sebelah ketika di dalam bas sangat penting supaya tidaklah boring nanti.
Di sepanjang perjalanan, Anis dan Suri hanya bersembang kosong. Kebanyakan masa mereka hanya berdiam diri sahaja. Suri kerap memandang ke luar tingkap seperti memikirkan sesuatu. Anis pasti ada sebab kenapa Suri berkelakuan begini.
Setelah berhenti rehat selepas Asar, para pelajar di dalam bas hampir kesemuanya tidur kepenatan. Anis juga tidak mahu melepaskan peluang untuk turut tidur sekali. Baru sahaja hendak melelapkan mata, tiba-tiba Suri berbisik kepada Anis, " Anis. Aku ada sesuatu nak bagitau kau ni."
Betullah tekaan Anis tadi. Suri mesti ada mahu memberitahunya sesuatu. Dia menoleh ke arah muka Suri yang agak gementar. Keningnya diangkat memberi isyarat supaya meluahkan apa yang terbuku di hatinya sejak dari tadi.
"Saya... Emm. Sayaaaa...," Suri tergagap membuka bicara. Anis cuma membiarkan sahaja Suri mengambil masanya untuk berkata-kata.
"Macam ni. Saya kan uruskan bahagian penempatan. Emm. Kita duduk sebilik tau," beritahu Suri.
"Oh ye ke. Jadi?" soal Anis semula."Emm. Malam ni, pakwe saya nak masuk bilik kita," terang Suri membuatkan Anis terkejut.
"Haaa??? Awak dah gila ke Suri??" bisik Anis sedikit kuat sambil menoleh ke tempat duduk belakang mereka. Mujur Ain dan Zue sedang tidur nyenyak. Kalau mereka dengar kecoh pula jadinya.
"Please, Anis? Lagi pun...," sambung Suri namun terhenti di situ.
"Lagi pun apa?" Anis meminta Suri menghabiskan ayatnya."Ss... Saya tahu... Saya tahu apa awak dan Faizal buat hari tu dekat bilik operasi." Alangkah terkejutnya si Anis yang ada orang mengetahui rahsia kotornya dengan Faizal.
Namun Anis tidak mahu menunjukkan yang dia takut. Anis kekal tenang tidak melatah. Suri hanya merenung mata Anis mengharapkan dia sudi menerima rancangannya. Anis tiada pilihan. Reputasinya sebagai gadis muslimah akan tercemar jika perkara ini diketahui semua orang.
"Siapa lagi tahu?" tanya Anis inginkan kepastian.
"Saya dengan pakwe saya je," jawab Suri ringkas."Awak pasti pakwe kau tak bagitau orang lain?" soal Anis lagi. Dia risau bila ada lelaki lain yang mengetahui perangai sebenarnya. Lelaki mana boleh dipercayai sangat. Mesti ada balasan yang dia mahukan. Suri menggangguk laju.
"Emm. Ok. Tapi saya tak nak masuk campur," Anis memberi syarat kepada Suri. Terbit senyuman kegembiraan di bibir Suri apabila Anis bersetuju untuk memberi mereka ruang.
Anis kembali melelapkan mata kononnya tidur tanpa memikirkan apa-apa. Tetapi sebenarnya otak Anis ligat memikirkan apa yang akan berlaku malam ini. Suri pula terus mencapai telefonnya dan memberi mesej kepada teman lelakinya.
YOU ARE READING
Kisah Hidupku (Anis)
Fantasy⚠️ AWAS! ⚠️ BAHAN BACAAN UNTUK YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA 🔞 Kisah perjalanan hidup seorang gadis muslimah bernama Anis. Dari seorang gadis sunti yang pemalu dan sopan, semuanya berubah sejak peristiwa hitam yang dialaminya ketika berusia...