Selang beberapa hari kemudian, keadaan menjadi reda semula.
Seakan seperti tiada apa-apa berlaku, kes Han Tae Gu selesai begitu sahaja. Angelo kembali bekerja seperti biasa. Verena telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati ekoran kes kematian ahli perniagaan berpengaruh itu. Lila seperti biasa dengan kerja di restoran Sabrina. Artemis dengan rutin dua kerjanya. Dareen masih menjadi pengintip untuk Izan. Izan dan Mael sering cuba masuk campur urusan perniagaan Angelo namun gagal kerana pelan Artemis yang Berjaya mengelirukan mereka. Sementara Elio turut menghantar orang untuk mengawasi pergerakkan Artemis beberapa kali sehari. Yang mana diketahui oleh Izan.
Di suatu hari pada hujung minggu di waktu, berlangsungnya majlis keramaian untuk kesemua ketua mafia di seluruh negara dan orang berpengaruh dalam hotel mewah milik Angelo; Hasil rancangan dan pengurusan Artemis, akhirnya majlis tersebut dengan jaya diraikan. Majlis yang sering diadakan oleh mana-mana organsasi mafia untuk dapatkan pengaruh dan kenalan. Biasanya kalau mereka hadirkan diri, sama ada dapat musuh atau rakan ally untuk kegiatana jenayah masing-masing.
Ramai tetamu telah menghadirkan diri ke majlis itu memandangkan yang menjemput pula adalah mafia berpengaruh seperti Angelo. Dan pelbagai jenis orang dapat di temui dalam majlis tersebut. Yang mesra, yang menakutkan, berwajah bengis lagikan kelihatan berbahaya...semuanya yang ada. .Tidak lelaki atau wanitanya. Mereka semua membawa vibe mafia dan berbahaya jika berada dekat atau bertentang mata.
Anggun mengenakan dress kain belah tepi pangkal pehanya, Artemis berdiri menghadap dua orang lelaki yang merupakan orang kuat dalam dua organisasi rahsia mafia Itali. Kedua-dua mereka rancak berbual dengan Artemis menggunakan Bahasa Itali. Artemis yang sedikit banyak menguasai beberapa jenis Bahasa dengan mudah berkomunikasi dengan mereka. Di samping kanan Artemis berdirinya Angelo yang segak mengenakan tuksedo mewah custom made yang sama warna dengan bow tie yang dipakai.
Sedang Artemis berbual, ekor matanya terperasan seakan ada yang memerhati sejak tadi. Jadi dia pun tergerak hati untuk menoleh kanan. Seakan di tepuk kuat pada belakang badan, Artemis menahan nafas apabila terpandang wajah itu.
Punya la ramai tetamu dalam majlis, punya la besar tempat ni.
Muka ni jugak yang jadi sapaan mata dia malam ni!
Sempit terus rasa ruangan ni seakan macam tak cukup oksigen dia. Sudahlah dia cuba nak jauhkan diri dari terlibat dengan muka tu. Baru empat hari berlalu sejak kali terakhir dia dengar amaran dari orang tu. Malam ini dah menghadap pulak! Haih!
"Miss.."tegur lelaki kacak bertatu pada tangan kiri kepada Artemis tiba-tiba.
Serta merta Artemis melarikan pandangannya ke lelaki di depannya semula. "Ya.."balasnya dalam Bahasa Itali. Ya...dia sebenarnya sedang berurusan dengan lelaki di depannya atas permintaan Angelo dua hari lepas. Sepupunya cakap yang mereka perlukan dana dan pelabur untuk meneruskan aktiviti mafia mereka ini.
"Memandangkan malam ini malam yang indah...sudikah cik jadi pasangan menari saya selepas ini?"tanya Carlo saat pegang tepi lengan kanan Artemis yang terdedah itu. Senyuman segak ikut terukir di bibir dengan menggoda.
Angelo di samping Artemis palingkan kepala. memandang lelaki mafia dan Artemis silih ganti tanpa mengatakan apa-apa. Ya!Ini la sepupu kesayangan dia!Satu-satunya orang yang dia boleh harapkan!
