Terakhir

21.1K 148 22
                                    

Cuaca pada waktu petang itu agak mendung. Awan tebal kumulus menutupi hampir seluruh jajahan Kota Bharu. Langit yang gelap menandakan hujan lebat akan turun. Tidak petang, mungkin di sebelah malam. Mendung petang itu semendung hati Anis yang sedang menapak pulang ke biliknya.

Kejadian minggu lepas memberi satu tamparan hebat buatnya. Andai dapat diundurkan masa, pasti dia akan membuat pilihan yang lebih bijak. Pilihan yang bagaimana? Bergantung kepada keaadan. Sama ada tidak menghubungi Taha, atau pun lebih berhati-hati semasa membuat panggilan telefon. Tetapi ia lebih kepada bergantung kepada nafsunya.

Apa-apa pun, semuanya sudah berlaku. Tiada apa lagi boleh diubah. Surat berhenti kolej sudah pun dihantar seawal Isnin lalu. Keputusan yang begitu berat dilakukan. Namun Anis pasrah. Dia perlu belajar untuk reda.

Sebaik pintu bilik di buka, kelihatan Dila sedang duduk di kerusi menghadap ke pintu. Sejak dari tadi dia setia menunggu kepulangan teman baiknya itu. Sejak mesej yang diterima tengah hari tadi, Dila menjadi gelisah. Memikirkan apa yang berlaku sehinggakan Anis membuat keputusan untuk berhenti dari kolej. Patutlah tingkah laku Anis minggu ini sedikit lain. Dia lebih banyak membisu walaupun sebenarnya Anis adalah seorang yang banyak cakap.

Dila terus meluru ke arah Anis yang baru sahaja menutup daun pintu bilik. Tanpa bersedia, Dila memeluk Anis dengan sangat erat. Air matanya berjurai setelah sekian lama dia menahannya. Apabila mendengarkan tangisan Dila, Anis turut serta menangis bersama. Hampir setengah minit juga mereka berpelukan tanpa sepatah pun bicara yang keluar. Hanya tangisan mengiringi pelukan mereka.

Pelukan dilepaskan. Anis menatap wajah Dila sedalam-dalamnya. Barulah Anis memulakan bicaranya, "Hari ni aku last tau? Esok aku dah tak ada kat sini."
"Ke... Kenapa nis?? Apa dah jadi ni? Tiba-tiba je? Kenapa nak berhenti???" soalan bertubi-tubi dilemparkan Dila kepada Anis.

Anis menarik Dila ke arah katil dan mengajaknya duduk. Air matanya dikesat dengan kain tudungnya. Senyuman terbit dari mulutnya. "Kenapa kau menangis? Takut kehilangan aku ke? Hehe," Anis cuba berseloroh, cuba memujuk Dila yang mukanya masih penuh dengan tanda tanya.

"Janganlah main-main, nis. Seriuslah," ujar Dila yang tetap bersedih. Dia mahukan jawapan kepada persoalannya.
"Hehe. Ok, ok. Aku nak ceritalah ni. Gurau sikit pun tak boleh," balas Anis. Dia mencuit sedikit pinggang Dila tetapi Dila langsung tidak memberi respon.

"Hmm, yelah. Macam ni. Sebenarnya, aku terkantoi minggu lepas masa rombongan tu," Anis mula bercerita namun dicelah Dila, "Haaa? Kantoi apa??"

Lalu Anis pun memberitahu keseluruhan kisah hitam yang berlaku. Dila hanya menggeleng kepalanya mendengar cerita Anis.  Tidak sangka perkara sebegitu akan terjadi. Seram bila dibayangkan jika dia terkantoi bersama Rudy di hotel minggu lepas. Acara mingguan mereka nampaknya perlu dihentikan. Dila tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada dirinya. Lebih parah, Jabatan Pencegah Maksiat yang menyerbu mereka. Habislah gelap masa hadapannya.

Mereka berpelukan sekali lagi. Kali ini Dila menggosok-gosok belakang Anis memujuknya supaya bersabar. Hanya itu yang mampu dia katakan kali ini setelah mengetahui cerita sebenar. Dia faham, memang itulah jalan yang terbaik yang Anis pilih.

"So, malam ni kau tolong aku packing, eh? Hehe," pinta Anis.
"Hmm, yelahhh. Tapi kena bagi upah," jawab Dila.

"Upah apa pulakkk?"
"Mahal tau upah ni."

"Cepatlah bagitahu. Upah apaaa??"
"Aku nak kita bersama sepuas-puasnya malam ni. Last kopek. Boleh?"

"Boleh sayanggg. Eee, miangnya diaaa," ujar Anis sambil mahu mencuit tetek tetapi pantas ditepis Dila.
"Nak pegang malam ni laaaa. Hehehehe," ejek Dila.
"Siap lah dia malam ni. Eeee..."

Kisah Hidupku (Anis)Where stories live. Discover now