Bab 10

5.3K 214 0
                                    

"Dah ada perempuan rapat dengan dia ke?" Tanya lelaki itu.

"Ada."

"Siapa perempuan tu?"

"Kejap aku check profile dia."

"Tuan Nur Amirash Xander. Pekerja bawahan dia. Diorang tak ada lah rapat mana tapi mereka berdua selalu keluar berdua."

"Oh. Macamtu."

"Kak Ash!" Hazira berlari kearah Ash yang baru sahaja keluar dari lif.

"Eh Ira?"

"Kak Ash kerja sini ke?" Pelik Hazira.

"Yelah. Ira? Kerja sini jugak ke?"

"Tak lah. Ira jumpa a..." Tetiba tangan Hazira ditarik oleh sesorang.

"Eeee abang! Kenapa tarik Ira macamtu sakit tahu tak?" Lalu Hazira menggosok lengannya.

"Kau kalau nak datang... Call dulu boleh tak?"

"Selalu tak call boleh je. Abang kenapa tak bagitahu Ira yang kak Ash kerja dengan abang." Kata Hazira. Lalu dia sekilas memandang Ash. Ash hanya tersenyum.

"Kau senyap. Jangan pandang-pandang dia. Abang tak bagitahu dia pun yang abang ni Iman. So jangan kantoi kan abang please." Kata Hilman lalu dia bergerak keluar dari bangunan itu.

"Apa hubungan Ira dengan Encik Isaac?" Pelik Ash.

"Itu... Ha! Pakcik Ira."

"Encik Isaac? Pakcik? Seriuslah."

"Eh-eh bukan. Abang sepupu. Hehe. Ok lah kak.. Ira nak balik dah ni. Kejap lagi ada kelas." Kata Hazira.

"Ok hati-hati."

"Pelik...Abang sepupu? Oh. Jadinya Iman sepupu Encik Hilman? Oh faham."

🔪

"Mami nak balik bila?"

"Minggu depan. Kenapa Hariz nak ikut mami ke?" Tanya Puan Hazren.

"Tak ada lah, mami. Hariz tanya je." Senyum Hariz.

"Oh. Macam mana Hariz dengan Lisha?" Tanya Puan Hazren.

"Lisha? Oh. Ok. Macam biasa lah. Kenapa mami?"

"Oh. Bila nak bawa mami jumpa bakal menantu mami tu?" Usik Puan Hazren.

"Eh mami awal lagi. Tunggu Hilman kahwin dulu baru Hariz kahwin."

"Tunggu abang kamu kahwin. Sampai mami tua tak dapat-dapat lagi cucu tau." Kata Puan Hazren.

"Mami pasti?"

"Kenapa?"

"Haritu... Ira bagitahu Hariz yang Hilman bawa balik perempuan mana entah. Girlfriend dia agaknya." Kata Hariz.

"Serius? Takkan lah. Dia mana pernah bawa perempuan masuk rumah kan."

"Ha. Kalau dia dah bawa balik tu maksudnya?"

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now