Tersenyum Artemis dengan pelawaan itu. Niat di hati memang dia tidak mahu terima, kerana dia perlu elakkan sebarang contact dengan mana-mana tetamu malam ini kerana khuatir rumor yang salah tersebar nanti. Tapi Angelo pasti tidak akan suka dengan tindakannya nanti.
Nak tak nak kena la jugak!
"Tak apa ke?"soal Artemis yang cuba tahan diri dari menarik lengannya yang dipegang waktu itu.
"Sudah tentu..."sampuk lelaki yang berdiri berhadapan dengan Angelo pula. "Adik lelaki saya jenis yang jarang rapat dengan orang kecuali dia selesa..you should be honour for that.."
Artemis pandang ke Angelo. Nak pastikan lelaki itu tidak judge dia ke apa. Hish!Benci betul dia bila jadi orang tengah dan objek untuk Angelo ni!
"Pergi la.."arah Angelo saat capai gelas berkaki berisi wain dari tangan Artemis.
Mahu tak mahu Artemis beri senyuman manis ke Carlo lalu mengangguk kepala setuju.
Lantas Carlo pun mencapai jari jemari Artemis. Memimpin mereka untuk gerak ke lantai menari dimana tetamu lain pun sedang menari mengikut rentak perlahan sejak tadi.
Artemis perhatikan muka handsome lelaki Itali di depannya dengan perasaan tidak selesa tanpa sebab. Dia rasa macam salah sedangkan dia tak buat apa-apa kesalahan. Dia merasakan tidak sedap hati seakan dia telah melakukan perkara tidak sepatutnya infact dia tak cuba rancang apa-apa yang buruk pun.
"'Calm down...it's just a dance.."bisik Carlo semasa menarik Artemis rapat ke depan dada saat tangan dia naik memegang belakang badan tu lembut.
Mata Artemis ikut melirik ke tangan kiri Carlo yang sudah menggengam jari jemarinya ke dalam tapak tangan lelaki itu. "Kenapa cakap macam tu?"soalnya saat bertemu muka dengan Carlo.
Bersama senyuman meleret menggodanya, Carlo pandang tepat ke mata Artemis. "Cik kelihatan seperti terganggu. Seakan ada yang buatkan cik tidak tenang dan gelisah.." bicaranya. "Adakah saya buat cik tidak selesa?"dia mula bergerak kanan dan kiri dengan perlahan.
Nada Itali itu buatkan Artemis ternganga sedikit kerana agak terkesan. Yalah...sesiapapun kalau ada di tempat dia, berhadapan dengan lelaki kacak dengan suara yang cukup menggetarkan tulang rusuk wanitanya, akan turut merasai perasaan yang sama. Suka?Jauh sama sekali...rasa takut tu...hanya jangan di tanya la!
Tawa kecil lepas dari Artemis. Dia pandang muka Carlo dengan renungan mesra."Tak adalah...saya okay aje. Awak pun okay.."balas Artemis yang cuba meyakinkan diri sendiri yang malam itu tiada apa-apa yang buruk bakal berlaku. Harapnya begitu la!
Carlo tersenyum senang sebelum mengeratkan pelukannya di belakang badan Artemis dan menari mengikut rentak muzik yang dimainkan. Perlahan dan klasik. Matanya tidak beralih dari terus menatap wajah Artemis.
Namun dalam diam saat itu ada yang memerhati dengan renungan tajam di balik tetamu yang ada di situ. orang itu berdiri di belakang seseorang dengan sebelah tangan dalam poket sementar sebelah tangan sibuk memegang gelas berkaki wain.
YOU ARE READING
42. Black Heel dan Americano
AcakArtemis Delaney, bekerja untuk keluarga mafia. Suka pada mengumpul apa saja jenis kasut tumit tinggi berwarna hitam. Pandai memasak dan seni pertahankan diri. Anak yatim piatu selepas kematian ibu dan ayahnya semasa pertarungan besar dua buah kumpul...