📌• Bab 15

2.5K 239 13
                                    

    DATO' Marzuki menghentak meja kerjanya seraya bangun dari kerusi. Mata tua itu merenung tajam ke arah Hezriyaz yang hanya buat bodoh di hadapannya. Apa yang di ceritakan oleh anaknya itu mengundang rasa tidak puas hati.

Dihentak sekali lagi meja untuk mendapatkan perhatian Hezriyaz.

"Are you kidding me? Macam mana perempuan secantik Darlina tu boleh pilih lelaki yang kurang upaya macam Hendri?" Soal Dato' Marzuki dengan muka yang tegang. Padahal dia baru sahaja nak mendapatkan Darlina. Pantang nampak perempuan cantik. Ini dah kali kedua perempuan yang dia sukainya dimiliki oleh Hendriyan.

"Watch your mouth, papa. Lelaki kurang upaya yang papa cakap tu adik Hezri." Hezriyaz marah. Kali ini dia pula yang menghentak meja. Mata mereka berlaga. Turun naik dada Hezriyaz menahan amarah. Semakin lama perangai papanya ini semakin melampau.

"Mula-mula Qaseh, lepas tu Darlina. Kenapa setiap kali papa suka someone mesti Hendri yang akan dapat?"

"Tolonglah, pa. Berubahlah, pa. Hezri dah malas asyik nak back up papa saja. Kalau diri tu dah tua, buat cara dah tua. Jangan enjoy aje mengalahkan orang muda." Sindir Hezriyaz lalu mengundurkan kerusinya ke belakang.

Sekali sekala dia mengerling papanya. Jelas kelihatan lelaki itu mengetap bibir menahan marah apabila diperkatakan sebegitu rupa.

"Hezri ni dah kenapa? Dulu Hezri yang buat papa tertarik dengan enjoy dunia ni. Hezri lagi teruk daripada papa tau! And papa tahu Hezri pun sebenarnya sukakan Darlina kan? Apa kata kita-"

"Dia bakal isteri Hendri. Bakal adik ipar Hezri. Dan bakal menantu papa." Potong Hezriyaz laju.

Punggung diangkat. Dia menghadang meja sambil menikam tajam anak mata Dato' Marzuki. Renungan matanya mengundang rasa takut dalam jiwa lelaki itu. Terus Dato' Marzuki menjarakkan diri. Tali leher di longgarkan. Gentar bila tengok muka tegang Hezriyaz. Dia menelan air liur.

"Hezri yang dulu dengan Hezri yang sekarang berbeza. Kalau papa ulang balik kesalahan papa yang dulu, Hezri akan jadi macam Hendri..." Meja di hentak sekali sebelum Hezriyaz meninggalkan Dato' Marzuki seorang diri di dalam pejabat.

Jelas pada air muka tua itu sedang menahan geram. Apa yang dia perasan, kali ini Hezriyaz nampak serius dengan kata-katanya. Tidak pernah dia melihat Hezriyaz bersikap dingin padanya. Ini adalah kali pertama.





















"KAU rasa keputusan yang kau buat ni betul ke, Darlina?" Daria memandang Darlina lama. Diperhati gerak-geri temannya itu yang sedang mengemas pakaian-pakaiannya ke dalam beg bagasi. Mula-mula terkejut juga dia bila Darlina berhenti bekerja di syarikat Dato' Basirun. Dan dia memilih untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

"Apa yang Hezri cakap pada kau? Dia ada hasut kau ke apa ni?" Tuduh Daria. Yalah, siapa sahaja yang tak pelik kalau kawan baik sendiri membuat keputusan di luar jangkaan?

"Dia tak hasut aku pun lah. Aku yang nak kerja dekat situ." Kata Darlina seraya menarik zip bagasi. Ditepuk permukaan beg itu lalu dia menongkat dagunya.

"Kau ni biar betul? Betul ke tak betul kau ni? Kau pilih kerja pembantu rumah? Kau beruntung tau dapat kerja dekat syarikat Dato' Basirun tu. Tapi macam tu aje kau berhenti semata-mata nak kerja dekat rumah lelaki tu? Eh, kau biar betul?" Panjang bebelan Daria.

MY DARLING DARLINA (SU)Where stories live. Discover now